Terkini

PELAN KESELAMATAN HARI RAYA 2012M/1433H

Inline images 1

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Dalam suasana menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) dengan kerjasama persatuan-persatuan / skim taman, pemaju dan pihak berkuasa akan melaksanakan projek yang dinamakan Pelan Keselamatan Hari Raya 2012M/1433H.

Untuk makluman, perancangan projek ini telah pun diutarakan kepada semua ketua-ketua skim. Sehingga setakat ini ENAM SKIM telah bersetuju untuk turut serta, Alhamdulillah.

Disini bagi pihak PPBSP menyeru agar skim-skim yang belum menyatakan persetujuan agar segera menyatakan persetujuan agar memudahkan persatuan memuktamatkan perjanjian dengan syarikat keselamatan yang akan dilantik. Disamping itu, persetujuan skim-skim juga akan menampakkan KESATUAN, PERSEFAHAMAN, SETIAKAWAN dan KESEPADUAN penduduk BSP terutama dalam isu KESELAMATAN yang tidak diambil enteng oleh semua penduduk BSP.

Disamping itu persatuan juga menyeru agar skim yang KURANG BERSETUJU dapat MEMPERTIMBANGKAN SEMULA keputusan mereka serta tampil dengan sebarang CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN jika ada. Seterusnya TURUT SERTA dalam projek ini.

Untuk maklumat lanjut atau kertas kerja yang lebih terperinci, silalah berhubung terus dengan Ketua Biro Keselamatan PPBSP, Tuan Mohd Khairuddin Yasim ditalian (019-2462-139) atau emailkan kepada khai@bandarseriputra.com.

Dibawah ini diselitkan ringkasan kertas kerja yang telah diedarkan kepada semua skim untuk penilaian semua.

KESELAMATAN KEJIRANAN TANGGUNG JAWAB BERSAMA

======================

PELAN KESELAMATAN HARI RAYA 2012M/1433H

1.0 PENDAHULUAN

Umat islam di Malaysia akan menyambut 1 Ramadhan Almubarak pada  minggu ke3 Julai 2012 dan sebulan kemudian, Syawal akan menjelma. Dalam kontek penduduk Bandar Seri Putra (BSP), komposisi penduduk yang beragama Islam adalah dalam sekitar 95%. Bila Syawal menjelma, majoriti penduduk Islam akan menziarahi ibu-bapa, sanak saudara dan sahabat handai terutamanya yang berada di kampung halaman.

Keselamatan terhadap aset dan persekitaran semasa ketiadaan kebanyakan penduduk BSP perlu dipertingkatkan. Ini berdasarkan kejadian pecah rumah dan kecurian di luar musim perayaan yang boleh dikategorikan dalam keadaan membimbangkan di BSP. Pengamatan pada tahun sebelumnya dan trend yang dihadapi oleh kawasan perumahan di Selangor juga menunjukkan aktiviti-aktiviti berunsur jenayah ini akan meningkat apabila tibanya musim perayaan.

Berdasarkan keperluan diatas, maka AJK Keselamatan, Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra mencadangkan Pelan Keselamatan Hari-Raya 2012M/1433H kepada semua skim-skim di BSP agar dapat dipertimbangkan.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan keselamatan di BSP ketika ramai penduduk BSP di luar BSP untuk menyambut hari-raya.
2.2 Membentuk kerjasama antara AJK Keselamatan PPBSP dengan AJK Keselamatan skim- skim BSP, pemaju dan pihak berkuasa.

3.0 NAMA PROGRAM
"PELAN KESELAMATAN HARI-RAYA 2012M/1433H"

4.0 TEMA PROGRAM
"KESELAMATAN KEJIRANAN TANGGUNG JAWAB BERSAMA"

5.0 SASARAN (PENGLIBATAN)
Semua skim di BSP, termasuklah skim-skim yang telah mempunyai pengawal keselamatan. sebagai tanda kebersamaan dan tambah nilai.

6.0 ANJURAN
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) dengan kerjasama persatuan-persatuan / skim taman, pemaju dan pihak berkuasa.

Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.


0 comments:

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet