Mayat bergelimpangan
Oleh Amir Abd Hamid, Asmah Rusman, Md Fuzi Abd Lateh dan Nurlela Zulkifli
am@hmetro.com.my
  Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/Mayatbergelimpangan/Article
  MAUT...mayat dua daripada tiga mangsa yang maut disambar petir di Sungai Choh.
KUALA  LUMPUR: "Mereka duduk di depan pintu rumah kongsi kerana berteduh  daripada hujan sambil menjulurkan kaki ke dalam air apabila tiba-tiba  kilat menyambar sebelum berlaku dentuman kuat berhampiran.
"Semua  mereka yang berusia antara 20 hingga 40 tahun rebah terkena panahan  petir itu," kata Hunarpo, 42, saksi kejadian tiga buruh binaan warga  Indonesia maut manakala tiga lagi cedera disambar petir di U5 Glenmarie,  Shah Alam, jam 2.40 petang semalam.
Selang lima minit  kemudian, petir turut meragut nyawa tiga lagi warga Indonesia dan  menyebabkan dua cedera. Ketika kejadian, semua mangsa sedang menanam  sayur di sebuah kebun di Sungai Choh, Hulu Selangor, jam 2.45 petang.  Saksi kejadian pertama, Hunarpo, berkata, majikan mengarahkan semua  pekerja yang sedang melakukan kerja pembinaan berteduh di rumah kongsi  terbabit sebaik hujan.
"Kami segera pulang ke rumah kongsi  masing-masing termasuk mereka yang terkena panahan itu. Keenam-enam  mereka tidak dipanah petir secara langsung, sebaliknya terkena renjatan  yang terhasil daripada air yang naik akibat hujan sebaik petir meletup.
"Ini  kerana mereka meletakkan kaki di luar rumah yang ditakungi air.  Akibatnya, tiga mati di tempat kejadian manakala tiga lagi cedera akibat  terkena renjatan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Difahamkan,  keadaan tiga mangsa yang cedera dilaporkan stabil dan sedang dirawat di  Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Seorang lagi rakan mangsa, Devi, 40, berkata, mereka baru dua minggu berpindah ke kawasan itu untuk memulakan kerja pembinaan.
"Saya  berada kira-kira empat meter dari lokasi enam rakan disambar petir itu.  Apa yang saya takutkan benar-benar berlaku apabila terdengar dentuman  guruh yang kuat manakala cahaya kilat memanah bumi.
"Selepas  dentuman itu, saya lihat keenam-enam mangsa bergelimpangan di tanah  sebelum diangkat dan diletakkan di atas meja di rumah kongsi. Kami  memaklumkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan sebelum dia  menghubungi ambulans," katanya.
Jurucakap pemaju yang ditemui  di lokasi kejadian berkata, mereka akan memindahkan semua pekerja ke  kawasan lebih selamat selain berjanji tidak mengabaikan kebajikan semua  mangsa.
Sementara itu, Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu.
Dalam  pada itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norell Azmi  ketika dihubungi berkata, dalam kejadian kedua, tindakan pekerja  Indonesia meneruskan kerja menanam sayur ketika hujan lebat serta kilat  mengundang padah apabila semua mereka dipanah petir.
"Tiga  mangsa rebah akibat terkena panahan petir dan mati di tempat kejadian  manakala dua rakan mereka sempat melarikan diri, tapi turut cedera  akibat terkena tempias petir berkenaan.
"Difahamkan, dua mangsa yang berjaya menyelamatkan diri sempat berlari masuk pondok berhampiran kawasan berkenaan," katanya.
Norell  berkata, tiga yang maut dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB), di  sini untuk dibedah siasat manakala dua rakan mereka yang cedera dirawat  di Klinik Kesihatan Rawang. 
Terkini
Awas Bahaya Petir
Dikirim oleh
khaiatbsp
23 Ogos 2011
pada
2:12 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Malinglist Terkini
Label
Aduan
(8)
Agama
(23)
AGM
(3)
Air
(12)
Akta 663
(3)
Aktiviti
(45)
Artikel
(20)
Badminton
(3)
Bandar Seri Putra
(35)
Bangi
(1)
Bolasepak
(1)
Bukit Mahkota
(5)
Buletin D'Mawar
(5)
Cadangan
(1)
Carboot
(6)
Ceramah
(1)
Facebook
(2)
Futsal
(3)
Gambar
(10)
Gotong-royong
(6)
H1N1
(1)
Ibadah Korban
(1)
Iklan
(3)
Info Am
(8)
Info Seri Mawar
(23)
Info Setempat
(23)
Islam
(1)
Isu Semasa
(5)
Jawatan Kosong
(3)
Jenayah
(11)
JMB
(82)
Jualan
(1)
Kaedah Dalaman
(5)
KaumWanita
(2)
Kebersihan
(1)
Kecurian
(3)
Kejadian Jenayah
(1)
Kelab Sukan Putra Mahkota
(1)
Kematian
(1)
Kemerdekaan
(1)
Kemudahan
(10)
Kenduri
(5)
Kerja JMB
(1)
Keselamatan
(5)
Kesihatan
(2)
Khairat Kematian
(1)
KOJIRA
(3)
Komputer ICT
(1)
KUIS
(2)
Kursus
(17)
Laporan
(7)
Lelongan Awam
(1)
Makluman
(13)
Masalah/Isu
(1)
Masjid
(11)
Menarik
(1)
Musibah
(1)
Operasi
(1)
Pagar
(1)
Pasar Malam
(1)
Pasar Ramadhan
(2)
Perayaan
(1)
Perjumpaan
(4)
Perkhidmatan
(2)
Persatuan Penduduk
(48)
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
(3)
Program Setempat
(16)
Putra-Mahkota
(1)
Putra-Mahkota.com
(5)
Rompakan
(1)
Rukun Tetangga
(2)
Rumah Sampah
(1)
Sebutharga
(3)
Sekolah
(43)
SKBangi
(1)
SKBSP
(3)
SMBSP
(6)
SRABSP
(7)
Sukan
(12)
Surau
(11)
Taman Impian Putra
(6)
Tangki
(1)
Tindakan
(5)
Untuk Dijual
(1)
Zakat
(1)





0 comments:
Catat Ulasan