Terkini

Coretan AGM PPBSP Kali Ke-3 2013.

Inline images 1

Inline images 2

Inline images 3
Jemputan dan perasmi. Mantan Ahli Majlis, Hj, Mazwan; ADUN Bangi, YB Ustaz Shafie Ngah dan Pengarah Operasi Bangi Heights, En Zulkifli Gharib.

Inline images 4
Kehadiran sedikit tetapi berkualiti.

Inline images 5
Mantan YDP menyarungkan windbreaker persatuan kepada YB Ustaz Shafie Ngah

Inline images 6
Perbincangan daripada ahli. Terima kasih kepada semua yang hadir dan menunggu sehingga akhir mesyuarat.

Inline images 7
Barisan jawatankuasa yang diketuai oleh Dato' Annas

Alhamdulillah, semalam berlangsungnya Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra kali ke-3 2013. Bertempat di SRA Bandar Seri Putra, mesyuarat bagaimanapun berkurangan kehadirannya daripada tahun lepas. Angka tidak rasmi kehadiran hanyalah sekitar 70 orang berbanding 204 pada tahun lepas. Sedikit kecewa dengan jumlah kehadiran bagaimanapun ahli yang hadir menunjukkan minat agar persatuan dapat memacu Bandar Seri Putra ke arah bandar yang cantik, aktif dan selamat.

Pembentangan minit mesyuarat tahun 2012, laporan aktiviti dan laporan kewangan berlangsung dengan licin. Alhamdulillah rata-rata ahli berpuas hati dengan apa yang dilaporkan, Satu ingatan dan saranan yang baik oleh ahli agar persatuan dapat lebih erat dengan skim-skim di BSP. Persatuan disaran mencari jalan bagi meningkatkan keterlibatan ketua skim (atau wakil) dalam setiap mesyuarat atau aktiviti persatuan.

Berganjak ke pemilihan jawatankuasa baru. Sesi tersebut berjalan lancar yang akhirnya persatuan mendapat Yang Dipertua yang baru Dato' Annas Khatib Jaafar yang kini menetap di Seriputra5 (SP5). Beberapa nama mengekalkan jawatan dan juga terdapat muka-muka baru. Dr. Azli Ariffin (D'Sentral) adalah Penolong Setiausaha yang baru. Manakala Tuan Jamaluddin Lantara (Vista), Tuan Zulkifli Gharib (Anjung Suasana), Ustaz Abu Zaki (D'Punchak) dan Tuan Mohd Fadzel (SP5) mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Puan Sharifah, Tuan Burhanuddin, Tuan Khairuddin dan Tuan Engku Faizal. Berikut adalah senarai lengkap jawatankuasa.

Jawatankuasa Kerja PPBSP Sesi 2013/2014

Yang Dipertua : Dato' Annas Bin Khatib Jaafar (SP5)
Timb. Yang Dipertua : Mustafa Bin Kasim (Terrace)
Setiausaha : Khairil Bin Anuar (SP5)
Penolong Setiausaha : Dr. Azli Ariffin (D'Sentral)
Bendahari : Tuan Arzock Bin Nasar (Terrace)

AJK
1. Ustaz Nushi Bin Mahfodz (Tropika)
2. Jamaluddin Bin Lantara (Vista)
3. Zulkifli Bin Gharib (Anjung Suasana)
4. Ustaz Abu Zaki Bin Ismail (D'Punchak)
5. Dr. Ishak Bin Ahmad (Terrace)
6. Puan Nursiah Bt Mat Junid (Terrace)
7. Mohd Fadzel Bin Nor (SP5)
8. Hj Nor Halimi Bin Saaidin (Putra Hill)

Pemeriksa Kira-Kira  
1. Hj. Yusoff Bin Yeop (D'Sentral)
2. Sharifah Fadzliah Binti Syed Taha (Princeton)

Dua usul telah diketengahkan semalam. Pertamanya bagi memanjangkan tempoh jawatankuasa daripada setahun kepada dua tahun. Dan yang keduanya meminda perkara 6.1(b) bagi membolehkan setiausaha menghantar salinan laporan dan penyata kira-kira 24 jam sebelum mesyuarat.

Sesi cadangan pula telah mengangkat beberapa perkara seperti pembinaan dewan sebaguna/sukan, clubhouse, tandas awam, central food court, pengurusan lanskap dan isu anjing liar. Selain itu cadangan mewujudkan perpustakaan awam dan taman rekreasi yang mempunyai pelbagai kemudahan bagi semua peringkat umur juga telah dibincangkan. Akhirnya cadangan bagi memohon bantuan pihak polis bagi mengawal lalulintas di persimpangan utama ke tol semasa waktu puncak juga dinyatakan oleh ahli. Perkara ini akan diambil perhatian ahli jawatankuasa bagi tindakan mereka.

Lagi gambar di sini: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151634645083117.1073741856.795508116&type=1

Semoga usaha sedikit daripada warga BSP ini mendapat keredhaan Allah seterusnya memacu Bandar Seri Putra menjadi sebuat kawasan ilmu, bersih, dan cantik. Diharap simbiosis antara persatuan dan ahli khususnya serta warga BSP amnya dapat memjadikan BSP kawasan yang aman dan damai. Ya Allah permudahkan urusan kami.

Khai@BSP

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet