Terkini

SENARAI SEKTOR BALAI POLIS BANGI & BORANG BALIK KAMPUNG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1.         Bersama-sama ini dikepilkan senarai sektor Balai Polis Bangi di dalam Bandar Seri Putra yang menyenaraikan anggota-anggota Polis yang bertanggungjawab di kawasan masing-masing apabila berlaku sesuatu kecemasan dan keselamatan supaya senang dihubungi oleh penduduk bagi mendapatkan bantuan.



2.         Disertakan "Borang Balik Kampung" yang disediakan oleh PDRM untuk dipenuhi oleh semua penduduk sebelum balik ke kampung terutamanya sempena Hari Raya Aidil Fitri yang akan menjelang tiba nanti.  Penduduk adalah diminta mengisi butir-butir yang diperlukan di dalam borang tersebut dan majukan ke Balai Polis Bangi supaya dapat digunakan sebagai panduan dan maklumat untuk pihak Polis membuat rondaan dan pemantauan kawasan tanggungjawab sebagai langkah pencegahan jenayah pecah masuk rumah dan curi kenderaan ketika penghuni-penghuni tiada di rumah.



3.         Sila hebah dan edarkan kepada semua penduduk masing-masing.

"Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan Al-Mubarak"
"Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri"

Sekian, terima kasih.

Wassalam dan selamat sejahtera.

Norizan bin Hj Sulaiman
BHDSB

* borang_balik_kampung_muat_turun.pdf
* Senarai Sektor Anggota Balai Polis Bangi.xls

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet