Terkini

Download Borang Persatuan Penduduk BSP & hantar sebelum 4 Mei 2011

Warga BSP yang belum menjadi ahli dijemput untuk mendaftar sebagai ahli PPBSP dengan mengisi borang keahlian dan dihantar pada JK Kerja PPBSP pada 4 Mei 2011. Borang boleh diserahkan terus kepada wakil persatuan penduduk tempatan. Atau boleh juga diserahkan di kedai Internet Cafe (Engku Ahmad Faizal) beralamat di No 14 Jln Seri Putra 3/13. Atau boleh dihantar terus ke Pusat Khidmat Masyarakat BSP pada malam 4 Mei 2011 (semasa mesyuarat JK Kerja PPBSP) untuk disahkan dan diterima oleh JK Kerja.

Oleh itu, saya menyeru agar warga BSP yang sekarang dianggarkan sekitar 12,000 orang (atau 4,000 unit kediaman mengikut Bangi Heights dikali 3, maka anggaran 12,000 orang) dapat mendaftar sebagai ahli persatuan.

Boleh muat turun borang dalam bentuk PDF dan sedia dicetak di sini --> http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=6755.msg68338#msg68338

-
jabbar4aiman-

Jawatankuasa PPBSP 2011/2012

Jawatankuasa PPBSP 2011/2012 
 
Yang Dipertua : Tn Hj Ahmad Yusof (001)


Timbalan Yang Dipertua : Dato' Zakaria Husein (149)


Setiausaha : Dr. Ramizi Mohamed (135)


Penolong Setiausaha : En. Asfazian Che Ramli


Bendahari : En. Arzock Nassar (007)


AJK

1 Dr. Ishak Ahmad


2 Ustaz Farid Ravi


3 En Engku Faizal Annuar Engku Husin


4 Ustaz Abu Zaki


5 Pn. Nursiah


6 En. Khairil Anuar
-Tiada gambar-

7 Mejar Qayyum
-Tiada gambar-

8 En Azizul Jabbar Kamaruddin


Pemeriksa kira-kira 
1 En. Mohamad
2 Tn Hj Halimi

Maklumat Selepas Mesyuarat Jawatankuasa PIBG SK-BSP 20 April 2011





Ahli Jawatankuasa PIBG SK-BSP Sesi 2011/2012

Penasihat : Pn. Hajah Normah Bt Kasim
Yang Dipertua : Tn. Haji Ustaz Mohammad Rozie Bin Mohd. Rejab
Naib Yang Dipertua : Tn. Haji Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah
Setiausaha    Kehormat: En. Mohd Fadhali Bin Razali
Bendahari    Kehormat: Pn. Raja Khairiyah Bt Raja Leman
Naib Bendahari Kehormat: Pn. Norfarizan Bt Mahmud

Ahli Jawatankuasa ibubapa/penjaga:

   1. En. Zulkifli Bin Ambak
   2. En. Rosli Bin Abdul Rahman
   3. En. Shamsul Kairi Abu Hasan (Pendidikan Khas)
   4. En. Khairil Bin Anuar
   5. En. Azli Bin Abu Bakar
   6. Mejar Mohammad Qayyum Bin A. Badaruddin


Ahli Jawatankuasa guru:

   1. En. Zuhairi Bin Mohd Saffari
   2. En. Mohd Sahril Bin Saud
   3. Pn. Zubaidah Bt Arbak
   4. Pn. Rofiza Bt Abu Hassan
   5. Pn. Zarina Bt Muhamed Sam


Pemeriksa Kira-Kira:

   1. En. Ahmad Zamri Bin Mansor
   2. Pn. Maslia Bt Alias



Ucapan penasihat PIBG:
  • Peperiksaan bulan Mei akan diadakan pada 18-21 Mei
  • "Hari Terbuka" akan diadakan. Tarikhnya akan dimaklumkan kemudian.
  • Dewan sekolah akan ditutup 1 Mei hingga 30 Jun untuk kerja baikpulih
  • Program susu sekolah ditangguhkan kerana kes keracunan di sekolah lain
  • Sabtu (23 April) diadakan sekolah ganti

Perkara-perkara lain:
  • Biro-biro dalam PIBG:
        1. Unit Pembangunan, Kewangan dan Ekonomi - Diketuai oleh Ustaz Rozi
        2. Unit Kebajikan dan Keselamatan - Diketuai oleh Mejar Qayyum
        3. Unit Pendidikan, Sukan dan Kerohanian - Diketuai oleh Ustaz Farid Ravi
        4. Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi (PAKSI) - Diketuai oleh En Khairil (khaiatbsp@gmail.com)
  • Aktiviti: 29/30 April - Lencana Tunas Puteri
  • Aktiviti: Hari Kantin akan diketuai oleh Mejar Qayyum dan tarikh dicadangkan 26 Jun 2011
  • Aktiviti: 10 Julai Sukan Tahunan
  • Pintu ke-2: Berkaitan kelulusan MPKj untuk pintu ke-2, salinan surat akan diberi kepada pihak memerlukan dan Jawatankuasa Pemuafakatan
  • Pendidikan Khas (36 orang):Peruntukan Pendidikan Khas masih belum diterima. PIBG akan bantu dengan menghantar surat kepada kementerian.
  • Kantin: YDP sendiri akan turut sama dalam jawatankuasa kantin bagi mewakili PIBG
  • Merokok: Banner jangan merokok akan dipaparkan diluar sekolah supaya ibubapa tidak merokok diluar kawasan sekolah.
  • Report Card: akan diberikan dalam masa terdekat
  • Hampir kemalangan: Kenderaan nombor pendaftaran WHM3042 akan diambil tindakan kerana memandu laju dan hampir melanggar pelajar dalam kawasan sekolah
  • Baju sukan: Kelewatan baju sukan adalah kerana kelewatan mengambil saiz dan seterusnya lewat order.
  • Baju sukan:PIBG sekali lagi menegaskan agar baju sukan pelajar perempuan perlulah lengan panjang bagi menjaga aurat.
  • LINUS: ada saringan dalaman sebulan selepas masuk dan saringan sebenar selepas itu. Hanya 19% pelajar (103 daripada 532) dikelaskan dalam kelas LINUS dan selebihnya dimasukkan dalam kelas Perdana.
  • Jualan Luar Sekolah: PIBG juga dimaklumkan selain jualan diluar sekolah, terdapat juga jualan di dalam bas sekolah.
  • Pergaulan: Pergaulan pelajar lelaki dan perempuan perlu dikawal dan diingatkan sentiasa.
  • Program: Bagi pelajar yang bermasalah, program sangkar emas juga diadakan. Maknanya, sekolah tidak abaikan pelajar yang bermasalah.
  • Matapelajaran: PIBG juga merasa risau keputusan keseluruhan Sains dan Matematik anak-anak yang kurang baik.
  • Bilik Kesihatan: PIBG bersetuju menyalurkan kewangan untuk melengkapkan bilik kesihatan dengan keperluan yang diperlukan.

Mesyuarat seterusnya pada 11 Mei 2011

PAKSI

Kalendar Aktiviti BSP dan sekitarnya



Satu yang saya sedang usahakan menggunakan google calender bagi mengelakkan sebarang pertembungan aktiviti di BSP dan kawasan berdekatan adalah menggunakan mengemaskini dan mengabungkan pelbagai kalendar persatuan/sekolah di sini:

http://calendar.bandarseriputra.com/

Ianya belum siap sepenuhnya, tetapi bolehlah dijadikan rujukan jika mana-mana persatuan ingin menetapkan sebarang tarikh aktiviti.

Dalam masa yang sama, kepada yang ingin membantu seperti nak wujudkan kalendar bagi persatuan mereka dan diintegrasikan dalam kalendar ini juga dialu-alukan. Bagi yang ingin masukkan aktiviti dalam kalendar ini bolehlah emailkan kepada saya di alamat email khaiatbsp@gmail.com.

Sebarang cadangan dan pandangan juga dialu-alukan.

-Khaiatbsp-

Kempen Sifar Peniaga Luar Kawasan Sekolah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhR4AzV1PDoMWJRyvSsCoO3F8aHB34AvPGlpK1dzmoOUNOCSlnk6AkJIwbu5b56S8z0EHFvvbQhIz8nSg0fiYVMZhJMATrquZ3HVki8LVIqK1_0N8FICoqHKtBJZNY5NM58J8XzkeN39ac/s400/makanan+larangan+di+kantin.jpg
Gambar: Senarai makanan yang mungkin dilarang di kantin sekolah

Berniaga diluar sekolah sebenarnya tidak dibenarkan atas beberapa faktor (dan sebenarnya bukan untuk menutup pintu rezeki mereka).

Pertamanya, faktor kebersihan kerana tidak diketahui kebersihannya.

Kedua, faktor makanan berkhasiat seperti yang sedang diperjuangkan oleh kementerian kesihatan. Rasanya, hampir keseluruhan makanan yang dijual di luar kawasan sekolah termasuk dalam kategori makanan yang akan dilarang dijual di kantin sekolah.

Ketiga, faktor keselamatan. Tepi jalan raya amat merbahaya kepada murid yang sedang membeli dan juga murid yang lalu-lalang.

Keempat, ianya juga salah satu faktor menyebabkan kesesakan jalan raya.

Maka dinasihakan agar ibubapa tidak turut sama membeli dan membenarkan anak-anak anda membeli barangan yg dijual kawasan sekolah.

Satu aduan kepada MPKj juga telah dipanjangkan untuk tindakan mereka.

-Bagi pihak PIBG-


Gempur penjaja jajan
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
2011/04/27
 

 
Tindakan tegas pastikan matlamat kementerian kesihatan tangani obesiti pelajar dicapai

KUALA LUMPUR: Peniaga dan penjaja yang menjual makanan tidak sihat di luar sekolah wajib dibanteras habis-habisan bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) serta diabetes di kalangan pelajar.
Berikutan itu, beberapa pertubuhan meminta pihak berkuasa tempatan segera menguatkuasakan larangan terhadap peniaga dan penjaja ini yang menjadi antara faktor penyumbang masalah pemakanan pelajar ketika di sekolah.
Menurut mereka, kebanyakan daripada senarai 15 barangan yang dilarang dijual di sekolah, sebenarnya tidak dijual di kantin, sebaliknya dijual peniaga dan penjaja di luar sekolah dalam bas dan van sekolah serta kedai berhampiran sekolah.

Tindakan tegas ini penting bagi mencapai matlamat Kementerian Kesihatan menangani masalah obesiti serta diabetes di kalangan pelajar melalui larangan penjualan 15 jenis makanan tidak sihat di semua kantin sekolah rendah dan menengah, mulai bulan depan.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata hampir semua sekolah, terutama sekolah rendah menghadapi masalah penjaja makanan di luar kawasan sekolah, walaupun pengusaha kantin mematuhi garis panduan pemakanan sihat yang ditetapkan.

Beliau berkata, sebahagian besar kantin tidak menjual makanan dalam senarai larangan itu, sebaliknya dijaja secara berleluasa di luar sekolah dan sering menjadi tumpuan pelajar, walaupun tahap kebersihan serta keselamatan kandungannya tidak terjamin.
"Penjaja lazimnya tidak berlesen dan menjual makanan sesuka hati asalkan laku. Ia bukan saja menimbulkan risiko terhadap keselamatan dan kesihatan pelajar, malah menjejaskan jualan di kantin sekolah.

"Kegiatan penjaja ini harus diberi perhatian serius dan ditangani dengan tegas, bukan hanya fokus atau menyalahkan kantin. Diharap kementerian berkaitan dan PBT dapat menggempur habis-habisan kerana pihak sekolah tidak boleh mengambil tindakan terhadap penjaja di luar sekolah.

"Mekanisme perlu diwujudkan untuk menghalang penjaja menjual makanan tidak sihat di luar sekolah, walaupun mereka ada lesen berniaga," katanya.

Hashim juga berkata, mustahil pengambilan makanan di kantin dalam tempoh rehat sesingkat 15 hingga 20 minit boleh mengakibatkan masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar, sebaliknya ia lebih banyak diakibatkan pemakanan di luar kawasan sekolah, termasuk ketika bersama ibu bapa.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan, berkata penjualan makanan oleh penjaja di sekolah lebih membimbangkan kerana tiada kawalan dan meminta PBT membuat pemantauan mengejut secara berkala untuk membanterasnya.

"Lebih membimbangkan, PIBGN pernah mendapat aduan ada pengusaha bas dan van sekolah mengambil kesempatan menjual makanan ringan atau jajan kepada pelajar yang menaiki kenderaan mereka," katanya.

Beliau turut menyarankan kantin sekolah diberikan penilaian gred berdasarkan kualiti makanan dan kebersihan, selain menangani masalah obesiti pelajar dengan pendidikan jasmani tanpa sebarang pengecualian, terutama pada musim peperiksaan.

"Kementerian juga dicadang menganjurkan kem pemulihan kesihatan untuk pelajar yang mengalami obesiti dengan dihadiri ibu bapa atau penjaga mereka," katanya.

Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N Marimuthu, pula berkata ibu bapa perlu mendidik anak-anak mengamalkan pemakanan sihat selain menyediakan bekalan makanan ke sekolah.

Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Wira Chor Chee Heung, berkata kementeriannya sedia bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menangani isu penjaja di luar pekarangan sekolah.

Garis panduan makan sihat untuk kantin sekolah bulan depan

2011/04/21

PETALING JAYA: Garis panduan makanan sihat di sekolah yang dikemaskini dengan memberi tumpuan kepada beberapa perkara baru termasuk kekerapan sesuatu makanan itu dijual, dijangka diedarkan bulan depan untuk dilaksanakan di kantin.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pematuhan garis panduan terbaru itu dapat memastikan amalan pemakanan sihat di kalangan murid dan menangani masalah kesihatan mereka seperti berat badan berlebihan.
"Kalau dulu kita hanya katakan (makanan dalam) senarai ini boleh dijual di sekolah tapi (dalam garis panduan yang dikemaskini), kita kata kena ada kekerapan (yang perlu diikuti), contoh nasi lemak, berapa kali boleh dijual seminggu...mee goreng, berapa kali boleh dijual di sekolah.
"Itu semua kita akan beri garis panduan yang teliti. Bukan garis panduan secara orang kata am...bahawa terpulang kepada kantin sekolah membuatnya. Oleh itu banyak kantin sekolah tidak menjual makanan yang betul," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Kembara Riang Ria Pemakanan di Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan di Sekolah Wawasan USJ 15, Subang Jaya, hari ini.

Liow berkata, garis panduan itu wajib dipatuhi oleh pengendali kantin dan kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan kontrak mereka ditamatkan Kementerian Pelajaran.

Katanya, senarai makanan dalam garis panduan itu meliputi kira-kira 70 makanan utama, telah siap dan akan dibentang dalam mesyuarat bersama dengan Kementerian Pelajaran sedikit masa lagi.
"Senarai itu akan diumumkan kepada semua kantin sekolah selepas dipersetujui Kementerian Pelajaran. Sekarang memang ada senarai dan garis panduan. (Kita) mengemaskini untuk memastikan garis panduan adalah mengikuti masa dan keadaan sekarang.

"Kini banyak makanan proses yang dulu tiada, sekarang ada vending machine yang dulu tak popular. Sekarang (kita mahu) makanan dan minuman yang berkhasiat sahaja dijual di sekolah," katanya.

Liow berkata, berdasarkan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menunjukkan kira-kira 86.6 peratus pelajar membeli makanan dan minuman di kantin sekolah, maka adalah perlu kantin sekolah menyediakan makanan yang sihat.

"Kalau kantin sekolah tidak menyediakan makanan yang sihat, sebilangan besar pelajar akan terjejas," katanya.

Kajian UKM itu juga menunjukkan bahawa kegemaran pelajar adalah nasi lemak, mee goreng dan nasi ayam manakala makanan segera paling digemari adalah burger, ayam goreng dan pizza.

Liow berkata, penjaja makanan di luar perkarangan sekolah juga perlu mematuhi garis panduan tersebut.

Beliau berkata, walaupun obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah rendah berumur enam hingga 12 tahun telah meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007 mengikut kajian, namun keadaan belum sampai ke tahap tidak terkawal.

Katanya, peningkatan ini berkemungkinan besar disebabkan oleh amalan pemakanan tidak sihat dan kurangnya aktiviti fizikal yang mana kajian itu juga menunjukkan 76 peratus kanak-kanak menjalani kehidupan yang tidak aktif iaitu menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.

Kajian UKM juga menunjukkan bahawa hanya 70 peratus kanak-kanak sekolah rendah mengambil sarapan pagi setiap hari sementara 10 peratus kanak-kanak langsung tidak pernah mengambil sarapan.

Justeru itu, katanya, Kementerian Kesihatan yang kini diberi ruang di sekolah untuk memberi pengetahuan mengenai kesihatan gigi, akan turut memasukkan aspek cara pemakanan sihat dalam penyampaian mesej kesihatan mereka. - BERNAMA

Video, FB dan Blog PPBSP

Video yang digunakan semasa upacara perasmian AGM Ahad lepas.

http://www.facebook.com/video/video.php?v=10150173884708117

Bagi yang ingin mengikuti perkembangan persatuan boleh mengikuti facebook dan blog PPBSP:

Facebook: http://www.facebook.com/pages/Persatuan-Penduduk-Bandar-Seri-Putra/169051276483642
Blog: http://ppbsp.blogspot.com/

-Khai@bsp-

Senarai JK PPBSP 2011/2012 dan Gambar AGM

Dikongsikan senarai jawatankuasa Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) sesi 2011/2012 dan gambar semasa AGM baru-baru ini.

Jawatankuasa PPBSP 2011/2012   
   
Yang Dipertua : Tn Hj Ahmad Yusof (001)

Timbalan Yang Dipertua : Dato' Zakaria Husein (149)

Setiausaha : Dr. Ramizi Mohamed (135)

Penolong Setiausaha : En. Asfazian Che Ramli

Bendahari : En. Arzock Nassar (007)

AJK
1 Dr. Ishak Ahmad
2 Ustaz Farid Ravi
3 En Engku Faizal Annuar Engku Husin
4 Ustaz Abu Zaki
5 Pn. Nursiah
6 En. Khairil Anuar
7 Mejar Qayyum
8 En Azizul Jabbar Kamaruddin

Pemeriksa kira-kira   
1 En. Mohamad
2 Tn Hj Halimi


http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/222887_169465279775575_169051276483642_365258_1817246_n.jpg
Gambar: YDP Penaja dan jemputan khas.

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/215306_169465346442235_169051276483642_365265_5108391_n.jpg
Gambar: Ahli yang hadir

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/217777_169465436442226_169051276483642_365274_4552554_n.jpg
Gambar: Ahli yang turut hadir.

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/223582_169466026442167_169051276483642_365331_4258493_n.jpg
Gambar: Barisan AJK PPBSP 2011/2012

Gambar lain di sini:
http://www.facebook.com/media/set/fbx/?set=a.169465169775586.40818.169051276483642

-Khai-


Pesta Buku Kuala Lumpur telah bermula

Pesta Buku Kuala Lumpur telah bermula. Jom beli buku.

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/207497_10150275806689741_230954979740_9347298_5324513_n.jpg

SK-BSP: Sekolah ganti pada Sabtu ini 23 April 2011

http://multiply.com/mu/bsprunner/image/0/photos/6/600x600/152/P1030917.JPG?et=iFacq8PRxwqga54v6hCoMw&nmid=409809928
Gambar Hiasan: Pakaian sukan untuk Sabtu ini.
Sekolah ganti pada Sabtu ini 23 April 2011. Jadual mengikut jadual hari Khamis. Pakaian sukan kerana akan diadakan gotong-royong. Saya dimaklumkan, bagi pelajar sebelah petang, gotong-royong akan diadakan selepas waktu rehat. Maka, buku hanya perlu dibawa untuk sebelum rehat sahaja.
Harap Maklum.
PAKSI

AGM PPBSP - 3 HARI LAGI

3 HARI LAGI
3 HARI LAGI
3 HARI LAGI
3 HARI LAGI
3 HARI LAGI
3 HARI LAGI

Bengkel Aqil Baligh Untuk Anak Lelaki & Perempuan

491

Bengkel Aqil Baligh untuk remaja lelaki berumur 12-15 tahun dan remaja perempuan berumur 10-13 tahun akan diadakan pada Ahad, 24 April 2011. Kedua-dua sesi tersebut akan diadakan serentak di Dewan Kuliah 1 dan Dewan Kuliah 2 Pusat Perubatan UKM (PPUKM) Cheras.

Di dalam bengkel ini, peserta akan didedahkan mengenai perubahan emosi dan fizikal serta kesihatan reproduktif mereka, tanggungjawab agama sesudah baligh, dan mengenai perhubungan di antara lelaki-perempuan berlandaskan syariat.

Di dalam masyarakat kita topik-topik tersebut masih lagi jarang dibincangkan di antara anak dan ibubapa, oleh itu, kami turut menggalakkan ibu bapa menyertai bengkel ini bersama-sama anak mereka dengan harapan selepas menghadiri bengkel ini, kedua-dua pihak tidak kekok membincangkan topik-topik tersebut bersama.

Untuk maklumat lanjut mengenai bengkel ini, sila hubungi 03-4256 6810, atau e-mel ke khalifahproject@yahoo.com.

Anda juga boleh lawati event page Bengkel Aqil Baligh Lelaki http://www.facebook.com/event.php?eid=111184018964282 dan Bengkel Aqil Baligh Perempuan http://www.facebook.com/event.php?eid=205867289431616.

BENGKEL LELAKI

492

PENCERAMAH

  • Dr. Kamarul Azahar Mohd Razali (Pakar Runding Kanan Pediatrik & Penyakit Berjangkit, Institut Paediatrik, Hospital Kuala Lumpur)
  • Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Saifulislam Training & Consultancy)
  • Saudara Muhammad Qayyum Abdul Raof (Trainer, Khalifah Institute)

BENGKEL PEREMPUAN

515

PENCERAMAH

  • Dr. Ariza Mohamad (Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Ampang Puteri; Penulis buku "Ibu Dibelai Anak Dibuai")
  • Dr. Alini Marzuki (Konsultan dan Trainer, Khalifah Institute)
  • Pn Hanani Saman (Pengasas Tadika Dzul Iman, Trainer Khalifah Institute)

FASILITATOR

- Sukarelawan Khalifah Youth Circle (KYC)

YURAN

RM100.00 seorang (anak)

RM80.00 seorang (ibu/bapa)

Harap dapat berjumpa anda pada 24 April ini!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

__._,_.__

Lagi: PERTANDINGAN BADMINTON BSP 2011



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

YBhg Dato'/Tuan/Puan penduduk BSP yang dihormati.

Disertakan artwork banner untuk Pertandingan Badminton BSP 2011.

Sila cetak dan edar serta pamirkan di papan kenyataan taman masing-masing.  Diharapkan penyertaan yang telah diperuntukkan kepada semua taman dipenuhi dan penduduk-penduduk adalah diseru agar turun beramai-ramai bagi menyemarak pertandingan yang ulung kali dianjurkan oleh BHDSB serta memberi sokongan kepada tim-tim yang bertanding.

Jangan ketinggalan….. hari Ahad, 22 Mei 2011 bermula jam 8.30 pagi bertempat di Dewan SMK BSP untuk kita sama-sama bertanding sambil bersukaria dan berhubung rapat sesama jiran dan penduduk BSP.

Sekian.

Wassalam dan selamat sejahtera.

Norizan bin Hj Sulaiman
BHDSB

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang, Selangor - Apr 2011

PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA CALON-CALON WARGANEGARA MALAYSIA ( KEUTAMAAN KEPADA WARGA SELANGOR ) BERUMUR TIDAK KURANG DARI 18 TAHUN PADA TARIKH TUTUP IKLAN JAWATAN YANG BERKELAYAKAN UNTUK MENGISI KEKOSONGAN JAWATAN BERTARAF KONTRAK SEPERTI BERIKUT DI MAJLIS PERBANDARAN KAJANG.

1. PENOLONG PEGAWAI TADBIR ( N27 )
2. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA ( J29 )
3. PEMBANTU AM PEJABAT ( N1 )

DOWNLOAD IKLAN JAWATAN

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN

Permohonan yang telah lengkap perlu dihantar di alamat berikut :-

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih Off Jalan Semenyih
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Bahagian Pejawatan )

Tarikh Tutup Permohonan : 25 April 2011


__._,_.__

RALAT: Terkini di SRA-BSP 15 April 2011

RALAT.

Merujuk kepada posting saya bertarikh 19 April 2011 dengan tajuk "
Terkini di SRA-BSP 15 April 2011".

Pembetulan kepada ayat "Pengusaha bas/van MEMBERONTAK..." Sepatutnya ayat berkenaan adalah "Pengusaha bas/van MEMBANTAH..."

Saya ingin memohon maaf jika ada yang tersinggung atas kesilapan ini.

Khai

2011/4/19 Khai
Mesyuarat Jawatankuasa PIBG terlah bermesyuarat pada 15 April lalu dan berikut beberapa perkara yang boleh dimaklumkan.


Biro Pembangunan dan Kewangan

•   Hasil mesyuarat khas dengan pengusaha van/bas
  • Pengusaha MEMBANTAH. Mesyuarat menegaskan untuk tetap dengan keputusan melarang kenderaan luar memasuki kawasan sekolah kerana lebih banyak keburukan berbanding kebaikan dalam perkara ini.

KelasBahasa Arab PERCUMA di Surau As Syakirin

http://www.surausyakirin.org/plankesurau.JPG

Kelas Arab silibus Universti Madinah akan diadakan di Surau As Syakirin Bandar Seri Putra. Bermula 16 mei 2011, setiap hari Isnin lepss Isyak.

Tempat: Surau As Syakirin Bandar Seri Putra
Peta: http://www.surausyakirin.org/plankesurau.JPG

http://www.surausyakirin.org/

Masa: Isnin, Lepas solat Isyak, sekali seminggu, 1 jam 45minit ( tiga tahun).
Bayaran: Percuma

Kaedah: Menggunakan buku silibus Universiti Madinah (4 level) Buku ini byk digunakan di Amerika, India dll.Penekanan adalah utk memehami Alquran n hadis secara detail. Sgt menarik kerana sentiasa mempraktikkan komunikasi dua hala pengajar-pelajar.

http://abdurrahman.org/arabic/madina-arabic.html
http://www.lqtoronto.com/forums/forumdisplay.php?f=1

Terbuka kpd yg berumur 16 hgga 70thn samada ada basic Arab atau tiada.

P/s: pelajar kelas ini mesti bg komitmen utk hadir kelas selama TIGA TAHUN dan buat wajibat (latihan) bg setiap chapter pelajaran.WAJIB.

Jika ingin mengikuti kelas ini sila hubungi:
013-3005170 Yazid

Terkini di SRA-BSP 15 April 2011

Mesyuarat Jawatankuasa PIBG terlah bermesyuarat pada 15 April lalu dan berikut beberapa perkara yang boleh dimaklumkan.

Ucapan Guru Besar
•   Buku teks, masih menunggu penghantaran ke-2 (masih terdapat murid tahun 1 (sekitar30 orang) masih belum menerima buku tersebut)
•   Perasmian sekolah oleh Sultan Selangor – belum ada hitam putih.
•   Program Kemahiran Amal Islami (28 Mei, Sabtu). Sekali lagi sekolah menjadi tuan rumah.
•   Bayaran kenaikan elaun guru KAFA – masih tertangguh.


Biro Pembangunan dan Kewangan
•   Bagi pembinaan surau, PIBG perlu melantik consultant untuk kerja pemulaan.
•   Hasil mesyuarat khas dengan pengusaha van/bas

  • PIBG bersedia menyediakan tapak yg lebih teratur dan tersusun. Dicadangkan memohon tanah masjid untuk dijadikan tempat kenderaan sementara.
  • Pengusaha membantah. Mesyuarat menegaskan untuk tetap dengan keputusan melarang kenderaan luar memasuki kawasan sekolah kerana lebih banyak keburukan berbanding kebaikan dalam perkara ini.
  • Hubungan dengan polis tidak baik. PIBG dan sekolah akan cuba memperbaiki kelemahan ini.
  • Bonggol, zebra crossing akan dibuat bagi menberi amaran perlahan kepada pemandu kenderaan di hadapan sekolah.
•   2 pondok telefon oleh PERNEC akan dipasang di sekolah.
•   Masalah pendawaian elektrik tingkat 3 Blok A masih tergantung – dua opsyen, menunggu JKR atau PIBG akan keluarkan duit untuk periksa. Mesyuarat bersetuju untuk mencuba kedua-dua opsyen. Bagaimanapun tertakluk kepada kemampuan PIBG untuk opsyen kedua itu.
•   Perancangan aktiviti biro yang perlu dimasukkan ke dalam takwim PIBG (http://calendar.bandarseriputra.com)
o   Program Aqiqah
o   Program Berkhatan Beramai-ramai


Biro Kebajikan dan Keselamatan
•   Memohon mana-mana individu atau kumpulan yang menyumbang mural pada dinding sekolah bagi mencantikkannya.
•   Insya-Allah satu gotong-royong akan diadakan pada 21 Mei 2011


Biro Pendidikan dan Dakwah
•   Bagi pelajar yang akan menduduki PSRA, pengalaman tahun lepas SK boleh benarkan pelajar balik awal dan dikuarantin di SRA.
•   Mengharap sumbangan buku bagi perpustakaan sekolah.
•   Kelas Tahfiz pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat, 8.15-9.45 malam, yuran RM30/sebulan
•   7-8 Nov 2011 Program Persediaan Awal Remaja, Masjid KLIA.

 - Bagi Pihak PIBG SRA-BSP -

AGM PPBSP - 5 HARI LAGI



5 HARI LAGI

Terkini April 2011 - Biro Pendidikan dan Dakwah, SRA BSP



Biro Pendidikan dan Dakwah
Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra


Assalammualaikum.

1. Mohon sumbangan buku-buku ilmiah yang bersesuaian untuk perpustakaan kerana jumlah buku yang ada terlalu sedikit.

2. KELAS TAHFIZ
- Isnin, Rabu & Jumaat
- 8.15-9.45 malam
- Yuran RM30/sebulan.
- Berminat? Hubungi Ustaz Mohamad Hanif 013-2751676

3. KELAB SOUTUL ISLAH (Kelab Nasyid)
 - Makna Soutul Islah - Suara Pembaikan
 - Sesiapa berminat untuk memanggil membuat persembahan dalam mana-mana majlis boleh menghubungi Ustaz Zulraimie 019-3074360.

4. KELAS TAMBAHAN SINAR MUMTAZ TAHUN 6
 - 8.30-10.30 malam, JUMAAT - Bahasa Arab
 - 2.45-4.45 petang, SABTU - Tauhid, Akhlak & Sirah
 - 2.45-4.45 petang, AHAD - Feqah & Tajwid

 - Yuran: RM10/sesi

5. TAKWIM KPPTE (Kelab Penjaga Pelajar Tahun 6) - Akan dikepilkan kemudian.


Maklumat lanjut, sila hubungi:
  • Ustaz Mohamad Hanif 013-2751676
  • Ustazah Salwani 014-7263129
  • Ustaz Fauzul Kabir
  • Ustazah Nora
  • Ustaz Zulraimie 019-3074360

PERTANDINGAN BADMINTON ANTARA SKIM BSP



PERTANDINGAN BADMINTON (BEREGU) BANDAR SERI PUTRA 2011
Anjuran Bangi Heights Development Sdn. Bhd.


Pertandingan antara skim-skim Bandar Seri Putra serta wakil penganjur.

Hanya 3 pasukan bagi setiap skim.

Penyertaan PERCUMA.

Hadiah:
Johan - Piala, Hamper dan Wang Tunai RM500
Naib Johan - Piala, Hamper dan Wang Tunai RM300
Ketiga - Piala, Hamper dan Wang Tunai RM150

Tarikh undian: 10 Mei, 5.00 petang, Pejabat Urusan BHDSB

Tarikh perlawanan: 22 Mei, 8.30 pagi - 6.30 petang, SMK BSP

Cepat! Borang dan maklumat lanjut boleh diperolehi melalui wakil persatuan penduduk skim anda atau terus kepada En. Fadzri Md. Jaafar atau En. Rosli Abd. Rahman di talian 03-89271611 (waktu pejabat).

AGM PPBSP: Notis Panggilan Mesyuarat

Notis panggilan mesyuarat telah diedarkan untuk ahli yang telah mendaftar. Sila hubungi wakil persatuan lokaliti anda jika masih belum menerima notis tersebut.

Bagi yg belum mendaftar, masih boleh hadir sebagai pemerhati dan pendaftaran dibuka semasa AGM nanti.



Aturcara majlis:

Pelbagai kursus jangka pendek di Kolej Komuniti


http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/206380_10150215064703708_245996843707_8556353_2792216_n.jpg

Salam,

 
Peluang mengikuti kursus jangka pendek pelbagai bidang dengan yuran yang rendah di Kolej Komuniti
 
Merujuk perkara di atas, bagi yang berminat boleh layari http://www.bpkk.edu.my/app/1Ms/Borang/default.asp
Pelbagai bidang latihan tersedia.
 
Negeri2 yang ada Kolej Komuniti --> Selangor, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, N9, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Terengganu.
 
Kolej Komuniti yang ada di selangor:
  1. Kolej Komuniti Hulu Langat
  2. KOlej Komuniti Hulu Selangor
  3. KOlej Komuniti Klang
  4. KOlej Komuniti Kuala Langat (http://www.kkkla.edu.my/)
  5. KOlej Komuniti Sabak Bernam
  6. KOlej Komuniti Selayang
  7. KOlej Komuniti Shah Alam
  8. KOlej Komuniti Tanjong Karang
 

Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Sekolah2 Negeri Selangor 2011

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjJMnqc8-oGq9oMTfLR7aOfWanfvWDQAQKrAHJuffn-X2gGYsFx9MX94D_NuXQWG_jxjlY0dbO2hT91khfE73x1LexVt0OFD7TrS3Qjz-T3FY7GbTJCwvguV0W8Qpta0MmI5zSNnKkhwO6/s1600/DSC09586.JPG
Gambar hiasan: Sumber http://skg-pusat.blogspot.com

Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) peringkat sekolah negeri Selangor tahun 2011, akan diadakan di SMK Jalan Tiga Bandar Baru Bangi pada hari Sabtu 16/04/2011 ini. Suka saya iklankan, seorang anak warga Bandar Sri Putra (pelajar SMKA Maahad Hamidiah, Kajang) akan mewakili daerah Hulu Langat dalam acara tilawah Al-Quran sekolah menengah (perempuan). Besar harapan saya tiga sekolah yang berada di kawasan Bangi Lama (SK Bandar Sri Putra, SMK Sri Putra & SK Bangi) pula akan memonopoli daerah hulu langat pada masa akan datang. sama-samalah kita berusaha memartabatkan program tilawah al-Quran dikalangan warga Sri Putra dan Bukit Mahkota sebagai usaha mendidik warga kita dengan budaya membaca Al-Quran. Persatuan penduduk & AJK surau n masjid perlu menjadikan pertandingan tilawah dan hafazan al-Quran sebagai acara tahunan sebagai galakan anak-anak muda agar sentiasa menjadikan Al-Quran sebagai pegangan hidup.

Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=7096.msg69879#msg69879

PC Fair 2011


 




DATES, LOCATIONS & LAYOUT PLANS

 15-17 April 2011 
KL Convention Centre, KUALA LUMPUR
[
Conference Hall 1-3] [Banquet Hall] [Ballroom][Exhibition Hall1 & 2] [Exhibition Hall 3] [Exhibition Hall 4 & 5]
Batu Pahat Mall, BATU PAHAT [
Layout Plan]
Village Mall, SUNGAI PETANI [
Layout Plan]
Dewan Masyarakat, TAWAU [Layout Plan]

 22-24 April 2011 
Dewan Masyarakt, SANDAKAN [Layout Plan]
Miri Indoor Stadium, MIRI [
Layout Plan]
Sibu Trade & Exhibition Centre, SIBU [
Layout Plan]
Dewan Merdeka, SERI MANJUNG [
Layout Plan]

 6-8 May 2011 
Penang International Sports Arena (PISA), PENANG [Layout Plan]
Permata Car Park, KUCHING [Layout Plan] New Date

 19-21 May 2011 
Kelantan Trade Centre, KOTA BHARU [Layout Plan]

 20-22 May 2011 
Stadium Indera Mulia, IPOH [Layout Plan]

ARCHIVE
 25-27 February 2011 
Melaka International Trade Centre (MITC), MELAKA


 4-6 March 2011 
Level 1, Persada Johor International Convention Centre, JOHOR BAHRU

Exhibition Hall 1, Sultan Ahmad Shah (SAS) Convention Centre, The Zenith Hotel, KUANTAN
Dewan Jubli Intan, MUAR

 10-12 March 2011 
Kompleks Balai Islam, KOTA BHARU

Terengganu Trade Centre, KUALA TERENGGANU


 11-13 March 2011 
LG Carpark Exhibition Hall, 1Borneo, KOTA KINABALU

Dewan Tunku, KOMTAR, PENANG

__._,_.___

Seminar Harta Pusaka 16 April 2011

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/208153_10150211776903708_245996843707_8532188_4310175_n.jpg
Assalamu'alaikum Wr. Wbt.

Sertai Seminar Pengurusan Harta Pusakan Anjuran Koperasi Muslimin Malaysia Berhad pada 16 April 2011.

Dapatkan harga diskaun dengan memiliki kadwafi sekarang!
 
Sila layari www.kadwafi.com atau www.koperasimuslimin.com.my untuk keterangan lanjut atau hubungi Koperasi Muslimin:03-4021 0033 (Auzir/Afif/Ali)

muslimin@koperasimuslimin.com.my,
auzirdahalan@yahoo.com,
afif.muslimin@gmail.com,
pakhafiz@gmail.com

Sumber: cerna_minda@yahoogroups.com

Makluman: Kerja Penyelenggaraan BSP dibawah MPKj


Gambar hiasan: Puan Yasmin dan En Zul, orang kuat Bangi Height

Untuk makluman semua, kerja-kerja penyelenggaraan seperti penyelenggaraan landskap dan taman permainan, kebersihan longkang, angkat sampah serta kebersihan jalan dan penyelenggaraan lampu jalan bagi semua taman-taman di dalam BSP telah diambilalih sepenuhnya oleh MPKj kecuali  Lot Banglo hanya penyelenggaraan landskap dan angkat sampah sahaja di bawah MPKj manakala yang lainnya masih di bawah penyelenggaraan pemaju; BHDSB.

Semua pihak boleh melapor dan membuat pengaduan kepada MPKj jika terdapat kerja-kerja penyelenggaraan yang tidak dijalankan atau tidak sempurna.  Semua aduan boleh disalurkan kepada bahagian aduan MPKj di talian 03-8737 7899 atau e-mel:  aduan@mpkj.gov.my.

Sekian, terima kasih.

Norizan bin Hj Sulaiman
BHDSB

Sumbangan Bahan Video Klip BSP/PPBSP

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/71954_482151178707_245996843707_6972616_7370572_n.jpg
Gambar hiasan: Urusetia Majlis Ramah Mesra BSP 2010 anjuran PPBSP

Salam,


Pihak penaja Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) menugaskan saya untuk membuat video klip pendek tentang Bandar Seri Putra (BSP) dan juga PPBSP. Maka saya berharap kepada sesiapa yang ingin menyumbang idea, gambar, video, sejarah dan sebagainya, dapatlah kiranya mengemail saya selewat-lewatnya Ahad ini 17 April. Video ini akan digunakan semasa AGM PPBSP 24 April nanti.

Diharap dapat kerjasama daripada semua.

Sekian, terima kasih.

-Khai-

Mufti P.Pinang di Surau Ar-Raudhan,seksyen 5,bdr bukit mahkota.

Assalamualaikum,

Ceramah magrib oleh Mufti Pulau Pinang, Dato Hassan Ahmad.

Tarikh : Sabtu/16-4-2011
tempat : Surau Ar-Raudhan,Seksyen 5, Bdr Bukit Mahkota.

semua dijemput hadir.

Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=7081.msg69598#msg69598

Masjid Al-Mustaqim: Terkini Mac 2011.

Graf Jumlah Sumbangan ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sehingga bulan Mac 2011. Jumlah terkumpul yang dilaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-21 yang lalu adalah RM 601,013.63



Alhamdulillah, sumbangan derma diterima melebihi RM40,000 selama 2 bulan berturut-turut. Jika kutipan bulanan seterusnya dapat konsisten melebihi RM40,000, insyaAllah Tabung Pembinaan akan mencapai sasaran awal RM 1 juta sebelum hujung tahun 2011 supaya kerja-kerja pembinaan dapat dimulakan.

Mesyuarat JK Pembinaan ke-21 yang lalu telah diberitahu bahawa Pihak MPKj akan bermesyuarat pada 13 April 2011. Difahamkan, salah satu agendanya adalah membincangkan Permohonan Kebenaran Merancang/Bangunan yang telah dihantar oleh JK Kecil Teknikal Masjid Al-Mustaqim pada 28 Feb yang lalu.

JK Pembinaan berharap ahli-ahli kariah bersama-sama berdoa kepada Allah s.w.t. supaya dapat dipermudahkan usaha mendapatkan kelulusan terhadap permohonan tersebut, insyaAllah.


Sumbangan Sebulan RM50 selama 20 bulan, INSYAALLAH..

Tunku's Great Ideas

The Tunku's Great Ideas

Source: http://ideas.org.my/?p=2611

 
To commemorate the birthday of Malaysia's first Prime Minister Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, IDEAS launched this publication on 8 February 2011 by presenting a copy each to Tunku's son YTM Tunku Ahmad Nerang and Tunku's daughter YTM Tunku Khadijah.

The publication contains quotes from Almarhum Tunku, describing his support for classical liberal principles of rule of law, limited state, free markets and individual liberty.

PEMBERITAHUAN


 

PEMBERITAHUAN

 

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA KERJA-KERJA MENAIKTARAF JALAN PERSIARAN SERI PUTRA 1, 2, 3 DAN JALAN SERI PUTRA 4 SEDANG DIJALANKAN. 

KERJA-KERJA MENAIKTARAF INI DIJADUAL MENGAMBIL MASA LEBIH KURANG SELAMA 5 BULAN.

 

SEMUA PENDUDUK DAN PENGGUNA JALANRAYA ADALAH DIINGATKAN SUPAYA LEBIH BERHATI-HATI DAN MENJAGA KESELAMATAN

APABILA MENGGUNA DAN MELALUI JALAN-JALAN TERSEBUT.

 

SEKIAN, KERJASAMA SEMUA AMAT DIHARGAI. TERIMA KASIH.

 

Yang benar,

Norizan bin Hj Sulaiman

Eksekutif Keselamatan, BHDSB

 

 


YB Shafie: Merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa-Guru SRA Seri Putera

Dipetik daripada blog YB Shafie.

Thursday, March 31, 2011

Merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa-Guru SRA Seri Putera

Bandar Seri Putera, 21 Rabiul Akhir = 26 Mac (Sabtu):


Pagi ini Adun Bangi hadir ke Sekolah Rendah Agama Seri Putera bagi merasmikan Mesyuarat Agung Sekolah bagi kali kedua setelah dua tahun Sekolah ini dibuka. Hadir sama ke majlis selain dari Adun ialah Encik Lokman bin Sarip YDP PIBG, Ustaz Khairul Amri bin Jamian Guru Besar yang juga selaku Penasihat PIBG, En. Mohammad Iqbal bin Ismail Naib YDP, AJK, Guru-Guru, Ibu Bapa dan murid-murid.


Penasihat yang juga Guru Besar dalam ucapan alu-aluannya memaklumkan yang bilangan pelajar semakin bertambah menjadi 1,370, iaitu meningkat dua ratus orang berbanding tahun lalu (697 lelaki dan 673 perempuan). Beliau berterima kasih kepada PIBG, ibu bapa dan guru-guru yang memberi kerjasama bagi memajukan Sekolah ini.


YDP PIBG pula maukan PIBG sebagai sebuah persatuan yang aktif, guru-guru yang dedikasi dan rajin dan murid-murid cemerlang. Menurutnya sepanjang setahun PIBG dilantik sebanyak 10 kali diadakan mesyuarat. Sepanjang setahun berbagai-bagai aktiviti diadakan seperti membina papan tanda Sekolah, program Amal Islami, Hari Guru,Khemah Ibadah, gotong royong, bina tempat wudhuk, Ceramah Perdana, Pembinaan tangga di Pondok Pengawal, Sambutan Hari Nuzul al-Qur`an, Jamuan Hari Raya, Bengkel Pemantapan Ibadah, Mengeluarkan Buletin, Hari Kecemerlangan Pelajar, dan Program Hi.Tea. Menurutnya banyak lagi kegiatan mau dibuat.


Adun Bangi dalam ucapan perasmiannya memuji pihak Sekolah dan PIBG yang bekerjasama erat hingga dapat mengadakan berbagai-bagai aktiviti dalam masa yang singkat – setahun. Beliau percaya dengan PIBG yang aktif tidak mustahil Sekolah ini akan muncul menjadi antara Sekolah Rendah Agma terbaik, kalau pun tidak di Selangor, tetapi di Sepang dan Hulu Langat. Adun difahamkan kehadiran ibu bapa pada kali ini merosot berbanding dengan tahun lepas. Tahun lepas hadir seramai 142 orang, tetapi pada tahun ini lebih kurang 80 orang. Walau bagaimana Adun difahamkan pada hari ini juga diadakan mesyuarat ibu bapa buat kali pertama di Sekolah Menengah Kebangsaan yang baru dibuka.. Dengan jumlah guru seramai 20 orang Sekolah ini buat pertama kali melahirkan dua murid mumtaz, 11 jayyid jiddan dan 17 jayyid. Ruang bagi pelajar meningkatkan prestasi mereka masih banyak. Walau bagaimana Adun menyebut, kejayaan tidak bermakna hanya pada pencapaian akademik, tetapi juga pada pembinaan syakhsiah dan akhlak diri. Kita mahu semua murid menjadi orang berjaya di dunia dan akhirat. Dalam majlis dihiasi dengan nasyid dari pasukan Nasyid Sekolah.


Selepas perasmian Adun memakaikan vest untuk pelajar Harapan Mumtaz PSRA 2011 dan Mesyuarat Agung dijalankan. Kita mengharapkan jawatankuasa bakal dipilih akan terus memajukan Sekolah – Insya Allah.


Sekian.


Legundi Residensi? Dah Launch ke Belom?

Salam.

 

Saudara Jabbar,

 

Pertamanya terima kasih atas usahasama mempromosikan projek rumah baru - Legundi Residensi.

 

Untuk hebahan seterusnya kepada semua penduduk, 'soft launch' projek telah diadakan, hari Sabtu, 02 Apr 2011 mulai jam 9.30 pagi hingga jam 5.30 petang.  Orang ramai boleh view model yang telah pun dipamerkan di Sale Gallery, BHDSB.  Datanglah beramai-ramai………tentukan beli satu atau dua buah lagi.  Jamuan ringan ada disediakan.

 

Projek ini akan download dalam website selepas 'official launch' yang akan diadakan pada 16 April 2011.

 

Untuk makluman, harga semasa 'soft launch' lebih murah daripada 'official launch'.

 

Sekian, terima kasih.

 

Wassalam.

 

Norizan bin Hj Sulaiman

 


From: Azizul Jabbar Kamaruddin [mailto:azizuljabbar@yahoo.com]

 

Tuan,

Melalui forum putra-mahkota telah dikhabarkan tentang Legundi Residensi. Tapi kat website umland takdo apo-apo announcement pon?

http://www.iproperty.com.my/developments/developmentreview.aspx?pid=2019


=======================


Bandar Seri Putra: A Haven for Homes

 

Tucked amidst the serenity of Bangi, Selangor, is a growing township known as Bandar Seri Putra — an 898-acre freehold development. Accessible via a dedicated Putra-Mahkota interchange off the Kuala Lumpur-Seremban highway, Bandar Seri Putra offers you a restful respite from the hustle bustle of the city, while being just a mere half-hour's drive, or 37km, away from Kuala Lumpur city centre. It is 12km to Bandar Baru Bangi, 30km to Putrajaya and 35km to KLIA, giving you quality of life without sacrificing convenience and accessibility.

Legundi Residensi (1)

More than 17,300 residents have already called this haven home, and you now have the privilege of joining their ranks with the coming launch of Legundi Residensi (1).

The exclusive Legundi Residensi (1) offers limited residential units on 8.31 acres in this RM40 million phase. Choose from the 52 double-storey cluster homes or the 12 double-storey semi-Ds in four contemporary, practical designs.

Or if space and distinction is what you're looking for, there's one double-storey bungalow in the mix too.

All residences sport modern facades with tasteful quality finishings for a stylish feel. You would love the little thoughtful touches such as a sunshade for some protection from the Malaysian sun, and louvers for that additional privacy. Furthermore, each home will come with its own water feature at the entrances, giving you, and your visitors, a soothing welcome.

The cluster homes have built-ups of 2,156 and 2,405 sq ft, while the semi-Ds are slightly larger with built-ups of 2,545 and 2,559 sq ft.

Quality of Life

Enjoy the fresh air and landscaped and natural greenery, in a home that gives you space for your growing family. With two entry and exit points, Legundi Residensi (1) offers better security and peace of mind.

It is also close to Bandar Seri Putra's commercial centre, SP Retail Centre, and many other amenities, including primary, secondary and religious schools, post office, 7-Eleven convenience store, Petronas petrol station, Bank Simpanan Nasional, restaurants, night markets twice a week, police station, suraus, playgrounds, town park, clinics and a government health clinic.

A Developer you can Trust

Bandar Seri Putra is developed by Bangi Heights Development Sdn Bhd, a subsidiary of United Malayan Land Bhd (UMLand). Listed on Bursa Malaysia since 1965, UMLand has built a name for itself in developing townships, such as Bandar Seri Alam and Seri Austin in Johor, as well as niche projects, such as Suasana Bangsar, Suasana Sentral Loft and Seri Bukit Ceylon, in the Kuala Lumpur City Centre. Its major shareholders include CapitaLand Ltd, Tradewinds Corporation Bhd and Chee Tat Holdings (S) Pte Ltd.

Catch the Legundi Residensi launch in March 2011, and put only a RM 8,000 downpayment to secure your dream home. Furthermore, the developer will absorb the SPA legal fees. Bumiputeras can take advantage of an additional 7% discount.

For more info, call 03-8927 1611 or check out www.umland.com.my.

QuikPro No:NC2019
Address:Bandar Seri Putra, Bangi, Selangor
Property Type:Cluster Homes
Land Title:Residential
Tenure:Freehold
Land Area:35' x 65'/75'
Built Up:2,156 sq.ft./2,405 sq. ft.
Listing Price:From RM543,000
Bedrooms:4+1
Total Units/Lots:52
Bumi Discount:7%
Completion Date:April 2013 (Expected)
Posted Date:14/03/2011

Facilities
  • Town Park
  • Police Station
  • Post Office
  • Petrol Station
  • Restaurants
  • Pharmacy
  • Clinics
  • Convenience Store
  • Primary School
  • Secondary School
  • Religious School
  • Goverment health clinic with quarters

  •  

    __._,_.__

    ==============

    Malinglist Terkini

    Related Posts with Thumbnails

    Kalendar

    Maklumat Setempat

    Pihak Berkuasa Berkaitan

    Malaysiakini

    Berita Harian

    ESPNsoccernet