Terkini

AGM Berjaya Dijalankan

Bandar Seri Putra, 2 Ogos 2009. Kerjasama semua pihak telah menjayakan Mesyuarat Agung Pertama Pangsapuri Seri Mawar (AGM-1 JMB Mawar).

Gambar boleh diperolehi disini http://www.facebook.com/album.php?aid=96363&id=91019927486


Seperti yang dirancang, bermula 7 pagi orang ramai mula turun untuk aktiviti pertama: Senam robik dan poco-poco. Sekitar 30 orang telah turut serta acara senam ini. Jurulatih Mizi telah memulakan dengan gerakan memanas badan dan diteruskan dengan gerakan utama. Hampir 45 minit sebelum ianya ditamatkan.





Seterusnya, taklimat dan latihan pemadaman kebakaran. Dua jemputan daripada Balai Bomba Bandar Baru Bangi telah hadir untuk sesi taklimat ini iaitu En Mazlan dan En Zamri dari Unit Latihan. Taklimat daripada En Mazlan sangan menarik perhatian hadirin bila mana beliau mengatakan masa pihak Bomba untuk sampai ke Mawar sekitar 20 minit sedangkan kalau penduduk tahu langkah awal pemadaman api, kebakaran dapat dipadamkan dengan segera. Sebagai contoh, jika kebakaran berlaku dalam kuali, perkara paling mudah adalah dengan menutup dengan tudung aloi (biasa ada di rumah).



Selain itu dengan harga RM120++ pemilik rumah dapat membeli satu tong pemadam api yang diiktiraf untuk menyelamatkan rumah Mawar yang sekarang harga pasaran sekitar RM85 ribu. Kegunaan pemadam api bukannya susah sangat, kanak-kanak pun boleh menggunakannya. Tak boleh angkat, tarik sahaja tong yang tahan lasak itu.

Seterusnya latihan kebakaran diberikan kepada penduduk Mawar. Sebelum semburan boleh dilakukan, pastikan pin keselamatan dicabut. Selepas pin dicabut, lakukan satu cubaan semburan. Satu bunyi 'pop' akan kedengaran jika pertama kali digunakan. Halakan muncung semburan kea arah api serta pastikan ada berada pada posisi mengadap angin. Dengan satu semburan tak sampai 5 saat, apa dapat dipadamkan. Mudah dan ianya mengelak daripada apa melarat. "Tetapi perlu ada keberanian", ujar En Mazlan.

Mesyuarat dimulakan sedikit lewat dengan kehadiran OCS Ramlan (Ketua Balai Polis Bangi), En. Fadzri (Wakil Bangi Height) dan En. Ramli (Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Mawar). Manakala, wakil MPKj tidak dapat hadir.


Mesyuarat dimulakan dengan ucapan daripada En Ramli, Pengerusi Persatuan Penduduk. Beliau antara lain menyeru penduduk dan pemilik sama-sama menyokong JMB agar segala urusan dapat dijalankan dengan baik. Seterusnya akan memberi manfaat semula kepada pemilik dan penduduk.

Seterusnya, OCS Ramlan dijemput (secara spontan) untuk memberi sepatah dua kata (sebab wakil MPKj tak hadir). Beliau juga berharap apa yang JMB lakukan dapat membantu pihaknya menangani masalah jenayah dalam kawasan Mawar. Setakat ini, kes-kes di Mawar didapati sangat kurang dan berharap ianya dapat dikekalkan.

En Rahim, Pengerusi JMB pula mengambil giliran. Beliau menyeru agar pemilik dan penduduk terus membayar wang penyenggaraan dan kutipan lain agar JMB dapat beroperasi pada tahap yang optimum. Beliau juga menegaskan bahawa slogan JMB "Daripada Penduduk, Untuk Penduduk" akan terus didokong dalam perlaksanaan tugas seharian JMB. Sebarang masalah boleh terus dirujuk kepada pejabat JMB atau boleh melalui wakil persatuan penduduk. Ini kerana, setiap mesyuarat JMB, wakil persatuan turut duduk bersama dalam memberi pandangan dan sebagai agen 'check-and-balance".

Majlis berhenti rehat sebentar untuk memberi laluan kepada tetamu kehormat untuk beredar.

Apabila majlis bersambung, pembentangan minit mesyuarat penubuhan dan aktiviti oleh En Khairil dan En Zamzuri. Seterusnya pembentangan laporan kewangan. Seperti kebiasaan ada berberapa perkara dibangkitkan. Akhirnya, majlis dibuka untuk sebarang cadangan atau isu. Sebelum beredar, 4 ahli JMB baru telah dipilih untuk menguatkan JMB.

-Kyreel-

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet