Terkini

[Blog Adun Bangi] Nostalgia & Cemburu Di Surau Sayyidina Umar Al-Khattab Ketika Berhari Raya

http://drshafie.blogspot.com/2012/09/nostalgia-cemburu-di-surau-sayyidina.html


Nostalgia & Cemburu Di Surau Sayyidina Umar Al-Khattab Ketika Berhari Raya

Bandar Seri Putra, 21 Syawal 1433 = 08 September 2012 (Sabtu):

Minggu ketiga Syawal ini boleh dikatakan puncak dari segi mengadakan sambutan Hariraya Eidul Fitri. Dari belasan jemputan pada hari ini, Adun memberi keutamaan menghadiri jemputan Hariraya Surau Sayyidina Umar Al-Khattab di Jalan Seri Putra 2/3E, Bandar Seri Putra, Bangi. Keutamaan diberi oleh kerana ini adalah pertama kali bagi Adun hadir ke Surau ini selepas menghadiri acara pecah tanah bagi surau ini pada

Tahun 2009 dilakukan oleh YAB Dato` Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim. Tiba ke surau jam 10.00 pagi disambut oleh Tuan Haji Mazwan Johor Ahli MPKj, Tuan Dr. Abdul Rani Pengeran Othman (Pak Rano) Pengerusi Surau, Ustaz Abu Zaki Ismail, Penolong Pengerusi yang juga Imam Satu Surau, AJK dan para ahli kariah bagi Surau Sayyidina Umar Al-Khattab. Sebaik sampai kami (barsama saudara Azizi) dipersilakan terus untuk menikmati juadah hariraya di bawah khemah di pekarangan surau sambil bercakap-cakap dengan Tuan Pengerusi – Pak Rano dan Tuan Haji Mazwan. Selepas minikmati jamuan, kami diiringi ke dalam surau bagi mengikuti Majlis Rasmi. Majlis bermula dengan pembacaan do`a oleh Ustaz Abu Zaki Ismail Timbalan Pengerusi dan Imam

Berikutnya ucapan alu-aluan oleh Pak Rano yang mengucapkan terima kasih di atas kehadiran Adun, juga jemputan dan orang ramai. Beliau menerangkan surau yang dipecah tanah pada tahun 2009 diikuti pembinaan pada 2010 dan mula dapat digunakan pada 2011. Menurutnya, ``Ini bererti dua kali Ramadhan surau ini dapat digunakan.`` Tambah Pak Rano, ``Al-Hamdulillah peranan dan kegiatan surau terus makmur sejak dibuka. Para jamaah Subuh paling tidak dua baris.Pengajaran-pengajaran dan ceramah-ceramah berterusan diadakan``. Menurut Pak Rano, ``Buat masa kini kami memerlukan sebuah padang futsal berdekatan dengan surau bagi menarik kalangan anak muda datang ke surau. Tanah bagi keperluan futsal telah wujud, iaitu sebanyak 1/2 ekar. .Juga diperlukan ialah sebuah Dewan Orang ramai serba guna. Menurut Pak Rano perumahan dikeliling surau ialah sebanyak 800 buah yang jumlah penduduk adalah lebih kurang seramai 4,000 orang. Untuk kemudahan pelajaran di sini juga diperlukan sebuah lagi Sekolah menengah bagi kemudahan anak-anak belajar.``

Berikutnya Adun dijemput menyampaikan ucapan. Adun berterima kasih di atas jemputan hariraya yang membolehkan Adun hadir di sini bersama. Pertama kali Adun hadir ialah pada upacara memecah tanah bagi didirikan Surau Sayyidina Umar Al-Khattab ini. Adun masih ingat ianya dilakukan oleh YAB Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim yang terus datang dari lapangan terbang KLIA merasmikan tapak surau ini. Antaranya dengan menanam pokok. Adun berterima kasih di atas kerjasama penduduk dapat menyiapkan Surau yang Adun difahamkan dapat memuatkan jamaah lebih kurang 500 orang. Secara nostalgic Adun menyebut bahawa keterlibatan Adun dengan Bandar Seri Putra sejak awal Bandar ini didirikan pada 2001. Pada masa itu Adun sebagai Wakil Rakyat Kajang yang Bandar Baru Bangi dan Bandar Seri Putra termasuk di bawah Dun Kajang. Adun sering melawat kawasan ini. Adun pernah berbincang dengan Pemaju mengenai kemudahan asas dan keselamatan.Pada peringkat permulaan ramai dari pemilik-pemilik rumah enggan berpindah oleh kerana belum mempunyai kemudahan asas. Mereka datang pada hujung minggu. Yang mula berpindah sering membuat aduan berlaku pecah rumah. Keperluan Sekolah, Balai Polis, Klinik dan kemudahan-kemudahan yang lain antara perkara-perkara yang dibincangkan. Setelah lebih dari sedekad dihuni, Al-Hamdulillah Bandar Seri Putra menjadi Bandar yang teratur dan bersih – lebih teratur, bersih dan lebih cantik dari Bandar baru Bangi. Inilah yang menjadikan Adun cemburu terhadap Bandar ini. Ini berkat kerjasama antaranya dengan Ahli MPKj yang kita lantik Tuan Haji Mazwan Johar.

Adun juga menyebut bahawa Bandar Seri Putra (BSP) mirip semacam Bandar Baru Bangi (BBB). Kedua-duanya mempunyai ciri yang sama

  • BBB dan BSP adalah Bandar baru yang tiada siapa dapat mendakwa dia adalah orang asal. Kedua-dua tempat berasal dari ladang kelapa sawit dan getah.
  • 95% penduduknya adalah orang Melayu (Islam)
  • Merupakan Bandar Ilmu. BBB mempunyai pusat pengajian tinggi UKM dan beberapa yang lain dan BSP mempunyaiu KUIS.
  • Penduduknya dari kalangan intelektual yang mementingkan ilmu. Mereka dari golongan menengah atas dan sederhana. Lebih mudah berurusan
  • Mementingkan kehidupan secara Islam. Kedapatan banyak surau yang sentiasa dimakmurkan.

Adun mengingatkan bahawa kita seharuskan bersyukur kepada Allah berada di Bandar yang bersih dan aman. Tapi sebagai satu masyarakat yang berjaya, kita tidak boleh berpuashati dengan apa yang dicapai. Penduduk perlu bergerak aktif, sama memberi pandangan dan buah fikiran bagi meningkatkan kualiti hidup dan melengkapkan apa yang belum sempurna seperti keperluan kepada sebuah lagi Sekolah menengah, perlukan dewan dan sebagainya dengan membuat permohonan dan desakan melalui persatuan atau melalui AJK Surau dan sebagainya. Penduduk perlu memberi perhatian terhadap masa depan anak-anak kita yang akan menghadapi lebih banyak cabaran. Kepentingan pelajaran mereka perlu diberi perhatian dengan mengadakan kelas bimbingan – termasuk bidang agama melalui surau dan sebagainya. Berhubung dengan pembinaan padang futsal Adun bersedia bekerjasama memberi sedikit peruntukan bagi pembinaan asas dengan syarat mendapat kebenaran tapak berkenan untuk digunakan – walaupun secara sementara.

Majlis pada pagi ini dihiburkan dengan lagu-lagu nasyid dan qasidah dari pelajar-pelajar Tahfiz Asy-Syakirin yang beroperasi berdekatan Surau Asy-Syakirin, iaitu sebuah surau yang dibenarkan mendirikan Solat Jumaat di sini.

Dalam majlis ini Adun menyediakan bahan-bahan bantuan kepada warga emas, ibu tunggal dan mereka yang daif, manakala pihak surau menyediakan duit raya kepada anak-anak dan pelajar Tahfiz.

Sekian.


Nota: Ya, BSP sangat memerlukan padang futsal dan dewan orang ramai / kompleks sukan. Persatuan penduduk pun amat gembira kalau ada yang dapat membantu sehingga terbinanya dua tempat ini.

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet