Terkini

Blog YB: Bandar Bukit Mahkota Dan Bandar Seri Putera: Antara Dua Darjat

Bandar Bukit Mahkota Dan Bandar Seri Putera: Antara Dua Darjat

Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2011/06/bandar-bukit-mahkota-dan-bandar-seri.html
Wednesday, June 8, 2011
Bandar Bukit Mahkota, 05 Rajab = 07 Jun (Selasa):



Tengahari hari ini Adun menerima aduan dari seorang penduduk Bandar Bukit Mahkota (BBM) – Encik Muhammad, bahawa dewan rumah flat bahagian bawah Blok C Jalan BM 2/12 yang pernah terbakar pada Ogos 2010 lepas bukan saja terbiar, tetapi dilonggok dengan bahan-bahan buangan yang boleh menjejaskan kesihatan penduduk. Terutama anak-anak yang belajar di kelas Tadika Kemas bersebelahan. Adun bersama saudara Amir Osman tiba ke lokasi jam 6.00 petang, tetapi sukar untuk berbincang melalui Persatuan Penduduk, kerana Persatuan tidak aktif dan sebagai dibubar, yang ada Pengerusi Wan Safian, dimaklumkan sudah ditubuh JMB, tetapi AJK menarik diri, yang tinggal hanya pengerusi – saudara Nizar yang juga tidak dapat ditemui. Cadangan untuk mendapatkan lori bagi membuang barangan dan sampah, mungkin mengundang yang lain pula membuang sampah ke dalam dewan berkenaan, Jika dibersih pintu dewan perlu ditutup dan dikunci. Pintu terbakar perlu dibuat yang baru. Tanggungjawab ini sebenarnya pada pihak pemaju. Tetapi aduan terpaksa dirujuk ke Ibu Pejabat di Kuala Lumpur dan belum tentu dapat diselesaikan. Kecuaian pemaju ARA PROP Development di bawah Lion Group bukan saja mengenai kebakaran yang tidak dibersih dan dipulih, tetapi mengenai banyak lagi perkara-perkara yang lain. Perkara ini akan dibawa berbincang dengan Ahli MPKj di kawasan ini, iaitu Tuan Haji Mazwan Johar.





Alang-alang datang ke BBM, maka Adun juga dibawa melihat masalah dialami penduduk di Seksyen 6 BBM. Di sini Adun dibawa melihat sebuah tasik untuk rekreasi penduduk tetapi tinggal terbiar ditumbuhi semak samun. Sebahagian permukaan tasik dilitupi semak-semak dan rumput dan jalan track untuk jogging terbiar dan ditutupi lalang. Adun dimaklumkan perkara ini dibawa kepada makluman JPS, tetapi JPS mengatakan terletak di bawah tanggungjawab pemaju AROP PROP Development yang memajukan BBM.. Akhirnya Adun cadangkan kepada Wakil Ahli MPKj saudara Rusli agar diatur program gotong royong bagi membolehkan Adun turun bersama-sama.kelak. Di BBM sendiri Pemaju bersifat diskriminasi misalnya Tasik di Seksyen 2 dibiarkan tidak dibersih dan rosak, manakala Tasik di Seksyen 6 dijaga dengan baik. Bukan setakat itu saja, ada club dan kolam renang yang dikhususkan bagi penduduk seksyen 6 yang dikira sebagai kawasan elit. Bagi penduduk dari seksyen lain, jika mereka mau menggunakan kemudahan-kemudahan di sini dikehendaki membayar. Sesungguhnya berlaku diskriminasi antara kawasan-kawasan yang sama di bawah satu tadbiran iaitu Ara Prop Development Berhad, Perbezaan ini boleh disifatkan sebagai Antara Dua Darjat.





Kalau kita pergi lebih jauh sifat Antara Dua Darjat lebih ketara jika kita bandingkan antara BBM dengan BSP. Di BSP kelihatan seluruh jalan baru ditarkan (diturap) , manakala jalan-jalan di BSM sebahagian saja yang ditarkan. Kawasan-kawasan perumahan di BSP kelihatan teratur, bersih dan terjaga (di bawah Bangi Height, Anak Syarikat UM Land), tetapi tidak di BBM. Pengabaian terhadap BBM disebabkan Pemaju tidak memberi perhatian yang serius tentang pembangunan, infrastruktur dan pembersihan. Ini memberi kesan perbezaan ketara antara kedua-dua bandar ini. BSP menarik dan bersih menyebabkan orang ramai lebih suka memilih tinggal di BSP dan hartanah di BSP lebih tinggi dari BBM. Inilah ruginya jika bersifat diskriminasi dan Dua Darjat. Kita berharap Pemaju kedua-dua Bandar mementingkan kebersihan dan kesempurnaan dari segi infra-struktur. Kekotoran dan kelemahan bagi satu Bandar bukan saja merugikan pemaju, tetapi juga merosakkan imej Adun yang dianggap tidak mengambil berat dan tidak memberi perhatian terhadap kawasan di bawah Adun.



Sekian.

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet