Semua yang dihormati,
Kejadian pecah masuk rumah berlaku di Jalan 3/F, D’Sentral pada 12 Ogos 2009 (nombor rumah dan mangsa tidak dapat dimaklumkan).
Anak tuan rumah yang belajar di KUIS balik ke rumah lebeh kurang jam 8.30 malam.
Apabila memasuki rumah terserempak dengan penjenayah yang sedang turun tangga dari tingkat atas.
Penjenayah bersenjatakan pisau lalu berteriak “kau diam” dan terus lari keluar menggunakan tingkap bilik belakang yang dipecah masuk.
Tiada pengelutan dan kecederaan yang berlaku dan kerugian masih belum dapat dipastikan kerana keluarga mangsa tiada di rumah kerana balik ke kampung.
Semasa kejadian mangsa tergamam dan terduduk ketakutan dan tidak dapat membuat apa-apa.
Lebeh kurang dua jam selepas kejadian barulah mangsa dapat mengawal diri dari terperanjat dan terus membuat laporan Polis selepas memanggil kawannya datang.
Butiran yang diperolehi dari mangsa ialah penjenayah macam orang Melayu dan boleh juga dikatakan macam orang Indo.
Bertubuh badan gempal dan tinggi lebeh kurang 5’ 2” memakai seluar pendek dan baju T tanpa kolar.
Muka tembab banyak berparut macam bekas jerawat dan hidung penyek.
Umur sekitar lebeh kurang 30 tahun.
Sila hebahkan kepada semua penduduk untuk sama-sama mengambil tahu dan berusaha mencegah dan menghalang daripada berlakunya jenayah di kawasan BSP.
Sekian.
Norizan bin Hj Sulaiman
BHDSB – 019-378 3778
0 comments:
Catat Ulasan