Terkini

Carta Ramadhan

Carta ramadhan untuk kegunaan anak-anak.
Kalau mak bapak yang selalu culas pun boleh gunakan Smiley





Bagaimana nak gunakannya?

Tekan pada gambar untuk mendapat gambar saiz sebenar. Kemudian gunakan 'right click' dan 'save image as'.

Masukkan dalam MS Word dan seterusnya 'print' untuk kegunaan anak-anak.

SELAMAT BERPUASA dan MENJALANKAN IBADAH SEPANJANG RAMADHAN.


Sumber: http://alimkidsbookshop.com/pages/FREE-Download%3A-RAMADHAN-CHARTS.html

-Khaiatbsp-

Majlis ramah mesra BSP 2011 - Penambahbaikan dan Cadangan

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/71954_482151178707_245996843707_6972616_7370572_n.jpg

Insya-Allah BSP Induk akan membuat majlis ramah mesra seperti yang telah dilakukan pada tahun lepas.

Di sini saya buka untuk sebarang penambahbaikan kepada majlis tahun lepas agar ianya lebih meriah.

Cadangan aktiviti yang menarik juga dialu-alukan.

Pandangan dan saranan tuan/puan akan dibawa ke perbincangan.

Saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sebarang pandangan boleh di emailkan kepada

ppbsp@bandarseriputra.com

p/s: sukarelawan juga diperlukan sama ada sebagai AJK atau pada masa majlis tersebut. Jika berminat, sila emailkan kealamat di atas.

-Khaiatbsp-

Cadangan Logo PPBSP (BSP Induk)

Disertakan cadangan logo untuk PPBSP.
Yang mana pilihan anda?
Apa komen anda tentang logo-logo ini?









p/s: saya sendiri berminat logo B

Biskut Raya Edaran Aina Distributor


Biskut raya buatan tangan (hand made) yang diambil dari Johor. Kebanyakan biskut diperbuat daripada BUTTER menjadikan ia tahan lama dan enak dimakan.



Setiap bekas mengandungi sekitar 50-55 keping biskut.

Untuk tempahan, hubungai Khai di talian 012.2655.203 atau email khaiatbsp@gmail.com.

Tempahan perlu dihantar sebelum 5 Ramadhan dan penghantaran selepas 14 Ramadhan.

Penghantaran percuma sekitar Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota, Nilai, Bangi, Bandar Baru Bangi dan kawasan berdekatannya.

Minimum order 5 bekas (juga boleh dirunding jika kurang daripada 5).










Fwd: Ingatan: Motivasi Alihan Pelajar (MAP) 2011, 31 Julai (Ahad)


http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/270754_242029242474463_231425046868216_1101557_1809585_n.jpg

Dato/Datuk/Datin/Tuan/Puan,


Terima kasih kerana mendaftarkan anak tuan/puan bagi program Motivasi Alihan Pelajar (MAP) 2011 yang akan dikendalikan oleh Dr. Tengku Asmadi pada 31 Julai 2011.


Sebagai ingatan, berikut disenaraikan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh anak tuan/puan.

  1. Pendaftaran perserta akan bermula seawal 8.00 pagi.
  2. Setiap peserta mestilah datang dengan pakaian yang kemas.  Pelajar lelaki digalakkan memakai kemeja dan pelajar perempuan lebih sopan apabila berbaju kurung. Baju T-Shirt, seluar jeans, dan pakaian yang menjolok mata sama sekali tidak dibenarkan.
  3. Peserta juga perlu memakai kasut.
  4. Peserta perlu membawa buku nota dan alat tulis.
  5. Bawa juga kopiah, songkok atau kain sembahyang / telekung (untuk perempuan) bagi tujuan solat.

Manakala program keibubapaan pula, ibubapa diharap dapat menghadirkan diri tepat jam 5.00 petang.

Pihak penganjur juga dimaklumkan bahawa ada penjualan buku-buku MAP berharga RM15.00 setiap sebuah.


Peta ke Dewan Bukit Mahkota Clubhouse boleh diperolehi di pautan ini

http://maps.google.com/maps?q=bukit+mahkota+clubhouse&hl=en&view=map&cid=6748584986922791781&z=17&iwloc=A

Bagi yang menggunakan GPS, boleh set lokasi ke 2.87426, 101.80701.

Maklumat lanjut, layari http://map.bandarseriputra.com/ atau hubungi Khairil 012.2655.203.


Sekali lagi, kami pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah mendaftar.

Jumpa anda semua di Dewan Bukit Mahkota Clubhousepada 31 Julai nanti.

-Khaiatbsp-

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aturcara

08.00 – 09.00 Pendaftaran Peserta
09.00 – 09.30 Peraturan & Disiplin Kursus
09.30 – 10.30 Sesi 1 : Matlamat Hidup Pelajar
10.30 – 11.00 Rehat & Minum Pagi
11.00 – 01.00 Sesi 2 : Strategi Pembelajaran Aktif
01.00 – 02.00 Makan Tengahari & Solat Zohor
02.00 – 04.00 Sesi 3 : Sikap Penentu Kejayaan
04.00 – 05.00 Minum Petang & Solat Asar
05.00 – 06.00 Slot Keibubapaan & Majlis Penutup (Ibubapa diminta hadir)
06.00 Bersurai


Free Medical Check Up : The Malaysian Cohort Programme

We are inviting you at the age between 35 and 65 years old to join this project.
We are also giving these services for FREE

  • Blood pressure test
  • Heart function test
  • Lung function test
  • Blood and urine test
  • Body composition analysis
  • Body mass index measurement and waist hip ratio
  • Questionnaire session


All participants are needed to answer all questionnaires and give a small amount of blood and urine specimen. Any further queries, please do not hesitate to contact us.
 
Tel: (603)-9171 0415
Fax: (603)-9171 0397
Free Toll: 1800 88 2007
Email: sekretariat@mycohort.gov.my
SMS: COHORT <space> Name <space> IC_No & send to 37799

http://mycohort.gov.my/web/

Zakat Fitrah Selangor Kekal RM7.00

Zakat Fitrah Selangor Kekal RM7.00


SHAH ALAM, 27 Julai – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Mohamad Adzib b Mohd Isa dalam kenyataan medianya mengumumkan DYMM Sultan Selangor berkenan mengekalkan kadar zakat fitrah di Selangor bagi Ramadan tahun ini ditetapkan sebanyak RM7.00 sekepala sama seperti tahun sebelumnya.

Pengekalan kadar fitrah ini dipengaruhi oleh tiada kenaikan harga beras yang menjadi makanan utama penduduk Selangor di pasaran.

Dijangkakan pada tahun ini sebanyak RM17.7 juta zakat fitrah akan dikutip di negeri Selangor.

Katanya lagi, bagi memudahkan orang ramai untuk membayar zakat fitrah, seramai 2,575 orang penolong amil fitrah termasuk ketua penolong amil fitrah dilantik bagi membuat kutipan zakat fitrah di seluruh Selangor.

Beberapa kaunter sementara di pusat-pusat membeli belah terpilih iaitu di Centrepoint, Klang; Mydin Plaza MPK Klang; Giant Sek. 13, Shah Alam; Kompleks PKNS, Shah Alam; Plaza Masalam, Shah Alam; Jaya Jusco, Bukit Raja,  Klang; SACC Mall, Shah Alam dan Terminal LCCT, Sepang turut dibuka bagi tujuan ini.

Selain itu, sepanjang bulan Ramadan ini, LZS akan membuka 24 kaunter zakat di seluruh Selangor tujuh hari seminggu termasuk pada cuti umum. Waktu urusan kaunter pada hari bekerja bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.  Ini bagi memudahkan orang ramai menunaikan zakat harta dan zakat fitrah

RM8 makan durian sepuasnya di Restoran Jejantas Sungai Buloh

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0726&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_20.htm
26/07/2011 5:17pm

KUALA LUMPUR 26 Julai - Dengan hanya membayar RM8 seorang, orang ramai boleh menikmati seberapa banyak durian pada "Pesta Jom Makan Durian" di Restoran Jejantas Sungai Buloh (Arah Utara), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), selama tiga hari bermula Khamis ini.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat PLUS Expressways Berhad (PLUS), Khalilah Datuk Mohd Talha berkata, pesta itu akan diadakan dari 10 pagi hingga 6 petang sepanjang tiga hari itu (selagi stok masih ada).

Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata, sebanyak 10 tan durian dari kawasan Bukit Gantang, Perak, akan dibawa ke pesta berkenaan bagi tujuan mempromosi buah durian kepada pengguna lebuh raya. - Bernama

Live Wacana: Apa Selepas 9 Julai?

Boleh di ikuti secara Live di sini jam 2 ptg nanti  http://www.mobtv.my/

Jam 12.30 tgh hari ini.
Ikuti Pelancaran mobTV.my dan DEBAT REMAJA -PERHIMPUNAN BERSIH 2.0-SALAH SIAPA @ http://www.mobtv.my/index.html - Mulai JAM 12.30 Tengahari pada SELASA 26/07/2011.

--------------------


Apa Selepas 9 Julai?


26 Julai 2011 (Selasa).
2.00 - 5.00 petang.
Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf,
Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15, Shah Alam.


Panel:
Datuk Wan Ahmad Wan Omar (SPR),
Datuk Ambiga Sreenevasan (Bersih 2.0) ,
Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin (KITA UKM).

Senarai nama Anak2 yatim di Bandar Seri Putra

http://www.kuis.edu.my/gallery/main.php?g2_view=core.DownloadItem&g2_itemId=1313&g2_serialNumber=2
 Gambar hiasan: DYMM Sultan Selangor semasa lawatan ke KUIS tahun lepas.
Sumber: http://www.kuis.edu.my/gallery/main.php?g2_itemId=1277

Assalamualaikum wrt,.

YBhg Dato'/Tuan/Puan/Ust/Ustzh/Dr.

Menemui semua Ketua/Wakil Skim dan AJK PPBSP.

Mohon jasa baik kepada semua wakil-wakil Skim atau Ketua-ketua Skim di
Bandar Seri Putra, untuk mengenal pasti anak-anak yatim dikawasan
sekitaran masing-masing. Mohon untuk memberikan Nama Penuh, Alamat dan
Nombor Perhubungan kepada Ust Abu Zaki atau saya. Nama-nama ini
diperlukan bersempena dengan Majlis Berbuka Puasa bersama Sultan di
KUIS, bagi menerima sumbangan daripada Sultan. Mohon untuk menghantar
nama2 tersebut selewat-lewatnya 29 Julai 2011.

Boleh berhubung terus kepada:
Ust Abu Zaki : abuzaki@kuis.edu.my
Ramizi Mohamed : ramizimohamed@yahoo.com

Kerjasama dari tuan puan didahului dengan ucapan terima kasih

Yang benar

Ramizi Mohamed
SU PPBSP

RAKAMAN VIDEO: CERAMAH DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

Alhamdulillah ceramah oleh Dr. Zulkifli malam tadi mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Terima kasih kepada semua yang hadir dari dekat dan jauh.
Ada dikhabarkan datang dari Nilai dan tak ketinggalan daripada jiran-jiran berhampiran.

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/250258_10150727595575176_329327610175_20040462_2995543_n.jpg

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/282513_10150727595700176_329327610175_20040466_1441453_n.jpg

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/226070_10150727595035176_329327610175_20040445_7289851_n.jpg

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/270152_10150727596325176_329327610175_20040486_4359713_n.jpg

Saya sertakan video ceramah Dr. Zulkifli malam tadi untuk renungan bersama.

http://www.facebook.com/video/video.php?v=10150266892263117&oid=329327610175&comments

http://www.facebook.com/video/video.php?v=10150266899023117&oid=329327610175&comments

http://www.facebook.com/video/video.php?v=10150266905673117&oid=329327610175&comments

http://www.facebook.com/video/video.php?v=10150266912518117&oid=329327610175&comments

http://www.facebook.com/video/video.php?v=10150266922548117&oid=329327610175&comments

http://www.facebook.com/video/video.php?v=10150266928048117&oid=329327610175&comments

http://www.facebook.com/video/video.php?v=10150266929973117&oid=329327610175&comments

[i][b]Khaiatbsp[/b][/i]

Diskusi untuk Demokrasi | Sebelum & Selepas 709: Apa Kata Anak Muda?

Diskusi untuk Demokrasi | Sebelum & Selepas 709: Apa Kata Anak Muda?


Tempat: Auditorium, Kuala Lumpur Selangor Chinese Assembly Hall (Berhadapan Stesen Monorail Maharajalela), Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur
Waktu: 8 malam hingga 10 malam
Tarikh: Selasa 26 Julai 2011

Anjuran Bersama: Free Public Forum (FPF), Amnesty International Malaysia, dan Institute for Democracy & Economic Affairs (IDEAS)

Kali ini kita akan bersama anak anak muda untuk membincangkan hal-hal seperti hak asasi, demokrasi, negara, politik, dan sebagainya sempena peristiwa Bersih 2.0 yang berlaku pada 9 Julai 2011. Untuk mewarnakan lagi suasana, kita bawa para speaker dari pelbagai jalur ideologi untuk mencari dimanakah kita berbeza pendapat dan dimanakah kita bersama pendapat sekalipun kita berbeza.

Barisan speaker terdiri daripada:

  • Fahmi Reza (Pengarah filem 10 tahun sebelum Merdeka)
  • Wan Saiful Wan Jan (Ketua Eksekutif IDEAS)
  • Shazni Munir (Bekas aktivis SMM)
  • Faisal Aziz (Amnesty International Malaysia)
  • Swee Nee (Aktivis DEMA)
  • Bawani (Aktivis JERIT)

Kehadiran percuma, boleh bawa rakan seramai mungkin.

ESOK LEPAS MAGHRIB: CERAMAH DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI



Surau Al-Hijrah menjemput semua muslimin dan muslimat ke Surau Al-Hijrah untuk bersama-sama mendengar ceramah yang akan disampaikan oleh Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri. Dr. Zulkifli adalah Ahli Majlis Fatwa Negeri Terangganu dan Negeri Sembilan, Ketua Panel Penasihat Shariah Bank Pertanian, Penceramah Jemputan Al-Kulliyah TV3 dan Tanyalah Ustaz TV9 dan juga Mursyid Radio IKIM.

CERAMAH DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
24 JULAI 2011
7.45 MALAM
SURAU AL-HIJRAH (2.88647, 101.77657)


http://maps.google.com/maps/ms?msid=201259487707834505954.000472297f793892a40e2&msa=0

Bagi yang ingin mengikuti syarahan dan ceramah Dr. Zulkifli sebelum ini, bolehlah layari http://zulkiflialbakri.blogspot.com/

Marilah ramai-ramai memeriahkan majlis ilmu ini.

Surau Al-Hijrah

Perkhidmatan Baru Video Perkahwinan

Salam semua,

Kami dari theMALAYA berbesar hati untuk mengumumkan kepada anda semua tentang perkhidmatan baru kami di sini iaitu Perkhidmatan Videografi Perkahwinan dan Pertunangan.
Kami memohon kerjasama anda juga untuk memberitahu kepada rakan-rakan dan saudara mara anda tentang perkhidmatan kami ini.

Sekali lagi terima kasih pada anda semua kerana menyokong kami dan kami berharap sokongan ini bukan sampai di sini sahaja tetapi selamanya.
Tanpa sokongan rakan2 seperti anda semua, tiadalah theMALAYA hingga ke peringkat ini. 

Salah satu video untuk tantapan anda semua:


Jika anda berminat untuk mengetahui pakej video kami, sila isi form di "Quote Request" di Facebook The Malaya (http://www.facebook.com/pages/The-Malaya/113309932071138?sk=app_141149985924076)
- dengan Tajuk "Video Kahwin".

Sharekan Video ini di Wall Facebook anda sempena tanda sokongan anda pada kami.

Terima Kasih


Sekian,
ZALHILMAN ISMAIL
THE MALAYA PRODUCTION
http://www.facebook.com/zalhilman.ismail

Nota: Tolong promote bisnes kawan.


Tender Kantin SK-BSP

Dikepilkan tender kantin SK-BSP.

http://putra-mahkota.com/forum/index.php?action=dlattach;topic=8649.0;attach=4592;image

http://putra-mahkota.com/forum/index.php?action=dlattach;topic=8649.0;attach=4594;image

Manakala, ini borang tender.

BORANG TAWARAN SEBUTHARGA

MAP2011 anjuran PPBSP: Mohon Semak Pendaftaran


http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/270754_242029242474463_231425046868216_1101557_1809585_n.jpg

Alhamdulillah sehingga hari ini seramai 258 peserta telah disahkan pendaftarannya. Melebihi daripada apa yang disasarkan.

Kami masih memproses baki pendaftaran. Maaf, tiada pendaftaran baru dapat diterima. Ini termasuk peserta yang telah mendaftar online tetapi sehingga Jumaat lepas tidak membayar yuran penyertaan, tidak akan diterima kerana jumlah peserta telah pun mencukupi.

Kami juga memohon mana-mana peserta yang telah membayar secara online agar menyemak senarai berdaftar di sini http://map.bandarseriputra.com/?page_id=97. Harap dapat maklumkan kami jika nama belum lagi disahkan.

Beberapa perkara juga perlu kami tekankan di sini.
  1. Setiap peserta mestilah datang dengan pakaian yang kemas.  Pelajar lelaki digalakkan memakai kemeja dan pelajar perempuan lebih sopan apabila berbaju kurung. Baju T-Shirt, seluar jeans, dan pakaian yang menjolok mata sama sekali tidak dibenarkan.
  2. Peserta juga perlu memakai kasut.
  3. Peserta perlu membawa buku nota dan alat tulis.
  4. Bawa juga kopiah, songkok atau kain sembahyang / telekung (untuk perempuan) bagi tujuan solat.
Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah mendaftar. Tak lupa juga kepada yang gagal mendapat tempat, kami ucapkan terima kasih atas minat tuan/puan.

Bagi yang telah mendaftar, kita jumpa di Dewan Bukit Mahkota Clubhouse 31 Julai ini.
Peta ke Dewan Bukit Mahkota Clubhouse di sini http://maps.google.com/maps?q=bukit+mahkota+clubhouse&hl=en&view=map&cid=6748584986922791781&z=17&iwloc=A
Bagi yang menggunakan GPS, boleh set lokasi ke 2.87426, 101.80701.

Maklumat lanjut, layari http://map.bandarseriputra.com/.

-Khaiatbsp-


=============================

Aturcara

08.30 – 09.00 Pendaftaran Peserta
09.00 – 09.30 Peraturan & Disiplin Kursus
09.30 – 10.30 Sesi 1 : Matlamat Hidup Pelajar
10.30 – 11.00 Rehat & Minum Pagi
11.00 – 01.00 Sesi 2 : Strategi Pembelajaran Aktif
01.00 – 02.00 Makan Tengahari & Solat Zohor
02.00 – 04.00 Sesi 3 : Sikap Penentu Kejayaan
04.00 – 05.00 Minum Petang & Solat Asar
05.00 – 06.00 Slot Keibubapaan & Majlis Penutup (Ibubapa diminta hadir)
06.00 Bersurai


Karnival Amal 2 Dekad







Sissons Paints: Jualan Gudang TerBESAR !!!



Jangan lepaskan peluang untuk membeli pelbagai cat dengan harga murah.

Datanglah berkunjung ke NILAI 3 (Blok E) berhampiran dgn pasar borong Nilai 3 & Futsal Court

pada 22/07/2011 – 24/07/2011 (Jumaat – Ahad) pukul 10 pagi – 6 petang.

Pasti anda tidak akan kecewa….

Note: saya cuma tolong promote tempat kerja kawan saya jer...

CERAMAH DI AMBANG RAMADHAN

CERAMAH DI AMBANG RAMADHAN

Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dan Semua Penduduk,

Jawatankuasa Surau Ar-Rahman akan menganjurkan ceramah seperti ketetapan berikut:

        Tarikh          : 24 Julai 2011/ 22 Syaaban 1432H (Ahad)
        Masa           : Selepas Solat Maghrib
        Tempat        : Surau Ar-Rahman
        Penceramah : Y.Bhg. Ustaz Md. Noor bin Hussin (Pensyarah KUIS)

Y.Bhg. Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dan Semua Penduduk adalah dijemput untuk hadir beramai-ramai.

Sekian, terima kasih.

HAJI MOHAMED BIN OTHMAN
Pengerusi
Surau Ar-Rahman

Forum Perdana 'Aku Terima Nikahnya'



Bagi sesiapa yang ada kelapangan, dijemput untuk hadir di Masjid Salehin untuk forum ini. Lokasi Masjid Solihin, Kg Teras Jernang, Bangi.. Lokasi exit dari tol Bangi, round about ambil pukul 3, terus dalam 300 meter akan jumpa Masjid As-Salihin, betul disimpang tiga. Selepas round about, selepas ambil pukul 3, jumpa LHDN di sebelah kanan, terus kiri JKR, dan POLY-TECH. Info boleh hub wakil penganjur 012990 2262 atau 012 – 322 7372

Inshaallah, program ini melibatkan Imam Muda Hassan, Ustaz Zaharuddin.net dan juga YB Senator Mumtaz.. Bertarikh 23 Julai 2011, bermula jam 9.30 pagi di Masjid As-Solihin, Bangi. Ayuh semarakkan Karnival Masjid ini dengan memeriahkan forum perdana 'Aku Terima Nikahnya'

Sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=257619990918690&set=at.152051441475546.30817.152030824810941.761872369&type=1&ref=nf

Awasi kenderaan2 ini!

Awasi kenderaan2 ini!

Salam sejahtera kepada semua warga Bandar Seri Putra.

Saya baru mendapat maklumat dari Balai Polis Bangi, Bandar Seri Putra mengenai kejadian jenayah yang berlaku baru-baru ini di kawasan kejiranan Princeton (berjiran dengan Vista Seri Putra). Sebuah rumah di kawasan tersebut telah dipecah masuk waktu siang dan kejadian disedari oleh seorang jiran. Suspek antara 4-5 orang dipercayai berbangsa asing menaiki sebuah kereta NAZA CITRA berwarna SILVER nombor pendaftaran tidak diketahui, manakala jumlah kerugian juga tidak diketahui.

Warga BSP juga diminta berhati-hati dengan sebuah lagi kereta PROTON PESONA warna HITAM dinaiki oleh 2-3 orang berbangsa Melayu dan India yang berlegar-legar dikawasan BSP dipercayai juga untuk melakukan jenayah.

Warga BSP yang ternampak kenderaan-kenderaan diatas atau kenderaan2 lain dalam keadaan mencurigakan sila laporkan ke Balai Polis Bangi, Bandar Seri Putra dengan segera.

Sekia, terima kasih.

Azizuddin Zailan.

Wacana: Apa Selepas 9 Julai?



Apa Selepas 9 Julai?


26 Julai 2011 (Selasa).
2.00 - 5.00 petang.
Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf,
Lot 2, Jalan Sepana 15/3, Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15, Shah Alam.


Panel:
Datuk Wan Ahmad Wan Omar (SPR),
Datuk Ambiga Sreenevasan (Bersih 2.0) ,
Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin (KITA UKM).

TENDER KANTIN SK-BSP DIBUKA SEHINGGA 31 JULAI 2011

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/164346_491176190788_182228500788_5871771_630236_n.jpg

Dalam kesibukan kerja, lupa nak maklumkan bahawa Tender Kantin SK-BSP sedang dibuka.
Tarikh tutupnya adalah 31 Julai ini.
Borang boleh diperolehi daripada Pejabat SK-BSP.
Saya menyeru mana-mana pengusaha makanan MUSLIM untuk turut serta dalam menender.
Semoga, pengusaha akan datang dapat memahami kehendak ibubapa di Putra Mahkota.

SK-BSP: Mesyuarat PAKSI

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Gambar hiasan: Blog SK-BSP yang diuruskan oleh PAKSI

PAKSI (Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi, salah satu unit dalam PIBG SK-BSP) akan mengadakan mesyuarat pertamanya pada Khamis ini 21 Julai 2011. Oleh itu, saya mewakili PAKSI menjemput mana-mana ibubapa yang berminat untuk menyumbang tenaga, idea, kewangan dsb kepada unit ini dapat turut sama dalam mesyuarat pada Khamis ini.

Antara skop tugasan PAKSI adalah:

  1. Mengurus dan mengemaskini blog dan facebook sekolah.
  2. Membantu PIBG dan sekolah menyampaikan maklumat kepada orang ramai/ibubapa.
  3. Memberi khidmat nasihat kepada PIBG dan sekolah dalam sebarang bentuk berkaitan ICT seperti membantu database sekolah dsb.
  4. Memberi sokongan latihan dalam bidang ICT jika diperlukan.
Ibubapa yang berminat, boleh hadir dalam mesyuarat berikut:

MESYUARAT UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN KOMUNIKASI
Tarikh: 21 JULAI 2011 (Khamis)
Masa: 8.15 MALAM
Tempat: BILIK MESYUARAT SK-BSP

Diharap ramai ibubapa yang dapat hadir untuk sama-sama menyumbang untuk sekolah anak-anak kita.

Khairil Anuar
Ketua PAKSI

Vista: Juara Pertandingan Badminton Komuniti Bandar Seri Putra

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/269879_10150311658113708_245996843707_9464795_1538197_n.jpg

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/283989_10150311656203708_245996843707_9464741_1464881_n.jpg

Kekuatan pasukan badminton Vista Seri Putra tidak disangkal lagi kerana buat 2 tahun berturut-turut (ada mengatakan dah 3 tahun, saya kurang pasti) pasukan ini menjuarai kejohanan di Badar Seri Putra.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Kelab Sukan Putra Mahkota (atau Kelab Sukan Bandar Seri Putra, kerana ada 2 banner yang saya lihat tapi berbeza nama penganjurnya) telah berlangsung pada 16 dan 17 Julai 2011. Sedikit lewat daripada yang diwar-warkan mungkin sahaja kerana dewan sekolah SK-BSP digunakan oleh pihak sekolah pada sebelah pagi. Jelasnya, perlawanan hanya bermula pukul 3 petang.

6 taman telah menghantar wakil iaitu Vista sendiri, Seriputra5 (Putra96), Acasia, Tropika, Terrace dan Melati. Setiap pasukan diwakili oleh 3 regu yang mana perlawanan dijalankan serentak untuk ketiga-tiga regu. Dan peringkat awal, ianya dijalankan secara liga. Maka setiap pasukkan perlu menentang 5 pasukan lain.

Akhirnya selepas pusingan awal, pasukan Vista perlu melawan pasukan Seriputra5 untuk penentuan tempat pertama dan kedua. Manakala, pasukan Tropika menentang Acasia bagi penentuan tempat ke-3 dan ke-4.

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/271049_10150311606048708_245996843707_9464049_2325911_n.jpg

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/267551_10150311605998708_245996843707_9464047_5531001_n.jpg

Perlawan penentuan dijalankan pada keesokan harinya (Ahad). Sengit perlawanan antara Tropika dan Acasia. Dua regu yang tamat straight set menjadikan Tropika dan Acasia terikat 1-1. Manakala, regu ke-3 terpaksa berentap sehingga ke set penentuan. Set itu dimenangi oleh pasukan Acasia untuk menduduki tempat ke-3.



http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/270269_10150311612688708_245996843707_9464240_545274_n.jpg

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/285583_10150311612238708_245996843707_9464224_5690150_n.jpg

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/267427_10150311612028708_245996843707_9464219_6845549_n.jpg

Perlawanan akhir, sedikit berat sebelah kerana kekuatan Vista tidak dicabar oleh Seriputra5. Vista menang 3-0 secara straight set.

Tahniah kepada pihak penganjur dan semua pemain. Tak ketinggalan kepada penyokong yang turut hadir.

Hamper cabutan bertuah mengiringi saya balik ke rumah, terima kasih penganjur.

Gambar selebihnya di sini:
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150311604928708.392161.245996843707
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.10150311656148708.392182.245996843707


Khaiatbsp

ESOK & AHAD: PERTANDINGAN BADMINTON KOMUNITI BSP

Jangan lupa, ESOK dan AHAD pertandingannya.



Pihak Kelab Sukan BSP  menjemput semua taman-taman dibawah Bandar Seri Putra untuk menyertai Pertandingan Badminton Komuniti BSP 2011.

Terbuka kepada semua penduduk taman BSP.

Had kelayakan pemain dari setiap taman ialah 30 tahun keatas sahaja.

Yuran pendaftaran sebanyak RM120.00/taman

Hanya 3 bergu + 1 simpanan bagi setiap taman

Minimum penyertaan 2 bergu ATAU  4 orang pemain

Sila hubungi nama-nama yang disenaraikan utk pendaftaran.
 
Hadiah 1     : RM500.00 + Piala + Hamper
Hadiah ke 2 : RM300.00 + Hamper
Hadiah ke 3 : RM100.00 + Hamper
Hadiah ke 4 : RM100.00 + Hamper

  
Pertandingan Badminton Komuniti Bandar Seri Putra
Tarikh : 16 & 17  Julai 2011
Tempat : Dewan Badminton SRK BSP.

MAP2011 anjuran PPBSP: Pendaftaran Ditutup

Ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan kepada program ini. Kami penganjur MAP2011 ingin mengumumkan bahawa pendaftaran untuk MAP2011 secara rasminya ditutup. Ini kerana target peserta seperti yang dirancang telah dipenuhi.

Sekian, harap maklum.

MAP2011 anjuran PPBSP: 168 daripada 211 pendaftaran telah disahkan.

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/270754_242029242474463_231425046868216_1101557_1809585_n.jpg

Alhamdulillah respon yang kita terima sangat menggalakkan. Sehingga 14 Julai 2011, seramai 211 peserta telah mendaftar. Manakala, daripada 211 peserta tersebut, 168 telah pun disahkan pendaftarannya.

Pihak penganjur berharap target 200 peserta dapat dicapai menjelang esok. Mohon agar semua pihak membantu mewar-warkan program ini kepada saudara-mara atau sahabat-handai.

Maklumat lanjut, layari http://map.bandarseriputra.com/.

-Khaiatbsp-

Blog ADUN Bangi: `Tadarus Daurah` Budaya Penduduk Bandar Baru Bangi

`Tadarus Daurah` Budaya Penduduk Bandar Baru Bangi


Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2011/07/tadarus-daurah-budaya-penduduk-bandar.html

BBB, 07 Sya`ban = 09 Julai (Sabtu):


Satu budaya yang unik dan identik dengan surau-surau dan penduduk BBB ialah amalan Tadarus Daurah (Keliling) yang dianjur oleh Persatuan Penduduk BBB dengan kerjasama surau-surau di BBB yang berjumlah 30 buah. Bermaksud Tadarus Quran dilakukan secara keliling sebulan sekali dari surau ke surau. Bila kena giliran satu surau, wakil-wakil dari surau-surau datang ke surau yang menjadi pilihan untuk bertadarus Qur`an selepas solat maghrib hingga tamat dan solat Isya`. Sebelum tadarus dibahagikan 30 kumpulan (bagi 30 juz`). Bagi satu kumpulan (satu juz`) tiga orang atau lebih menurut ramainya peserta yang hadir – atau mungkin paling minimum satu kumpulan 2 orang seorang baca, seorang mendengar dan menegur kesilapan. Biasanya lama masanya satu jam boleh ditamatkan tiga puluh juz`.


Malam ini Tadarus Daurah dilakukan di Surau Ar-Rahim Seksyen 8 Tambahan. Jemputan dan jamaah setempat hadir sama bersolat Maghrib hingga ke Isya`. Pada malam ini ada sedikit pembukaan oleh Tuan Haji Zulkifli Pengerusi surau, dan ucapan terima kasih oleh YDP Persatuan Penduduk BBB Dr. Tajul Ariffin Noordin dan Adun Bangi merasmikannya. Adun memuji budaya unik ini yang kini sudah enam tahun berjalan dan ini adalah kali ke tujuh bagi tahun 2011, Menurut Adun melalui Tadarus Daurah dapat memahirkan pembacaan al-Qur`an dan mengeratkan hubungan antara surau dan penduduk. Ini juga merupakan persediaan bagi menyambut Ramadhan yang tadarus makin dipertingkatkan. Hadir pada malam ini selain dari Adun, Dr. Tajul dan Tuan Haji Zulkifli ialah Tuan Haji Ghazali Abbas Timbalan YDP Persatuan Penduduk dan Pengerusi Surau an-Nur yang memberi taklimat mengenai kaedah-kaedah bertadarrus,Tuan Haji Rusli Imam Surau Ar-Rahim YDP Penduduk Seksyen 8 Tambahan Tuan Haji Ali,, Ustaz Iskandar yang membawa bersamanya murid-murid Tahfiz Sungai Tangkas, Ustaz Ilyas Guru dari STAM Sungai Ramal dan ahli jamaah setempat.


Selepas khatam pembacaan ayat lazim, ratib dan doa Khatam Qur`an. Setelah tamat acara Tadarus Daurah, penghargaan dan penyampaian bantuan kepada anak-anak tahfiz diminta Adun sampaikan. Majlis berakhir dengan jamuan makan malam.


Sekian.


Nota: Mungkin boleh dipraktikkan di kawasan kita.

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet