Terkini

Tip Pemulihan Ganguan Jin oleh Ustaz Wan Sohor Bani Leman

Nak kongsikan amalan yang boleh dibuat sendiri oleh mana-mana individu muslim dalam menangani gangguan jin dan syaitan. Ini mengikut apa yang diterangkan oleh Ustaz Wan Sohor Bani Leman sebentar tadi dalam ceramahnya "Mencari Keberkatan Ramadhan".

1. Dapatkan setong besar air zam-zam. Katanya berharga sekitar RM105.
2. Dapatkan juga CD ayat-ayat rukkiyah (mungkin juga boleh download di sini http://www.mainmusik.com/download/mp3/Ayat+Rukkiyah.html)
3. Pasang niat dan mohon daripada Allah agar bacaan ayat-ayat rukkiyah tersebut dapat menjadikan air zam-zam itu sebagai agen dalam rawatan kita ini.
4. Pasang bacaan ayat-ayat tersebut berdekatan air zam-zam (disamping kita juga membacanya paling kurang surah Al-Fatihah)
5. Tinggalkan 24 jam.
6. Gunakan air tadi untuk mandi dan memasukkan air dalam saluran-saluran (yang boleh) pada tubuh badan
7. Biarkan ia kering tanpa mengelapnya (nak pakai baju boleh, tapi jangan lap)
8. Air lebihan digunakan untuk minum atau masuk dalam penyembur dan sembur kawasan kediaman kita sebagai usaha pelindung.
9. Ulang bila perlu.

Harap ini membantu mereka-mereka yang memerlukan rawatan.

Mengikut Ustaz, syaitan akan lemah apabila dibacakan bismillah dan juga bacaan ayat-ayat Al-Quran. Apabila kita tinggalkan Al-Quran, mereka akan lebih kuat dan mungkin mengganggu kita semula. Maka kena teruskan amalan membaca ayat-ayat Al-Quran.

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet