Terkini

Selesai Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2013

Inline images 14

Inline images 1

Inline images 2

Inline images 3

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2013. Program yang berjaya menarik penduduk Bandar Seri Putra ini dengan jangkaan kehadiran sekitar 2,000 orang. Sudah tentunya yang paling seronok adalah anak-anak dengan hidangan ais krim percuma, menaiki jumping castle percuma, penerbangan helikopter dan kapal terbang mini.

Inline images 4

Inline images 5

Inline images 6

Untuk dewasa, hidangan yang disediakan sudah tentu menarik hati. Terdapat set nasi minyak, set soto, set lontong, set laksa, bubur, buah-buahan dan air minuman yang disediakan oleh Hazny Catering.

Inline images 7

Inline images 8

Inline images 9

Inline images 10

Paling utama adalah penantian cabutan bertuah. Lebih daripada 50 hadiah telah disediakan hasil sumbangan peniaga dan warga Bandar Seri Putra. Akhirnya TV 32 inci telah dimenangi oleh warga Melati.

Inline images 11

Inline images 12

Inline images 13

Sesungguhnya bagi pihak penganjur khusunya dan Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra amnya, kami merasa bersyukur kerana sambutan dan sokongan semua. Ucapan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis. Juga paling penting terima kasih kepada semua penyumbang tak kira sumbangan kewangan atau tenaga. Dan akhirnya semua warga kerja yang terlibat. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pemaju Bangi Heights Development yang menyumbang majoriti kos majlis ini. Serta kepada ADUN Bangi, Ustaz Shafie Ngah dan Ahli Majlis Zon 24, Hj. Mazwan. Sesungguhnya tanpa kebenaran Illahi dan semua yang terlibat, majlis kita tidak mungkin semeriah yang dilihat.

Gambar selebihnya di sini: Gambar Majlis Ramah Mesra BSP 2013 dan (14 photos)


Sekian.

Khairil
Pemangku Setiausaha MRMBSP2013 / Setiausaha PPBSP

Senarai penyumbang (maaf jika ada penyumbang yang tidak tersenarai di sini):

Bangi Heights Development Sdn Bhd
ADUN Bangi
Majlis Perwakilan Penduduk MPKj Zon 24
Kafetaria Hazny
Riani Beauty & Spa

UBE Global Sdn Bhd
Petronas Bandar Seri Putra 
Majlis Perbandaran Kajang
Restoran Haseena Maju
Restoran Syedlina
Restoran D'Laden
Poliklinik An-Nur BSP
Klinik Ummu Ammar
Klinik Hasif
Klinik Amal
Bill Marketing Hardware
Pasar Mini EasySmart Ent
Beg Enterprise
Ban Soon Minimarket
BSN Bandar Seri Putra
Farmasi NextStage
7-Eleven
Kedai Jahit Azlan
X-Treamedia
ADT
PASTI Al-Faizin


0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet