Terkini

Hari Keluarga BSP 2013: Kayuhan Amal, Sukaneka, Mewarna & Gerai promosi



Sempena Hari Keluarga Bandar Seri Putra 2013 yang akan berlangsung SABTU INI, 16 Mac 2013, pihak penganjur menjemput semua untuk hadir memeriahkan majlis.

KAYUHAN AMAL
Bagi peminat BASIKAL, kami menjemput untuk sama dalam acara Kayuhan Amal. 100 peserta pertama mendaftar akan diberikan t-shirt percuma. Bagaimanapun ianya tertakluk kepada peserta 12 tahun ke atas sahaja. Anak-anak dibawah 12 tahun boleh turut serta tetapi tidak disediakan t-shirt percuma. Sumbangan akan disampai kepada semua surau di Bandar Seri Putra dan Taman Impian Putra. Tabung pembinaan masjid akan juga dibawa untuk sumbangan orang ramai.





Maklumat lanjut dan borang boleh diperolehi di sini: https://docs.google.com/folder/d/0B6bFqkxsXtWnSGhVUmJFMGh1QTQ/edit?usp=sharing&pli=1

MEWARNA
Terhad kepada kanak-kanak berumur kurang 7 tahun (kanak-kanak tadika). Acara ini juga terhad kepada 100 peserta pertama yang akan diberi cenderahati. Hadiah utama akan diberikan kepada 20 peserta yang dipilih oleh juri yang terdiri daripada guru-guru SRABSP. Pendaftaran adalah pada hari acara. Sila ke kaunter pendaftaran pertandingan mewarna untuk mendaftar.

SUKANEKA
Dengan tema "Kembali ke sekolah", acara ini menawarkan 21 jenis sukaneka yang dibuka untuk semua peringkat umur. Ini mungkin mengembalikan ingatan kita suasana kita semasa bersekolah dahulu. Marilah semua turut serta. Semua peserta akan juga dikumpulkan dalam kumpulan rumah (mengikut warna) dan kemenangan rumah berdasarkan mata yang dikutip dalam setiap acara yang dipertandingkan. Jom "Kembali ke sekolah".

Senarai acara yang dipertandingkan:


GERAI PROMOSI
Bagi mana-mana individu, agensi korporat atau agensi kerajaan yang ingin membuat sebarang promosi (contoh: takaful, ASB, Nestle, bank, persatuan db), kami sangat alu-alukan. Jika berminat bolehlah menghubungi 012-2655203. Maaf, jualan runcit tidak digalakkan.

Moga dengan acara ini akan menambah ikatan kekeluargaan antara kita.

"Hidup Bermuafakat, Kejiranan Bertambah Berkat"

0 comments:

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet