Terkini

Kutipan Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Jan 2013


From: Azizul Jabbar Kamaruddin <azizuljabbar@yahoo.com>


Assalamualaikum,

Dana terkumpul Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim kini mencecah RM3,518,168.94 (berakhir bulan Jan 2013).


Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-39 pada 22 Februari 2013 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:

  • bulan Jan 2013 = RM126,207.58
  • bulan Dis 2012 = RM170,929.68
Pungutan ini masih KURANG DARIPADA SASARAN. Tabung Pembinaan masih memerlukan RM2,981,831.06* lagi. Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sekali lagi menyeru kepada Kariah BSP untuk menambah saham akhirat dengan menyumbang/bersadaqah ke Tabung Pembinaan Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra.

Sedikit Perkembangan Terkini:

JK Teknikal melaporkan hasil perjumpaan dengan kontraktor yang berjaya mendapat tender untuk pembinaan masjid pada minggu lalu.  Ianya dipengerusikan oleh Dato' Timb. Pengerusi JK Pembinaan dan dihadiri sama Pengerusi JK Pembinaan, Ketua JK Teknikal beserta pihak konsultan yang terlibat.
  • Kontraktor telah menerima terma-terma kerja-kerja pembinaan struktur masjid yang akan disiapkan dalam tempoh 15 bulan bermula pada bulan Mac 2013 dengan harga yang telah dipersetujui bersama (termasuk diskaun).
  • Surat tawaran rasmi kepada kontraktor tersebut akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
  • Kerja-kerja pembinaan struktur Masjid Al-Mustaqim dijangka akan bermula pada 1hb Mac 2013

Nota
:

  • Jumlah kutipan yang dilaporkan sebelum ini HANYA MENGAMBIL BAKI TUNAI DALAM AKAUN. Mulai bulan Okt 2012, laporan akan memaparkan JUMLAH SEBENAR YANG DIKUTIP (termasuk perbelanjaan yang telah dikeluarkan)
  • * Bangi Heights telah mengesahkan pledge RM1 juta untuk Tabung Dana Pembinaan Masjid, dan penyerahan wang tersebut kepada JK Pembinaan Masjid akan dilakukan dalam jangka masa terdekat.

Moga-moga Allah s.w.t. memberkati usaha warga Bandar Seri Putra bagi membina rumah Allah ini.


Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA.

    * MAYBANK ISLAMIC 562834-504024.
    * CIMB ISLAMIC 12370000608108.
    * Bank Islam 12029010059585.

SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (5)
Recent Activity:
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA.

    * MAYBANK ISLAMIC 562834-504024.
    * CIMB ISLAMIC 12370000608108.
    * Bank Islam 12029010059585.

SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.

__,_._,___

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet