Dipetik daripada blog Mazidul.
Kamal Affandi perlukan wang segera untuk rawatan penyakitnya. Baca dibawah.
    
     by noreply@blogger.com (Mazidul Akmal Sidik)     "Pagi tadi saya bangun terasa macam James Bond, die another day," ujar Kamal Affandi Hashim.
Saya   bertemu dengan penganalisis jenayah itu semalam sewaktu sesi perintis   CakapDotCom berlangsung. Kami berada bersamanya tahu, dia berkata begitu   kerana fikirannya tertekan dan jiwanya sedikit terganggu namun dia   tetap gigih berkongsi pengalaman dalam bidang pengucapan awam.
Lihat wajahnya semalam ...
    
Mengenali   Kamal buat sekian lama, saya yakin beliau amat tidak sihat tetapi   sedaya upaya cuba menampilkan keceriaan di sepanjang sesi berlangsung.
Seperti   diketahui ramai, Kamal disahkan oleh doktor pakar mengidap penyakit   AVM, lebihan urat di kepalanya kini mengganggu koordinasi tangan kanan   dan beliau terpaksa menanggung pening kepala tahap kritikal. 
Beliau   sepatutnya menjalani pembedahan di hospital hari ini namun terpaksa   ditangguhkan ke tarikh belum pasti akibat syarikat insuran dilaporkan   tidak menanggung kos pembedahan masalah congenital.
Sebentar tadi, Kamal memaklumkan saya, ramai individu telah menghulurkan sumbangan ikhlas kepadanya.
    
Jumlah wang terkumpul kini, RM2,430.
    
Untuk menjalani pembedahan dalam kadar segera, Kamal memerlukan kira-kira RM38,000 lagi.
    "Esok   saya kena bekerja sekejap untuk menambah dana terkumpul. Kalau kejadian   buruk berlaku, sedekahkan sahaja sumbangan disalurkan, kepada mereka   memerlukan," pesannya. 
"Don't die on me! And don't you ever say that again," balas saya.
    
Saya benci, apabila sahabat berkata begitu biarpun jika Kamal menganggap itu cuma satu gurauan.
" ... but kalau sudah ketentuanNya, I would go in peace knowing I have had a friend like you," celahnya. 
    
Sahabat saya Razali Harun kemudian berkongsi antara kisah berlaku semalam.
    "Selepas   tamat sesi CakapDotCom, dia (Kamal) meminta peserta, Amelia Shafer   merekodkan lagu dinyanyikannya secara langsung menggunakan kamera   telefon bimbit. Kalau Allah menjemput ku, nanti mainkan lagu ini. Dia   menyanyi bersungguh-sungguh, lengkap dengan gaya sekali," kongsi Razali.
Mengenali   sifat gemar berjenaka Kamal, saya tidak berasa hairan dengan   tindakannya itu. Namun saya terpaksa menerima hakikat akan derita   ditanggungnya.
Saya muatnaikkan lagu asli dinyanyikan oleh sahabat saya itu biarpun suaranya tidak selunak suara penyanyi asal lagu terbabit.
    
Popout
Selama   ini Kamal tanpa jemu berkongsi pelbagai panduan mencegah kes jenayah   bersama ramai audien di seluruh negara termasuk pekerja syarikat   korporat, kakitangan kerajaan, ahli parti politik dan masyarakat. 
... panduan berkebarangkalian mampu menyelamatkan banyak nyawa.
Bilangan penduduk Malaysia kini lebih 28 juta orang.  
    
Jika   saya mengandaikan jumlah itu lebih kecil, 38,000 dan setiap daripada   kita menyumbang RM1, Kamal bakal berpeluang dibedah dalam tempoh   terdekat. 
Izinkan Kamal terus berceramah untuk memastikan masyarakat kita berada dalam keadaan lebih selamat.
Pembaca budiman ...
Sila sebarkan kandungan entri ini secepat mungkin, semoga misi ini berjaya dilaksanakan.
    
Akaun Kamal Affandi Hashim, Public Bank 4007 85 2927 dan   dalam keadaan terkini beliau tidak mempunyai masa untuk membuka akaun   di bank lain. Melalui pengalaman terdahulu, Maybank  menyekat akaun   sekiranya lebih 20 transaksi berlaku dalam tempoh 24 jam.
Mewakili Kamal, saya mengucapkan terima kasih kepada semua sudi membantu.
    Salam.
SILA HEBAH DAN KONGSIKAN ENTRI INI DI FACEBOOK
  
 
0 comments:
Catat Ulasan