Mesyuarat Jawatankuasa PIBG terlah bermesyuarat pada 15 April lalu dan berikut beberapa perkara yang boleh dimaklumkan.
Ucapan Guru Besar
• Buku teks, masih menunggu penghantaran ke-2 (masih terdapat murid tahun 1 (sekitar30 orang) masih belum menerima buku tersebut)
• Perasmian sekolah oleh Sultan Selangor – belum ada hitam putih.
• Program Kemahiran Amal Islami (28 Mei, Sabtu). Sekali lagi sekolah menjadi tuan rumah.
• Bayaran kenaikan elaun guru KAFA – masih tertangguh.
Biro Pembangunan dan Kewangan
• Bagi pembinaan surau, PIBG perlu melantik consultant untuk kerja pemulaan.
• Hasil mesyuarat khas dengan pengusaha van/bas
- PIBG bersedia menyediakan tapak yg lebih teratur dan tersusun. Dicadangkan memohon tanah masjid untuk dijadikan tempat kenderaan sementara.
- Pengusaha membantah. Mesyuarat menegaskan untuk tetap dengan keputusan melarang kenderaan luar memasuki kawasan sekolah kerana lebih banyak keburukan berbanding kebaikan dalam perkara ini.
- Hubungan dengan polis tidak baik. PIBG dan sekolah akan cuba memperbaiki kelemahan ini.
- Bonggol, zebra crossing akan dibuat bagi menberi amaran perlahan kepada pemandu kenderaan di hadapan sekolah.
• Masalah pendawaian elektrik tingkat 3 Blok A masih tergantung – dua opsyen, menunggu JKR atau PIBG akan keluarkan duit untuk periksa. Mesyuarat bersetuju untuk mencuba kedua-dua opsyen. Bagaimanapun tertakluk kepada kemampuan PIBG untuk opsyen kedua itu.
• Perancangan aktiviti biro yang perlu dimasukkan ke dalam takwim PIBG (http://calendar.bandarseriputra.com)
o Program Aqiqah
o Program Berkhatan Beramai-ramai
Biro Kebajikan dan Keselamatan
• Memohon mana-mana individu atau kumpulan yang menyumbang mural pada dinding sekolah bagi mencantikkannya.
• Insya-Allah satu gotong-royong akan diadakan pada 21 Mei 2011
Biro Pendidikan dan Dakwah
• Bagi pelajar yang akan menduduki PSRA, pengalaman tahun lepas SK boleh benarkan pelajar balik awal dan dikuarantin di SRA.
• Mengharap sumbangan buku bagi perpustakaan sekolah.
• Kelas Tahfiz pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat, 8.15-9.45 malam, yuran RM30/sebulan
• 7-8 Nov 2011 Program Persediaan Awal Remaja, Masjid KLIA.
- Bagi Pihak PIBG SRA-BSP -
0 comments:
Catat Ulasan