Terkini

SK-BSP: Mesyuarat PAKSI

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Gambar hiasan: Blog SK-BSP yang diuruskan oleh PAKSI

PAKSI (Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi, salah satu unit dalam PIBG SK-BSP) akan mengadakan mesyuarat pertamanya pada Khamis ini 21 Julai 2011. Oleh itu, saya mewakili PAKSI menjemput mana-mana ibubapa yang berminat untuk menyumbang tenaga, idea, kewangan dsb kepada unit ini dapat turut sama dalam mesyuarat pada Khamis ini.

Antara skop tugasan PAKSI adalah:

  1. Mengurus dan mengemaskini blog dan facebook sekolah.
  2. Membantu PIBG dan sekolah menyampaikan maklumat kepada orang ramai/ibubapa.
  3. Memberi khidmat nasihat kepada PIBG dan sekolah dalam sebarang bentuk berkaitan ICT seperti membantu database sekolah dsb.
  4. Memberi sokongan latihan dalam bidang ICT jika diperlukan.
Ibubapa yang berminat, boleh hadir dalam mesyuarat berikut:

MESYUARAT UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN KOMUNIKASI
Tarikh: 21 JULAI 2011 (Khamis)
Masa: 8.15 MALAM
Tempat: BILIK MESYUARAT SK-BSP

Diharap ramai ibubapa yang dapat hadir untuk sama-sama menyumbang untuk sekolah anak-anak kita.

Khairil Anuar
Ketua PAKSI

0 comments:

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet