Terkini

TINDAKAN PERTAMA-MASALAH PERSEKITARAN BANDAR SERI PUTRA


From: Engku Faizal Annuar Engku Husin <engkufaizal@yahoo.com>


 
31/07/2012
 
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
Bandar Seri Putra
43000 Kajang Selangor.
 
Tuan Hj Mazwan B Johar
Ahli Majlis Zon 24
Majlis Perbandaran Kajang
Selangor
 
Tuan,
 
PER : MASALAH PERSEKITARAN YANG TIDAK TERURUS.
___________________________________________________________
 
Mengenai perkara diatas dirujuk. Pihak persatuan dengan sukacitanya memohon pihak Majlis
menyelesaikan beberapa perkara yang berkaitan dengan aduan dari penduduk Bandar Seri Putra.
 
1.       Keadaan lanskap kurang memuaskan dan memohon pihak mpkj mengatasinya dgn segera.
 
a.       SEPANJANG PERSIARAN BANDAR SERI PUTRA 1 DAN 3 sehingga sekolah SK Bsp.
(pokok bunga pagar harus ditrim dan mencantas beberapa pokok yang mengganggu lampu jalan diwaktu malam)
 
2.       Pokok Besar harus di tebang. (PUTRA HILL RESIDENT)
a.       Di dalam kawasan lot banglo.
(beberapa batang pokok telah memecahkan longkang dan hampir dgn paip air)
Banyak aduan dibuat oleh Pengerusi Skim tersebut iaitu Dato Zakaria tetapi sehingga sekarang masih tiada kata putus dari pihak Mpkj.
 
3.       Kawasan kedai setingkat di Jalan 3 dan Kedai 3 tingkat di Jalan 1
(kawasan tersebut perlu di beri perhatian pihak majlis bagi membersihkan tempat tersebut sentiasa memandangkan kawasan tersebut adalah tumpuan penduduk membeli barang)
-Kontractor tidak membersihkan malah meninggalkan bungkusan sampah kerja setelah selesai memotong rumput dan mengutip sampah. Banyak bungkusan plastic biru ditinggalkan di beberapa sudut sehingga anjing membongkarnya yang menyebabkan sampah sarap bertaburan semula.
 
Diharap perkara tersebut dapat diatasi oleh pihak Majlis dengan sebaiknya memandangkan dahulu semasa penyelenggaraan oleh pemaju keadaan persekitaran amat baik dan setelah diserahkan kepada MPKJ banyak tempat tidak dijaga dengan daun kering dan sampah sarap bertaburan sana sini.
 
Kerjasama tuan, Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra ucapkan ribuan terima kasih.
 
Sekian,
 
 
 
 
……………………………………………
Engku Faizal Annuar Bin Che Engku Husin
Ketua Biro Alam Sekitar
Bandar Seri Putra
__._,_.___

0 comments:

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet