Terkini

Terima kasih memeriahkan Majlis Sarapan Aidilifitri SRABSP

Inline images 1

Alhamdulillah pada 15 September (Sabtu baru-baru ini), Persatuan Ibubapa dan Guru Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra (PIBG SRABSP) telah mengadakan acara tahun "Majlis Sarapan Aidilfitri". Sambutan tahun ini sangat luar biasa dengan kehadiran jemputan yang ramai. PIBG SRABSP ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan majlis termasuk ADUN Bangi, YB Dr Shafie; Ahli Majlis Zon 24, Hj Mazwan; Mantan YDP, Tuan Lokman Md Sarip; Tuan Norizan, Pegawai Bangi Heights Development Sdn Bhd dan lain-lain yang mungkin saya tidak sebutkan di sini.

Merenung kembali keputusan mengadakan Majlis Sarapan Aidilifitri membolehkan jemputan secara santai hadir di pagi hari untuk menikmati sarapan. Majlis ini sangat unit kerana sukar dijumpai majlis sarapan. Mungkin itu sebabnya ramai yaang hadir memeriahkan majlis. Idea tersebut juga sangat menarik sebab sepanjang Syawal ramai yang menerima jemputan tengahari, petang dan malam. Penyediaan sarapan membolehkan tetamu hadir dalam kesibukan memenuhi jemputan Aidilifitri yang lain.

Berikut petikan dari blog ADUN Bangi:

Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2012/09/berhariraya-dari-sra-ke-kopleks.html

Pagi ini Adun memilih hadir terawal ke jemputan SRA bertempat di Kantin SRA Bandar Seri Putra, BBB mulai jam 9.00 pagi bagi menyertai Sarapan Eidul Fitri di Sekolah tersebut. Kesampaian kami disambut oleh Guru Besar Sekolah Ustaz Khairul Amri, dan Encik Mohd Iqbal Pengerusi PIBG, Turut hadir AJK PIBG, Guru-guru, ibu bapa dan murid-murid yang memenuhi kawasan kantin. Mereka sedang memilih kuih raya menyerikan penyertaan raya. Dalam percakapan dengan YDP dan Guru Besar Adun dimaklumkan bahawa SRA Bandar Seri Putra yang mula dibuka pada tahun 2010 itu kini mempunyai seramai 1,600 orang murid.

Kehadiran Adun diberi penghormatan berucap. Adun berterima kasih di atas peluang diberi dan sukacita melihat kerjasama erat antara PIBG, guru-guru Sekolah dan juga ibu bapa. Dengan kerjasama ini memudahkan kegiatan-kegiatan yang diadakan seperti Sambutan Hariraya pada pagi ini dan juga kegiatan-kegiatan yang lain yang terus diadakan dari semasa ke semasa. Adun mendapat maklumat, Sekolah ini meningkat prestasinya dari setahun-ke setahun. Adun berharap SRA Bandar Seri Putra akan menjadi SRA terbaik di Hulu Langat atau sekuarng-kurang di kawasan DUN Bangi yang dapat meningkat imej BBB sebagai Bandar Ilmu, khususnya dalam bidang keagamaan.


Inline images 2

Gambar-gambar yang dirakamkan oleh pembantu ADUN boleh dilihat disini:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.494659717211703.119843.100000030372738&type=1

Gambar dibawah adalah hasil rakan wakil PIBG.

Inline images 3
Mantan YDP juga turut hadir.

Inline images 4
Aiskrim antara menu yang dihidangkan menarik perhatian kanak-kanak.

Inline images 5
Anak-anak hadir berbaju melayu lengkap

Inline images 6 Inline images 7
Inline images 8 Inline images 9

Inline images 10
Orang ramai yang memeriahkan majlis

Inline images 11
Majlis turut dimeriahkan oleh alunan kumpulan nasyid sekolah

Inline images 12
Beratur untuk menikmati aiskrim

Inline images 13
Guru-guru yang membantu menyenduk makanan.

Gambar selebihnya di sini: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10151091237728863.455639.179473523862&type=1

Inline images 14

Inline images 15

Inline images 16

Disamping itu, PIBG juga dalam usaha untuk mendapatkan sumbangan bagi Projek Pembinaan Gajah Menyusu (biasa dipanggil Susur Gajah atau laluan berbumbung) untuk kemudahan anak-anak memasuki sekolah. Kami menjemput mana-mana individu, badan korporat atau pihak kerajaan untuk turut memberi sumbangan bagi menyempurnakan projek ini.

- PIBG SRABSP-

0 comments:

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet