Zakat Fitrah Selangor Kekal RM7.00
SHAH ALAM, 27 Julai – Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor, Datuk Mohamad Adzib b Mohd Isa dalam kenyataan medianya mengumumkan DYMM Sultan Selangor berkenan mengekalkan kadar zakat fitrah di Selangor bagi Ramadan tahun ini ditetapkan sebanyak RM7.00 sekepala sama seperti tahun sebelumnya.
Pengekalan kadar fitrah ini dipengaruhi oleh tiada kenaikan harga beras yang menjadi makanan utama penduduk Selangor di pasaran.
Dijangkakan pada tahun ini sebanyak RM17.7 juta zakat fitrah akan dikutip di negeri Selangor.
Katanya lagi, bagi memudahkan orang ramai untuk membayar zakat fitrah, seramai 2,575 orang penolong amil fitrah termasuk ketua penolong amil fitrah dilantik bagi membuat kutipan zakat fitrah di seluruh Selangor.
Beberapa kaunter sementara di pusat-pusat membeli belah terpilih iaitu di Centrepoint, Klang; Mydin Plaza MPK Klang; Giant Sek. 13, Shah Alam; Kompleks PKNS, Shah Alam; Plaza Masalam, Shah Alam; Jaya Jusco, Bukit Raja, Klang; SACC Mall, Shah Alam dan Terminal LCCT, Sepang turut dibuka bagi tujuan ini.
Selain itu, sepanjang bulan Ramadan ini, LZS akan membuka 24 kaunter zakat di seluruh Selangor tujuh hari seminggu termasuk pada cuti umum. Waktu urusan kaunter pada hari bekerja bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Ini bagi memudahkan orang ramai menunaikan zakat harta dan zakat fitrah
0 comments:
Catat Ulasan