Terkini

SRABSP: Bantu Sekolah Agama Mendirikan Surau

Inline images 1

Para Dermawan Yang DiHormati

Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh

Dengan izin Allah swt kami telah berjaya melaksanakan Projek Pembinaan Laluan Berbumbung dari pintu masuk utama sekolah ke bangunan sekolah. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang telah membantu kami menjayakan projek ini.

Kini kami ingin fokuskan usaha dan tenaga kami kepada projek seterusnya iaitu pembinaan Surau yang juga akan berfungsi sebagai dewan untuk kegunaan murid-murid. Sekolah kami ini mungkin satu-satunya Sekolah Rendah Agama yang belum mempunyai surau.

Kos pembinaan dianggarkan bernilai RM165,000.00.

Kami dengan berbesar hatinya mengalu-alukan sumbangan atau wakaf bagi mejayakan projek ini. Sumbangan boleh dibuat secara tunai dengan mengisi borang di bawah atau melalui online ke akaun PIBG, Bank Muamalat, nombor akaun 1408-0000626-717 atau cek yang ditulis atas nama PIBG SRA Bandar Seri Putra dan hantar ke alamat Jalan Seri Putra 2/1, Bandar Seri
Putra, 43000 Kajang, Selangor.

Sebarang pertanyaan sila hubungi saya di 012-656 3033.

Sekian, terima kasih.

Mohammed Iqbal
Yang DiPertua PIBG,
SRA Bandar Seri Putra

Surat Sumbangan dalam bentuk PDF

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet