Terkini

Kata Akhir YDP PIBG SRABSP sesi 2012-2014











Assalamualaikum w.b.t.

Ini adalah posting terakhir saya sebagai YDP PIBG SRA.

Selama dua tahun AJK PIBG berkerja keras dengan satu harapan iaitu untuk melihat senyuman di muka anak murid SRA. Lihatlah gambar-gambar ini dan anda akan memahami apa yang saya maksudkan. Bagi saya senyuman mereka lebih berharga dari segala-galanya. Saya juga merasa impian dan hasrat kami sedikit sebanyak telah tercapai.
Saya tidak akan huraikan satu-persatu apa yang AJK PIBG telah melakukan dalam dua tahun yang telah berlalu tetapi saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah membantu saya dan AJK menjalan tugas kami dengan begitu lancar.
Saya juga ingin pohon maaf kalau saya atau mana-mana AJK saya telah menyinggung perasaan sesiapa secara langsung atau tidak langsung.
In Syah Allah, YDP dan AJK baru akan dipilih pada 1 Mac ini untuk menerajui PIBG untuk sesi 2014-16.Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka dan pengurusan sekolah. Ingat dua prinsip AJK sekarang iaitu...'Sedikit-sedikt lama0lama jadi bukit' dan 'Di mana ada kemahuan di situ ada jalan" dengan izin dan bantuan Allah s.w.t.

Sekian, Was salam

Iqbal.

0 comments:

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet