Terkini

Edar 'Flyers' Petang Ini - Mohon Ibubapa Bantu Mengedarkannya.

Lanjutan berkaitan Kempen Sifar Peniaga Luar Kawasan Sekolah, insya-Allah pada petang ini (Rabu 18 Mei) jam 6.10 petang, PIBG akan menyemarakkan lagi kempen ini dengan pengedaran 'flyers' di depan pintu pagar sekolah.

Oleh itu, ibubapa yang berkelapangan (kalau sibuk pun harap boleh balik cepat hari ini) dapat turut sama mengedarkan flyers yang telah PIBG salinkan.

Tujuan adalah sebagai kesedaran kepada ibubapa dan murid-murid agar tidak membeli daripada penjual diluar. Seterusnya, penjual tersebut akan mentup jualan mereka apabila tiada pelanggan lagi.

Ibubapa yang berhasrap membantu PIBG mengedarkan 'flyers' diharap dapat berkumpul di hadapan sekolah (lebih 'specific' di simpang masuk Tropika, depan rumah En Azli) jam 6.10 petang untuk sedikit penerangan dan seterusnya bergerak mengedarkan flyers kepada ibubapa lain yang mengambil anak mereka, anak-anak yang keluar sekolah dan peniaga-peniaga itu sendiri.

PIBG sangat mengharapkan penglibatan ibubapa kerana kempen ini adalah lanjutan kepada isu yang ditimbulkan ibubapa.

Kerjasama semua amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 012-2655203.




PAKSI
Bagi Pihak PIBG


0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet