Terkini

Maklumat Selepas Mesyuarat Jawatankuasa PIBG SK-BSP 20 April 2011





Ahli Jawatankuasa PIBG SK-BSP Sesi 2011/2012

Penasihat : Pn. Hajah Normah Bt Kasim
Yang Dipertua : Tn. Haji Ustaz Mohammad Rozie Bin Mohd. Rejab
Naib Yang Dipertua : Tn. Haji Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah
Setiausaha    Kehormat: En. Mohd Fadhali Bin Razali
Bendahari    Kehormat: Pn. Raja Khairiyah Bt Raja Leman
Naib Bendahari Kehormat: Pn. Norfarizan Bt Mahmud

Ahli Jawatankuasa ibubapa/penjaga:

   1. En. Zulkifli Bin Ambak
   2. En. Rosli Bin Abdul Rahman
   3. En. Shamsul Kairi Abu Hasan (Pendidikan Khas)
   4. En. Khairil Bin Anuar
   5. En. Azli Bin Abu Bakar
   6. Mejar Mohammad Qayyum Bin A. Badaruddin


Ahli Jawatankuasa guru:

   1. En. Zuhairi Bin Mohd Saffari
   2. En. Mohd Sahril Bin Saud
   3. Pn. Zubaidah Bt Arbak
   4. Pn. Rofiza Bt Abu Hassan
   5. Pn. Zarina Bt Muhamed Sam


Pemeriksa Kira-Kira:

   1. En. Ahmad Zamri Bin Mansor
   2. Pn. Maslia Bt Alias



Ucapan penasihat PIBG:
  • Peperiksaan bulan Mei akan diadakan pada 18-21 Mei
  • "Hari Terbuka" akan diadakan. Tarikhnya akan dimaklumkan kemudian.
  • Dewan sekolah akan ditutup 1 Mei hingga 30 Jun untuk kerja baikpulih
  • Program susu sekolah ditangguhkan kerana kes keracunan di sekolah lain
  • Sabtu (23 April) diadakan sekolah ganti

Perkara-perkara lain:
  • Biro-biro dalam PIBG:
        1. Unit Pembangunan, Kewangan dan Ekonomi - Diketuai oleh Ustaz Rozi
        2. Unit Kebajikan dan Keselamatan - Diketuai oleh Mejar Qayyum
        3. Unit Pendidikan, Sukan dan Kerohanian - Diketuai oleh Ustaz Farid Ravi
        4. Unit Perhubungan Awam dan Komunikasi (PAKSI) - Diketuai oleh En Khairil (khaiatbsp@gmail.com)
  • Aktiviti: 29/30 April - Lencana Tunas Puteri
  • Aktiviti: Hari Kantin akan diketuai oleh Mejar Qayyum dan tarikh dicadangkan 26 Jun 2011
  • Aktiviti: 10 Julai Sukan Tahunan
  • Pintu ke-2: Berkaitan kelulusan MPKj untuk pintu ke-2, salinan surat akan diberi kepada pihak memerlukan dan Jawatankuasa Pemuafakatan
  • Pendidikan Khas (36 orang):Peruntukan Pendidikan Khas masih belum diterima. PIBG akan bantu dengan menghantar surat kepada kementerian.
  • Kantin: YDP sendiri akan turut sama dalam jawatankuasa kantin bagi mewakili PIBG
  • Merokok: Banner jangan merokok akan dipaparkan diluar sekolah supaya ibubapa tidak merokok diluar kawasan sekolah.
  • Report Card: akan diberikan dalam masa terdekat
  • Hampir kemalangan: Kenderaan nombor pendaftaran WHM3042 akan diambil tindakan kerana memandu laju dan hampir melanggar pelajar dalam kawasan sekolah
  • Baju sukan: Kelewatan baju sukan adalah kerana kelewatan mengambil saiz dan seterusnya lewat order.
  • Baju sukan:PIBG sekali lagi menegaskan agar baju sukan pelajar perempuan perlulah lengan panjang bagi menjaga aurat.
  • LINUS: ada saringan dalaman sebulan selepas masuk dan saringan sebenar selepas itu. Hanya 19% pelajar (103 daripada 532) dikelaskan dalam kelas LINUS dan selebihnya dimasukkan dalam kelas Perdana.
  • Jualan Luar Sekolah: PIBG juga dimaklumkan selain jualan diluar sekolah, terdapat juga jualan di dalam bas sekolah.
  • Pergaulan: Pergaulan pelajar lelaki dan perempuan perlu dikawal dan diingatkan sentiasa.
  • Program: Bagi pelajar yang bermasalah, program sangkar emas juga diadakan. Maknanya, sekolah tidak abaikan pelajar yang bermasalah.
  • Matapelajaran: PIBG juga merasa risau keputusan keseluruhan Sains dan Matematik anak-anak yang kurang baik.
  • Bilik Kesihatan: PIBG bersetuju menyalurkan kewangan untuk melengkapkan bilik kesihatan dengan keperluan yang diperlukan.

Mesyuarat seterusnya pada 11 Mei 2011

PAKSI

0 comments:

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet