Terkini

Hadiah RM16,300 Menanti Pemenang Pertandingan Blog Kreatif

Hadiah RM16,300 Menanti Pemenang Pertandingan Blog Kreatif
via SelangorKini Online by tvselangor on 7/06/11

SHAH ALAM 7 Jun - Pengerusi jawatankuasa tetap pendidikan, pendidikan tinggi dan pembangunan modal insan, Dr. Halimah Ali  melancarkan pertandingan blog kreatif  'Selangor Idaman Ku' hari ini di sini.

Menurut Dr Halimah , antara objektif pertandingan ini untuk menggalakan penggunaan internet secara positif oleh pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT).

"Selain itu, memberi ruang kepada semua lapisan rakyat khususnya golongan muda untuk berbicara dan meluahkan pendapat serta impian mereka dalam pembikinan Selangor sebagai negeri idaman .

"Acara ini merupakan anjuran bersama jawatankuasa tetap pendidikan, pendidikan tinggi dan pembangunan modal insan dan Fakulti Industri Teknologi Maklumat, Universiti Industri Selangor (Unisel) di mana pertandingan ini berakhir pada 4 November," katanya  di bangunan SUK Shah Alam.

Mengulas lanjut pertandingan ini, Halimah berkata kategori pertandingan terbahagi kepada pelajar sekolah menengah, mahasiswa dan siswi IPT dan umum.

Menurutnya, hadiah ditawarkan untuk keseluruhan kategori berjumlah RM16,300 dan hadiah iringan lain menanti pemenang.

"Tema pertandingan blog kreatif 'Menuju Negeri Idaman, Maju, Sejahtera dan Berkebajikan'.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, boleh melayari laman portal www.selangor.idamanku.com," katanya.

0 comments:

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet