Terkini
LAPURAN PECAH MASUK RUMAH
Semua Penduduk Yang Dihormati,
1. Dua kejadian pecah rumah telah berlaku seperti berikut: -
a. Pada 26 Ogos 2009 Di Blok L-13-6, Apartmen Vista Seri Putra.
(1) Rumah diduduki oleh student KUIS.
(2) Disedari rumah telah dipecah masuk sekembalinya lebeh kurang jam 8.00 malam.
(3) Barang yang dicuri ialah dua buah Lap-Top.
b. Pada 27 Ogos 2009 Di No. 54, Jalan Seri Putra 3/9.
(1) Mangsa keluar rumah lebih kurang jam 4.30 petang dan balik lebih kurang jam 11.00 malam
mendapati rumah telah dipecah masuk melalui tingkap dapur.
(2) Barang-barang yang telah dikenalpasti hilang ialah sebuah Lap-Top, barang-barang kemas dan jam tangan.
(3) Sebelum kejadian, pada pagi 26 Ogos 2009 semasa isteri keluar hendak pergi ke tempat kerja kelihatan
seorang lelaki berbangsa Bangladesh berjalan dihadapan rumah dengan membawa beg plastik.
Saspek yang sama juga dilihat berjalan tidak jauh dari rumah mangsa pada 27 Ogos 2009 lebih kurang
jam 4.30 petang pada hari kejadian.
(4) Saspek badan tinggi kurus dan berkulit gelap.
2. Semua penduduk adalah diingatkan sentiasa berwaspada dengan MO kejadian seperti ini. Lebih-lebih lagi menjelangnya perayaan
Aidil Fitri yang akan tiba tidak lama lagi. Penjenayah-penjenayah mula dengan gerakan mereka mencari mangsa untuk pendapatannya.
Sebarang saspek yang dicurigai hendaklah diperhati dan diambil berat dengan melapurkan kepada pihak Polis untuk bantuan rondaan pemantauan.
Sebagai langkah pencegahan dan menghalang daripada kejadian seumpama berlaku, setiap pergerakan orang-orang yang tidak dikenali
dan tiada kena mengena disetiap taman hendaklah disoal dan dilabelkan sebagai saspek. Kita bukan hendak berniat jahat dan memandang
serong kepada orang yang tidak dikenali tetapi ini adalah langkah yang baik untuk diikuti supaya tidak berlaku seperti di atas.
3. Kepada yang mempunyai apa-apa maklumat yang boleh dikongsi bersama sebagai langkah pencegahan, silalah hebahkan melalui laman
Ini. Setidak-tidaknya kita mengetahui apa yang telah berlaku dan dijangka akan berlaku dipersekitaran kita kerana ini akan meletakkan kita
semua sentiasa dalam berjaga-jaga.
Sekian.
Norizan bin Hj Sulaiman
Eksekutif (Keselamatan)
BHDSB
Mengapa Ramadhan Tidak Berkesan? - Saifulislam.com
Artikel menarik yang saya ingin kongsikan.
Nota Ringkas: Mengapa Ramadhan Tidak Berkesan?
“Mengapa Ramadhan tidak berkesan?” soalan yang diamanahkan kepada saya untuk mengupasnya.
Ringkas, tetapi jawapannya bukan mudah.
Kita mengalaminya. Dalam segala janji Allah, galakan dan kemudahan-Nya untuk kita beribadah, kita sering tidak mencapai impian. Jarak di antara diri idaman menjelang Syawwal berbanding diri sebenar, selalu jauh bagai timur menggamit barat.
Mengapa?
Allah Subhanahu wa Ta’aala sudah memberikan friendly reminder, bahawa puasa sebagai proses menjana Taqwa adalah satu proses yang rumit. Kalimah La’alla yang dijadikan sendi firman-Nya di Surah al-Baqarah ayat 183 itu sudah sedia melontarkan konotasi ‘mudah-mudahan’, tanda tidak semua berhasil mencapai Taqwa di hujung Ramadhan.
Justeru jangan sambil lewa. Usaha mengisi Ramadhan mesti penuh kesungguhan.
Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah memberi peringatan tentang betapa ramai yang gagal memperolehi tawaran-tawaran hebat Ramadhan, kecuali lapar dan dahaga yang sia-sia. Justeru ketidak sempurnaan hasil Taqwa setelah menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan mungkin berpunca daripada masalah INPUT bersangkutan dengan iman dan hal-hal dalaman manusia, atau mungkin berpunca daripada PROSES, iaitu soal ilmu pengetahuan dalam menggerakkan puasa mengikut manual Allah Subhanahu wa Ta’aala.
MASALAH INPUT
Andaikata masalah INPUT itu bersangkutan dengan AQIDAH, di sinilah timbulnya keganjilan terhadap kelompok yang berpuasa tetapi tidak bersolat. Bagaimana mungkin seorang itu berpuasa, tetapi meninggalkan rukun Islam yang lebih tinggi iaitu solat? Ia bukan masalah hukum atau masalah fiqh, sebaliknya ia bersangkutan dengan kecacatan serius pada aqidah pelaku ganjil ini.
Kerosakan yang membabitkan MINDSET dan WORLDVIEW ini mungkin diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan puasa yang salah motif. Melihat puasa sebagai mekanisma kesihatan diri semata-mata, tanpa ada hubungkaitnya dengan manifestasi kehambaan diri kepada Allah, justeru puasa kosong daripada roh Tarbiyyah, dan sekadar memberikan manfaat material atau duniawi semata-mata.
Ada pun kecacatan berkaitan dengan sistem nilai, ia akan terserlah pada ketidak sungguhan atau tiadanya rasa ghairah terhadap segala tawaran Allah berkaitan Ramadhan.
Jika ada sebuah pasaraya membuat tawaran istimewa, beli satu dapat 10, jalanraya dilapangkan menuju pasaraya itu, lampu isyarat semua dihijaukan, kenderaan lain semua dilencongkan, agar segala kemudahan diberi untuk kita pergi mendapatkan tawaran itu, tetapi kita tidak peduli dan tidak teringin langsung kepadanya, maka sesungguhnya kita memang tidak berminat sungguh dengan apa yang ditawarkan oleh pasaraya tersebut.
Demikianlah juga halnya dengan Ramadhan.
Seandainya pintu Syurga sudah dibuka, pintu Neraka ditutup kunci, malah Syaitan dirantai agar lemah potensinya dalam mengganggu manusia, segala gandaan pahala diberi dan segala galakan kebaikan ditawarkan, tiba-tiba kita langsung tidak tertarik untuk mendapatkannya, ia menandakan bahawa kita memang tidak berminat dengan Allah, tidak berminat dengan tawaran-Nya, tidak berminat dengan Syurga dan tidak pernah kisah dengan Neraka.
Maka sesungguhnya orang ini benar-benar tidak mendapat sebarang rahmat daripada Allah.
MASALAH PROSES
Ketidakberkesanan puasa dalam membentuk ketaqwaan diri, mungkin juga berpunca bukan daripada masalah INPUT, sebaliknya datang daripada kecacatan PROSES. Cara puasa itu dilaksanakan, sejauh manakah ia menepati kehendak Allah Subhanahu wa Ta’aala dan didikan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam? Asasnya adalah ILMU. Inilah salah satu keistimewaan terpenting Islam, bahawa segala perlakuan ibadah terbina di atas dasar ilmu. Bukan ikut-ikutan, bukan teka-tekaan. Harus ada asas kefahaman yang membolehkan puasa dengan segala ibadah lain, berlangsung seperti yang sepatutnya.
Belajar tidak pernah habis.
Amat malang sekali seorang yang sudah berusia 40 tahun, masih berpuasa dengan ilmu puasa yang dipelajarinya semasa berusia 15 tahun.
Ilmu mesti sentiasa ditingkatkan sesuai dengan pengalaman diri, cabaran yang bertambah serta pendedahan yang pelbagai.
Jika di usia 15 tahun, kita belajar bahawa musafir diharuskan berbuka puasa, mungkin di usia 21 tahun kita perlu memperincikan ilmu itu apabila buat kali pertamanya kita menaiki kapal terbang di bulan Ramadhan. Rukhsah yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala ada kalanya jelas dari segi fiqh, tetapi terhalang daripada perlaksanaan akibat daripada sentimen bahawa rukhsah itu ‘mengurangkan nilai’ ibadah, atau rukhsah itu menukar kebiasaan.
Sebagai contoh, andaikata seorang yang bermusafir ke London pada bulan September 2009 mahu terus berpuasa tanpa mengambil rukhsah, beliau bebas berbuat demikian. Namun lihatlah kepada ilustrasi di bawah, untuk jelas di mindanya, berapakah tempoh puasanya?
21 jam!
Begitu juga dengan kaum wanita yang hamil atau menyusukan bayi, perlu baginya memahami aspek-aspek bersangkutan dengan pengurusan puasanya, bila keharusan berbuka berlaku dan apa kesannya dari segi Qadha’ dan Fidyah. Seorang muslimah, tatkala masuk ke alam perkahwinan dan mula menimang cahaya mata, perlu menyediakan diri dengan ilmu berkaitan hal ini. Suami pula, tatkala menyedari bahawa sang isteri mempunyai sebab yang pelbagai untuk tidak berpuasa, dan perlu melakukan qadha’ selepas Ramadhan nanti, hulurkanlah bantuan dengan berpuasa sunat meneman isteri yang berpuasa.
Ada pun panduan menyusukan bayi bagi wanita yang berpuasa, artikel yang disiarkan di UMMUSAIF.COM boleh membantu. Ia langkah proaktif agar pilihan berbuka puasa untuk menyusukan anak, boleh diminumkan.
Manakala persoalan membabitkan qadha’ puasa dan fidyah yang berkaitan, harus juga diberikan perhatian. Adakalanya, soal qadha’ dan fidyah bersifat teknikal dan tidak sulit untuk ia dilaksanakan. Namun, perbuatan menangguhkan qadha’ puasa tanpa sebarang sebab dan keuzuran hingga masuk Ramadhan yang berikutnya, ia adalah dosa. Bukan sahaja qadha’ dan fidyah yang perlu dilangsaikan, pelaku itu juga mestilah bertaubat dan menyesali kecuaiannya itu.
Fidyah berbayar, puasa diqadha’, tetapi datangkah rasa sesal pada diri atas perlakuan itu?
Di tahun awal pensyariatan ibadah puasa ini (Tahun kedua Hijrah), umat Islam hanya dibenarkan makan dan minum bermula daripada waktu Maghrib hingga solat Isyak. Selepas Isyak, tidak boleh lagi makan dan minum sehinggalah waktu Maghrib hari yang berikutnya. Jika ada yang tertidur sebelum Isyak, beliau juga berpuasa bermula daripada tidurnya itu sehinggalah Maghrib keesokan harinya. Hal ini amat membebankan sahabat dan hukum ini kemudiannya dimansukhkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala.
Sebagai gantinya, Syariat Islam menghendaki setiap orang yang berpuasa menjaga urusan sahurnya. Sahur dituntut agar ia diambil, biar pun dengan hanya seteguk air, pada waktu hujung malam menjelang waktu subuh. Perbuatan makan siap-siap pada waktu tengah malam dan kemudian tidur hingga masuk ke waktu solat Subuh, tidaklah menghasilkan fadhilat sahur. Malah ia disinonimkan dengan amalan Ahli Kitab, termasuk dari aspek menyengajakan pemanjangan tempoh berpuasa selepas ia sudah dipendekkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala.
Hindarkan perbuatan ini.
Demikian juga halnya dengan soal menyegerakan berbuka puasa. Isunya sama iaitu larangan meniru sikap Ahli Kitab yang berpuasa, serta larangan memanjangkan tempoh puasa lebih daripada apa yang telah ditentukan oleh Allah Subhanahu wa Ta’aala. Bagi mereka yang menjangkakan dirinya akan terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas ketika masuknya waktu berbuka puasa, hendaklah bertindak proaktif menyediakan tamar atau air minuman di dalam kereta masing-masing.
Jangan pula ada yang ‘bergeliga’ mahu membuka puasa dengan mengorek hidung!
Semoga dengan sedikit muhasabah ini, kita boleh sama-sama membuat penilaian agar Ramadhan yang masih seputik jagung ini dapat dioptimumkan menuju TAQWA.
Salam Ramadhan.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANGRelated posts:
DIBATALKAN - Majlis Solat Hajat (untuk UPSR) dan Berbuka Puasa
Kerja Naik Taraf Pagar Penjuru 3
Bulan Kemerdekaan di Seri Mawar
OGOS bulan kemerdekaan. JMB telah mulakan dengan menyemarakkan bulan kemerdekaan kita dengan menggantung beberapa Jalur Gemilang dibeberapa tempat yang strategik. Antaranya:
- 8 Jalur Gemilang telah di tegakkan di 8 tangki utama di bumbung Seri Mawar.
- Serta 16 Jalur Gemilang diletakkan di tangga 1 and 4 blok A dan B.
- Juga 3 Jalur Gemilang di pos pengawal, tepi papan tanda utama dan di pejabat pengurusan.
Salam Ramadhan
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/8/20/mstar_berita/20090820203117&sec=mstar_berita
Khamis Ogos 20, 2009Umat Islam mula berpuasa Sabtu iniPETALING JAYA: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa mulai Sabtu ini.
Perkara itu diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah melalui siaran langsung di TV1 malam ini.
PASAR RAMADHAN BANDAR SERI PUTRA 1430H/2009
Tahun ini sekali lagi Pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah memberi hak Penganjuran Pasar Ramadhan kepada Kelab Sukan Bandar Seri Putra. Seperti kebiasaannnya Pasar Ramadhan ini akan berlangsung selama 1 bulan di tapak Pasar Malam BSP. Kunjugilah Pasar Ramadhan BSP untuk aneka juadah Berbuka Puasa.
PENGURUSAN KELAB SUKAN DAN PARA PENIAGA MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA
SEMUA WARGA MUSLIMIN/MUSLIMAT BANDAR SERI PUTRA
LAPORAN PECAH MASUK RUMAH DI JALAN SP 3/F PADA 12 OGOS 2009
Semua yang dihormati,
Kejadian pecah masuk rumah berlaku di Jalan 3/F, D’Sentral pada 12 Ogos 2009 (nombor rumah dan mangsa tidak dapat dimaklumkan).
Anak tuan rumah yang belajar di KUIS balik ke rumah lebeh kurang jam 8.30 malam.
Apabila memasuki rumah terserempak dengan penjenayah yang sedang turun tangga dari tingkat atas.
Penjenayah bersenjatakan pisau lalu berteriak “kau diam” dan terus lari keluar menggunakan tingkap bilik belakang yang dipecah masuk.
Tiada pengelutan dan kecederaan yang berlaku dan kerugian masih belum dapat dipastikan kerana keluarga mangsa tiada di rumah kerana balik ke kampung.
Semasa kejadian mangsa tergamam dan terduduk ketakutan dan tidak dapat membuat apa-apa.
Lebeh kurang dua jam selepas kejadian barulah mangsa dapat mengawal diri dari terperanjat dan terus membuat laporan Polis selepas memanggil kawannya datang.
Butiran yang diperolehi dari mangsa ialah penjenayah macam orang Melayu dan boleh juga dikatakan macam orang Indo.
Bertubuh badan gempal dan tinggi lebeh kurang 5’ 2” memakai seluar pendek dan baju T tanpa kolar.
Muka tembab banyak berparut macam bekas jerawat dan hidung penyek.
Umur sekitar lebeh kurang 30 tahun.
Sila hebahkan kepada semua penduduk untuk sama-sama mengambil tahu dan berusaha mencegah dan menghalang daripada berlakunya jenayah di kawasan BSP.
Sekian.
Norizan bin Hj Sulaiman
BHDSB – 019-378 3778
Gambar di Majlis Ulang Tahun Pertama Surau Al-Ikhlas Pada 8 Ogos 2009
H1N1 - Nasihat Untuk Pesakit dan Penjaga
Manakala bagi yang telah dijangkiti dan penjaga pesakit, bolehlah mengikuti nasihat ini yang dikeluarkan oleh jiran kita Singapura. Jangan ambil lewa, ini sangat penting untuk mengelakkan kita terkena penyakit tersebut.
Sambutan Ulangtahun Surau Al-Ikhlas - Sabtu 8 Ogos, 9 pagi
Sambutan Ulangtahun Surau Al-Ikhlas
8 Ogos 2009
9.00 pg
5.00 ptg
Pameran (dari Badan dan agensi Kerajaan, Swasta & NGO)
Tempat Letak Kereta, Surau Al-Ikhlas, TIP
(Sabtu)
9.00 pg
5.00 ptg
Perkhidmatan Kaunter Informasi/ Perancangan Kewangan PNB
Tempat Letak Kereta, Surau Al-Ikhlas, TIP
9.00 pg
2.00 ptg
Pemeriksaan Kesihatan Percuma (tajaan Takaful Ikhlas)*
Tempat Letak Kereta, Surau Al-Ikhlas, TIP
9.00 pg
5.00 ptg
Gerai Jualan
Tapak Tadika, (Bersebelahan Surau Al-Ikhlas)
9.00 pg
10.00 pg
Taklimat daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Dewan Solat, Surau Al-Ikhlas, TIP
10.15 pg -11.15 pg
Ceramah daripada Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas)
Dewan Solat, Surau Al-Ikhlas, TIP
11.30 pg-12.30 tgh
Ceramah daripada Amanah Raya Berhad (ARB)
Dewan Solat, Surau Al-Ikhlas, TIP
12.40 tgh-1.30 tgh
Ceramah daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
Dewan Solat, Surau Al-Ikhlas, TIP
1.30 ptg-1.45 ptg
Solat Zohor
2.00 ptg-3.00 ptg
Ceramah Kesihatan
Dewan Solat, Surau Al-Ikhlas, TIP
3.15 ptg-4.30 ptg
Ceramah Motivasi untuk pelajar sekolah
Dewan Solat, Surau Al-Ikhlas, TIP
- Bersama Anak-Anak Yatim
4.45 ptg-5.00 ptg
Solat Asar
7.30 ptg-7.45 ptg
Solat Maghrib
7.50 ptg-9.00 mlm
Ceramah Agama - oleh Prof. Madya Dr. Mohd Arip bin Kasmo
Dewan Solat, Surau Al-Ikhlas, TIP
Pensyarah Pusat Pengajian umum UKM
9.00 mlm-9.15 mlm
Solat Isyak
9.15 mlm
Jamuan Makan & Bersurai
H1N1: Kampus Kuis ditutup sehingga 10 Ogos
Kampus Kuis ditutup sehingga 10 Ogos
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20090805160618/Article/BANGI: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) menutup kampusnya di Bandar Seri Putra di sini, bermula semalam sehingga 10 Ogos ini selepas beberapa pelajar institusi itu dikesan mengalami jangkitan penyakit seperti influenza (ILI).
Timbalan Rektor (Akademik dan Pembangunan Mahasiswa) Kuis, Mohd Khairi Hussin, dalam satu kenyataan hari ini berkata 6,000 pelajar institusi itu sudah diarah pulang ke rumah masing-masing.
Beliau berkata, langkah penutupan kampus itu dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan.
"Pelajar yang dijangkiti penyakit berkenaan serta pelajar yang diarah pulang juga dinasihati supaya berdisplin dan mematuhi arahan kuarantin yang ditetapkan Jabatan Kesihatan," katanya.
Setakat ini 80 pelajar dibawa ke hospital berdekatan untuk tindakan lanjut dan jumlah itu mungkin meningkat kerana ujian makmal masih dijalankan terhadap beberapa sampel pelajar yang demam serta mengalami tanda-tanda jangkitan penyakit itu.
- Bernama
Terkini: Laporan Jenayah di BSP
LAPORAN JENAYAH DI BSP
Semua Penduduk Yang Dihormati,
Maklumat untuk dikongsi bersama mengenai kejadian pecah masuk rumah di Semi-D, Jalan 6/6, Bukit Mahkota pada hari Sabtu, 01 Ogos 2009 dengan memecah masuk melalui tingkap belakang dan mencuri barang-barang kemas dan barang-barang lain berulang lagi di rumah yang sama pada hari ini, 05 Ogos 2009 lebeh kurang jam 11.00 pagi dengan memecah masuk rumah melalui pintu kayu hadapan. Tuan rumah yang baru balik dari kedai ternampak sebuah kereta Toyota Avanza nombor daftar WMN 2346 berwana kehijauan beredar dari depan rumahnya dan beliau mengesyaki sesuatu lalu mengekori dan mengejar kereta tersebut yang menghala keluar kepersimpangan Bukit Mahkota. Saspek 1 perempuan dan 2 lelaki yang menyedari kereta mereka diekori sejak awal tadi lalu memecut dan berpatah balik masuk semula ke Bukit Mahkota dan menghala keluar melalui Pos Kawalan belakang Bukit Mahkota dan hilang di dalam kawasan perindustrian Nilai. Barang yang dicuri adalah sebuah Laptop.
Dalam masa yang sama, mangsa telah memaklumkan kepada Polis Nilai dan Polis Seremban untuk mengesan penjenayah ini. Kita berharap saspek dapat dikesan dan ditangkap kerana penyangak-penyangak ini selagi bernyawa akan terus mengancam orang ramai di mana jua yang disukainya. Polis mempercayai saspek adalah sama dengan kes kereta Persona TAR 5995 (1 perempuan dan 2 lelaki) yang telah memecah masuk rumah di Jalan SP 3/3 pada 07 Jul 2009. Penyangak ini memang mengiat aktif memecah masuk rumah di BSP dan Bukit Mahkota dengan Mondus O perandi yang sama iaitu bertukar-tukar kereta.
Kepada yang ternampak, terdengar atau mendapat maklumat kereta WMN 2346 berada di kawasan BSP atau di mana jua hendaklah segera memberitahu Polis Bangi ditalian 038925 8222. Sila sebarkan maklumat ini kepada semua rakyat skim masing-masing.
Norizan bin Hj Sulaiman
AGM Berjaya Dijalankan
Bandar Seri Putra, 2 Ogos 2009. Kerjasama semua pihak telah menjayakan Mesyuarat Agung Pertama Pangsapuri Seri Mawar (AGM-1 JMB Mawar).
Gambar boleh diperolehi disini http://www.facebook.com/album.php?aid=96363&id=91019927486
Seperti yang dirancang, bermula 7 pagi orang ramai mula turun untuk aktiviti pertama: Senam robik dan poco-poco. Sekitar 30 orang telah turut serta acara senam ini. Jurulatih Mizi telah memulakan dengan gerakan memanas badan dan diteruskan dengan gerakan utama. Hampir 45 minit sebelum ianya ditamatkan.
Seterusnya, taklimat dan latihan pemadaman kebakaran. Dua jemputan daripada Balai Bomba Bandar Baru Bangi telah hadir untuk sesi taklimat ini iaitu En Mazlan dan En Zamri dari Unit Latihan. Taklimat daripada En Mazlan sangan menarik perhatian hadirin bila mana beliau mengatakan masa pihak Bomba untuk sampai ke Mawar sekitar 20 minit sedangkan kalau penduduk tahu langkah awal pemadaman api, kebakaran dapat dipadamkan dengan segera. Sebagai contoh, jika kebakaran berlaku dalam kuali, perkara paling mudah adalah dengan menutup dengan tudung aloi (biasa ada di rumah).
Selain itu dengan harga RM120++ pemilik rumah dapat membeli satu tong pemadam api yang diiktiraf untuk menyelamatkan rumah Mawar yang sekarang harga pasaran sekitar RM85 ribu. Kegunaan pemadam api bukannya susah sangat, kanak-kanak pun boleh menggunakannya. Tak boleh angkat, tarik sahaja tong yang tahan lasak itu.
Seterusnya latihan kebakaran diberikan kepada penduduk Mawar. Sebelum semburan boleh dilakukan, pastikan pin keselamatan dicabut. Selepas pin dicabut, lakukan satu cubaan semburan. Satu bunyi 'pop' akan kedengaran jika pertama kali digunakan. Halakan muncung semburan kea arah api serta pastikan ada berada pada posisi mengadap angin. Dengan satu semburan tak sampai 5 saat, apa dapat dipadamkan. Mudah dan ianya mengelak daripada apa melarat. "Tetapi perlu ada keberanian", ujar En Mazlan.
Mesyuarat dimulakan sedikit lewat dengan kehadiran OCS Ramlan (Ketua Balai Polis Bangi), En. Fadzri (Wakil Bangi Height) dan En. Ramli (Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Mawar). Manakala, wakil MPKj tidak dapat hadir.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan daripada En Ramli, Pengerusi Persatuan Penduduk. Beliau antara lain menyeru penduduk dan pemilik sama-sama menyokong JMB agar segala urusan dapat dijalankan dengan baik. Seterusnya akan memberi manfaat semula kepada pemilik dan penduduk.
Seterusnya, OCS Ramlan dijemput (secara spontan) untuk memberi sepatah dua kata (sebab wakil MPKj tak hadir). Beliau juga berharap apa yang JMB lakukan dapat membantu pihaknya menangani masalah jenayah dalam kawasan Mawar. Setakat ini, kes-kes di Mawar didapati sangat kurang dan berharap ianya dapat dikekalkan.
En Rahim, Pengerusi JMB pula mengambil giliran. Beliau menyeru agar pemilik dan penduduk terus membayar wang penyenggaraan dan kutipan lain agar JMB dapat beroperasi pada tahap yang optimum. Beliau juga menegaskan bahawa slogan JMB "Daripada Penduduk, Untuk Penduduk" akan terus didokong dalam perlaksanaan tugas seharian JMB. Sebarang masalah boleh terus dirujuk kepada pejabat JMB atau boleh melalui wakil persatuan penduduk. Ini kerana, setiap mesyuarat JMB, wakil persatuan turut duduk bersama dalam memberi pandangan dan sebagai agen 'check-and-balance".
Majlis berhenti rehat sebentar untuk memberi laluan kepada tetamu kehormat untuk beredar.
Apabila majlis bersambung, pembentangan minit mesyuarat penubuhan dan aktiviti oleh En Khairil dan En Zamzuri. Seterusnya pembentangan laporan kewangan. Seperti kebiasaan ada berberapa perkara dibangkitkan. Akhirnya, majlis dibuka untuk sebarang cadangan atau isu. Sebelum beredar, 4 ahli JMB baru telah dipilih untuk menguatkan JMB.
-Kyreel-