Terkini

Krisis Somalia – Dermalah & Doakanlah Untuk Mereka

Krisis Somalia – Dermalah & Doakanlah Untuk Mereka

Mengenang saudara-saudara kita di benua Afrika sana yang tidak cukup makanan, kurus kering sampai berbentuk rangka, tidak berumah sempurna dan menangis menderita…saya terus hilang selera.  Hilang selera kerana nafsu makan saya pengsan dek melihat kesusahan mereka.  Jantung berdebar tidak keruan dan air mata mula bergenang, lantas bercucuran.  Hati mana yang tidak tersentuh apabila melihat penderitaan sebegitu…

Tidak cukup setakat itu wahai kawan-kawan sekalian.  Jika kita sedih, mereka yang terpaksa menanggung penderitaan itu, jauh lebih lagi sedih.  Dengan penyakit yang menyerang, dengan tangisan dan raungan anak-anak, dengan kematian insan tersayang dan pelbagai lagi musibah.  Kita mesti buat sesuatu yang bermakna buat mereka.

Doakanlah untuk kebaikan mereka agar dipermudahkan kehidupan mereka segera.  Dan yang paling penting ialah mendoakan agar aqidah saudara-saudara kita di sana dikuatkan dan kekal mentauhidkan ALLAH.  Agar mereka nanti mati dalam keadaan ISLAM.  Dan mudah-mudahan ALLAH menggantikan Syurga buat mereka atas kesabaran yang menimpa mereka selama ini, amin…amin…

Buat sahabat-sahabat yang berhati mulia dan pemurah yang ingin menderma, di sini saya lampirkan salah satu pertubuhan yang boleh disalurkan bantuan dalam bentuk wang.  InsyaALLAH, mudah2an bantuan sahabat-sahabat sekalian sampai kepada mereka.

ISLAMIC RELIEF MALAYSIA (mesti klik)

Address: 31-7, Jalan SP2/1,Taman Serdang Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia.

Email: info@irmblog.org
Telephone: +603 8948 6334
Fax: +603 8948 7339

Maybank: 5621 4270 8704
CIMB : 1259 0000 804 058

Hantarkan resit bank-in ke fax kami (03-8948 7339) atau email resit ke info@irmblog.org.

Sila nyatakan program yang hendak didermakan pada resit yang difaxkan atau email. Untuk penjelasan yang lebih lanjut boleh terus hubungi kami di 03 8948 6334.

Saya telah menghubungi wakil IRM sebentar tadi dan bertanya beberapa perkara asas tentang bagaimana saluran disampaikan.  Menurut wakil IRM, semua bantuan kewangan yang disalurkan kepada IRM akan terus diberi kepada wakil2 mereka yang berkenaan.  Kita penuh berharapan agar bantuan kewangan disalurkan oleh sahabat2 sekalian betul2 sampai dan memanfaatkan saudara2 kita yang memerlukan di sana, insyaALLAH.

Bagi pengguna Maybank2u.com, di sini saya tunjukkan cara yang lebih mudah bagaimana menggunakan Bill Payment.  Ini kerana IRM adalah salah satu payee yang tersenarai di dalam senarai M2U.  Sahabat2 sekalian boleh memilih dana yang sahabat2 sekalian salurkan itu utk apa?  Kerana IRM terlibat dengan banyak usaha menyalurkan dana kepada orang2 susah di seluruh dunia.

Langkah2 yang lebih mudah menggunakan M2U

Semoga amalan kebaikan yang sahabat2 sekalian lakukan kerana ALLAH, diberikan ganjaran yang banyak di akhirat nanti, amin…

ALLAHU A`LAM.

- www.muzir.wordpress.com

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet