Terkini
SRABSP - Majlis Sarapan Aidilfitri
Jemputan ke Majlis Ramah Mesra BSP 2012 dan Mohon Sumbangan
Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2012
Tema : Jiran Didahulukan, Kesepakatan Di utamakan
Tarikh : 23 September 2012
Masa : 10.00 pagi – 2.00 petang
Tempat : Padang Permainan dan Rekreasi SP5 Bandar Seri Putra
Hasil kejayaan menganjurkan program Ramah Mesra Bandar Seri Putra 2010, Persatuan Penduduk bandar Seri Putra (PPBSP) merancang untuk mengadakan program yang sama pada tahun ini. Program yang sama dalam tahun 2010 telah berjaya mengumpul 1,000 kehadiranwarga Bandar Seri Putra. Tahun ini pula dianggarkan 1,500 orang akan menghadirinya.Aturcara majlis dilampirkan dalam lampiran.
Sukacitanya, pihak kami ingin memohon sumbangan pihak tuan untuk memeriahkan program kami ini.
Pihak PPBSP juga mengharapkan sumbangan atau penajaan daripada mana-mana pihak kerajaan, swasta atau individu untuk majayakan program kali ini. Sebarang sumbangan dalam bentuk wang ringgit atau apa sahaja bentuk (hamper, voucher penginapan, voucher pembelian dsb amat dialu-alukan) boleh dimajukan kepada pengarah program, tuan Arzock Nassar atau bendahari program tuan Mustafa Kassim (rujuk dibawah).
Pihak PPBSP juga menjemput mana-mana entiti untuk menyewa tapak gerai (10 tapak disediakan). Penyewaan tapak boleh berurusan dengan tuan Mustafa Kassim (rujuk dibawah).
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pengarah program tuan Arzock Nassar (012-219-5909,arzock@ymail.com) atau bendahari program tuan Mustafa Kassim (016-369-2443).
ARZOCK NASSAR
Pengarah Program
ATURCARA MAJLIS
10.00 pagi
- Pendaftaran mengikut taman/skim
- Ucapan pengerusi majlis
- Doa pembuka
- Ucapan alu-aluan YDP PPBSP
- Ucapan perasmian
- Jamuan, persembahan, kuiz, cabutan nombor berhadiah
- Tamat
AHLI JAWATANKUASA PENGANJURAN
1. Pengarah: Arzock Nassar ( Putra Terrace)
2. Timb Pengarah: Hj Norhalimi
3. Setiausaha: Ramli Taib
4. Bendahari: Mustafa Kassim
5. Ketua Dana dan Sumbangan: Arzock Nassar- PHR
6. Ketua Tajaan peniaga dan kilang: Arzock Nassar- PHR
7. Ketua Iklan dan promosi maya: Khairil Anuar – D'Puncak Putra & Nusa
8. Ketua Iklan dan promosi terbitan: Azizul Jabar – D'Puncak Putra & Nusa
9. Ketua Jemputan dan protokol: Ahmad Yusof/Mustafa/Datuk Zakaria
10. Ketua Keselamatan dan lalulintas: Khairuddin Yassim – Seri Mawar
11. Ketua Kebersihan: Rosli Ramli – PKPM dan Seri Melati
12. Ketua Logistik/PA sistem: Engku Faizal/Sharizat – Puncak Aman & Anjung Suasana
13. Pengacara majlis: Us Nushi
14. Ketua Pengisian persembahan: Burhanuddin Mahwal – Putra Villa, D'Puncak Unggul
15. Ketua Juri cabutan nombor: Ramizi Mohamed/Major Qayyum -Putra Tropika
16. Ketua Makanan: Hjh Nursiah/Kapt A Rahman/Harina – Dahlia dan Vista
17. Ketua Minuman: Khair Daros/Bakar Sohit – SP5, D'Sentral dan Acasia
18. Ketua Pendaftaran: Ishak Ahmad – Putra Terrace, Rimbun Suria, Castenea
19. Ketua Tapak gerai: Mustapha Kassim – Acasia n Laman Indah
20. Ketua Doa: Us Nushi
21. Ketua Hadiah: Hjh Nursiah/Hjh Faridah/Hjh Sharifah - Princeton
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.
Alhamdulillah: BSP Tiada Kejadian Yang Tidak Diingini
============================
Salam. Dari tarikh 16/8/2012 sehingga pagi ini 27/8/2012 insyaAllah tiada apa apa jenayah termasuk kejadian pecah rumah kawasan Bdr Seri Putra. Bkt Mahkota satu sahaja berlaku dikawasan berpegawal 24 jam. Terima kasih atas sokongan pengawalan yang di adakan kepada semua skim keselamatan taman dan persatuan induk SP. Amat diharapkan kerjasama pencegahan jenayah akan berterusan. Wassalam. (Dari Ketua Balai Polis Bangi).
Pokok Bunga Persiaran 3 Bsp
Merujuk perkara di atas...ppbsp telah memohon peruntukan kepada Ahli Majlis Mpkj Tn Hj Mazwan utk trim pokok bunga dari hj tapha ke Sk bsp
Ketua Biro Pembangunan dan Alam Sekitar
Ucapan Hari Raya YDP PPBSP
Segala puji bagi Allah pemilik kerajaan langit dan bumi. Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad serta ahli keluarga baginda, para sahabat yang setia dan seluruh kaum muslimin dan muslimat. Sempena hari yang mulia pada 1 Syawal 1433H ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Bagi pihak diri saya sendiri dan seluruh ahli jawatankuasa PPBSP
Syukur kepada Allah SWT pada bulan Ramadhan kali ini jumlah ahli berkunjung berterawih lebih ramai di semua surau Bandar Seri Putra. Tahniah kepada saudara sekelian dan juga kepada semua pengerusi dan ahli jawatankuasa surau-surau di Bandar Seri Putra yang telah mengatur berbagai aktiviti dengan jayanya seperti tazkirah, terawih dengan imam hafiz, berbuka puasa, more, tahlil arwah, tadarus dan qiyamulail.
Bagi mereka yang balik kampung, kami mengucapkan selamat pergi dan selamat pulang. Berhati-hati di jalan raya dan pandu kenderaan dengan sifat kasih sayang, ceria, sabar dan saling memaafkan. Juga jangan lupa kunci semua pintu dan tingkap rumah, simpan semua barang yang berharga di tempat yang selamat dan serah borang balik kampong di balai Polis sebelum berangkat pulang.
Alhamdulillah PPBSP telah menjadi pengajur Bazar Ramadhan BSP musim ini dengan tempat baru. Sebagi penganjur baru yang diketuai oleh Ketua Biro Ekonomi, kami sedia menerima teguran dan cadangan bagi menambahbaik bazar yang telah menarik banyak pengunjung.
Untuk musim cuti hari raya ini, satu program keselamatan anjuran bersama PPBSP, pihak pemaju, persatuan-persatuan penduduk, wakil skim taman dan pihak berkuasa akan dijalankan. InsyaAllah dengan muafakat semua pihak, kita doakan agar Bandar Seri Putra akan mencatat rekod sifar jenayah pada musim cuti kali ini. Jika program ini yang diterajui oleh Ketua Biro Keselamatan PPBSP berjaya, kita berharap semua pihak yang berkepentingan akan meyokong sepenuhnya untuk diteruskan bagi masa hadapan.
Dengan izin Allah, akhir kata kita berjumpa di Majlis Ramah Mesra BSP 2012 pada 23 September 2012 di padang permainan dan rekreasi SP5, Bandar Seri Putra.
Sekian wabillahi taufik walhidayah wassalamu alaikum warahmatullah.
HAJI AHMAD BIN YUSOF
YANG DIPERTUA PPBSP
Gambar Majlis Berbuka Puasa Surau Al-Hijrah dan Tazkiran Sahabat Palestine
Assalammualaikum.
Alhamdulillah semalam telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa serta tazkiran daripada sahabat Palestin kita di Surau Al-Hijrah. Terima kasih diucapkan kepada penaja, Maybank Islamic serta penyumbang-penyumbang yang lain selain daripada semua yang membantu menjayakan majlis semalam.
Tetamu telah dihidangkan dengan menu kambing golek, kambing bakar, char kwey tiew, nasi, ayam kurma, kacang panjang serta buah-buah dan kuih-muih. Marilah kita bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan kepada kita. Disertakan gambar sebagai kenang-kenangan semua.
Majlis turut dihidang dengan pengisian rohani, tazkirah daripada sahabat Palestine kita. Sahabat tersebut memohon agar kita terus mendoakan kejayaan perjuangan mereka mempertahankan bumi Palestine yang telah-sedang dirampas daripada mereka. Disamping bantuan sokongan seperti kewangan bagi mereka menyediakan kelengkapan dalam perjuangan mereka.
Sebarang sumbangan boleh disalurkan melalui Tabung Haluan Palestine (BIMB: 14-023-01-003429-2 atau Maybank: 5644-9020-8528).
Gambar selebihnya di sini: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10152026792910176.891824.329327610175&type=1
16, 17 Ogos cuti berganti persekolahan
16, 17 Ogos cuti berganti persekolahan
KUALA LUMPUR - Jemaah Menteri bersetuju supaya 16 dan 17 Ogos ditetapkan sebagai cuti berganti persekolahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 19 Ogos.
Perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Kabinet Rabu lepas, kata Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan hari ini.
"Dengan ini, semua pihak mempunyai tempoh masa mencukupi bagi merancang perjalanan pulang dan seterusnya dapat mengurangkan kesesakan jalan raya," katanya.
Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran membenarkan sekolah untuk memohon cuti berganti melalui pendaftar masing-masing untuk kelulusan.
Bagi tujuan penyelarasan, kementerian itu mencadangkan supaya cuti berganti persekolahan 16 Ogos diganti pada Sabtu, 8 September manakala cuti berganti 17 Ogos diganti pada Sabtu, 22 September.
"Pihak sekolah hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya pada hari Sabtu berkenaan sebagai hari ganti persekolahan mengikut jadual waktu hari yang terlibat dengan hari cuti berganti tersebut," kata kenyataan itu. - BERNAMA
Edaran Bubur Lambuk Percuma - Terakhir Khamis depan.
As-Salam Semua Penduduk Yang Dihormati.
Dimaklumkan bahawa Bangi Heights Development akan mula cuti hari raya pada 17 Ogos 2012, maka dengan ini edaran bubur lambuk percuma pada hari Jumaat, 17 Ogos 2012 adalah dibatalkan dan digantikan pada hari Khamis, 16 Ogos 2012 bermula jam 4.30 petang.
Sila hebahkan kepada semua komuniti supaya datang beramai-ramai mengambil bubur lambuk pada 16 Ogos 2012.
Tuan Khairil,
Bantuan tuan untuk perluaskan hebahan ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
Norizan bin Hj Sulaiman
Senior Executive - Security
Bangi Heights Development Sdn Bhd
34, Jalan Seri Putra 1/2
Bandar Seri Putra
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-8927 1611 Samb 320
HP: 019-378 3778
Masya-Allah, porgram yang hebat (Infaq Fund 2012)
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Saya terpanggil untuk kongsikan secebis usaha salah sebuah tadika di Bandar Seri Putra yang menyerapkan unsur yang positif kepada anak-anak dari segi mengumpul dana dan seterusnya menyampaikan wang itu sendiri kepada mereka yang memerlukan. Ini secara tidak langsung memberikan pendedahan positif kepada anak-anak tentang kesengsaraan dan kesusahan yang ditanggung oleh yang tidak berkemampuan.
Yang menarik bagi saya, adalah kerana saya sendiri tidak pernah didedahkan perkara begini sepanjang persekolahan saya dulu. Dan mereka sejak kecil telah didedahkan sifat-sifat murni membantu mereka yang susah lagi memerlukan. Tahniah kepada Al-Fatih Integrated Preschool.
Diharap usaha ini menjadi batu loncatan kepada organisasi yang lain untuk terus membantu mereka yang kurang kemampuan.
Semua gambar diatas dan selebihnya ada di sini dan kepunyaan pemilik gambar tersebut (Islamic Relieaf dan Al-Fatih Integrated Preschool) :
https://www.facebook.com/media/albums/?id=176403269077162
-Khai-
Borang Balik Kampung dan Tip-tip PDRM
Sila serahkan borang dibawah ke balai polis terdekat (Balai Polis Bangi, Bandar Seri Putra).
Insya-Allah pegawai Polis akan meronda dan masukkan notis makluman rondaan dalam peti surat.
Ini salah satu langkah keselamatan kita.
Disamping itu, Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) dengan kerjasama skim-skim Bandar Seri Putra (BSP) juga mengadakan kawalan keselamatan Aras Pertama dengan mengadakan pengawal keselamatan meronda sekitar BSP semasa tempoh perayaan.
Diharap dengan usaha semua yang sedikit ini, keselamatan BSP akan lebih baik.
Borang Balik Kampung:
http://www.rmp.gov.my/filebase/document/40773_BORANG_MAKLUMAT_BALIK_KAMPUNG.pdf
TIPS PENCEGAHAN JENAYAH: PECAH RUMAH
====================================
Daripada PDRM
Bila kes pecah rumah sering berlaku?
====================================
1. Ketika penghuni tiada di rumah, sama ada siang mahupun malam.
2. Apabila tahap kerjasama sesama jiran kurang, malah tidak mengenali antara satu sama lain.
3. Apabila ada tanda-tanda kecuaian penghuni dalam aspek keselamatan rumahnya.
Bagaimana mengelakkan perkara ini daripada berlaku:
===================================================
1. Kunci pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah walaupun untuk masa yang singkat.
2. Jangan sembunyikan kunci rumah di dalam pasu, bawah alas kaki ataupun dalam rak kasut di luar rumah.
3. Jangan tinggalkan nota menunjukkan anda tiada di rumah.
4. Hentikan hantaran pesanan harian (surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
5. Pasang semula manga atau kunci rumah yang baru jika anda kehilangan anak kunci ataupun penyewa rumah bertukar.
6. Elakkan dari memberi kunci rumah kepada kontraktor.
7. Simpan tangga dan peralatan (tools) di tempat yang selamat agar tidak digunakan oleh penceroboh.
8. Wujudkan suasana rumah yang berpenghuni seperti bunyi radio dan lampu terpasang pada waktu malam (guna timer, alat kawalan waktu).
9. Cabut talian telefon bagi mengelakkan telefon berdering berterusan ataupun pasang sistem pesanan/simpanan suara (jangan maklum anda tiada di rumah).
10. Sertai program kejiranan, khususnya bersama polis untuk mengenali serta meningkatkan kerjasama antara komuniti dan polis.
11. Berikan nombor talian anda yang boleh dihubungi dan juga talian balai polis yang berhampiran.
12. Pastikan kebersihan persekitaran rumah agar tidak ditumbuhi lalang dan semak-samun yang boleh dijadikan tempat sembunyi penceroboh.
13. Pastikan sekitar kawasan pagar kita tidak mempunyai pokok yang boleh digunakan oleh penceroboh untuk memasuki rumah dengan mudah.
Tips-tips tambahan bagi mengelakkan kejadian pecah rumah berlaku:
=================================================================
1. Pintu utama dan pintu belakang perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dan dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
2. Pasang "door viewer" dan penyelak di pintu utama.
3. Pasang jeriji (grill) berkunci pada pintu dan tingkap rumah.
4. Pasang lampu (guna lampu yang jimat tenaga dan mesra alam) yang mempunyai alat pengesan untuk kawalan di luar rumah.
5. Pasang alat keselamatan tambahan seperti pengera dan CCTV.
Ikuti perkembangan aktiviti polis ketika musim perayaan untuk mengetahui akan program RakanCop serta program keselamatan Balik Kampung, terutamanya ketika musim perayaan.
Untuk maklumat lanjut berkenaan langkah-langkah pencegahan jenayah, sila layari laman web PDRM di
www.rmp.gov.my dan facebook https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.
Jawatan Kosong di Taska Tunas Al-Fatih
Jawatan Kosong di Taska Tunas Al-Fatih :
Penyelia Taska (Wanita)
- Muslimah bujang / berkahwin / ibu tunggal
- Kelayakan minima SPM / STPM
- Mempunyai pengalaman bekerja di taska dan / atau telah lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK)
- mempunyai sifat kepimpinan
- berani belajar perkara baru
TARIKH TUTUP : 15 Ogos 2012
Sila hubungi : Teacher Iman (tchr.iman@gmail.com) untuk memohon.
Tolong sebarkan ye !
Penyelia Taska (Wanita)
- Muslimah bujang / berkahwin / ibu tunggal
- Kelayakan minima SPM / STPM
- Mempunyai pengalaman bekerja di taska dan / atau telah lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK)
- berani belajar perkara baru
TARIKH TUTUP : 15 Ogos 2012
Sila hubungi : Teacher Iman (tchr.iman@gmail.com) untuk memohon.
Tolong sebarkan ye !
Makluman Awal: Majlis Ramah Mesra BSP 2012
Majlis Ramah Mesra BSP 2012
23 September 2012
Padang Permainan SP5
10 pagi - 2 petang
Majlis Penyerahan Cek RM1 juta daripada Jabatan Perdana Menteri - 5 Ogos 2012
From: Azizul Jabbar Kamaruddin <azizuljabbar@yahoo.com>
Penyelaras DUN Bangi Merangkap Ketua UMNO Bahagian Serdang, Datuk Fathil telah hadir untuk menyempurnakan majlis tersebut.
Terima kasih diucapkan kepada ahli kariah yang hadir dan marilah kita semua berdoa semoga Allah memudahkan lagi usaha kita untuk membina masjid ini.. Amin
Aturcara Majlis
6.15 ptg - Ketibaan Para Jemputan
6.30 ptg - Kata Alu-Aluan Juruacara (Ustaz Nushi)
- Ucapan Dr Haji Abdul Rahman bin Hasan, Pengerusi JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
- Upacara Penyerahan Cek daripada YBhg Datuk Hj Mohd Fathil bin Daud, Penyelaras DUN Bangi merangkap
Ketua UMNO Bhg. Serdang kepada Dr. Hj. Abdul Rahman Hasan, Pengerusi JK Pembinaan Masjid
- Doa (Ustaz Nushi)
7.30 malam - Majlis Berbuka Puasa
7.45 malam - Solat Maghrib (di Surau Al-Mustaqim, Vista Seri Putra)
- Jamuan Makan Malam
(Selepas Makan Malam hadirin menunaikan Solat Isyak dan Solat Teraweh di Surau Al-Mustaqim.)
Gambar-gambar sekitar majlis tersebut boleh di lihat di sini - https://www.facebook.com/media/set/?set=a.414650728591117.93152.120427501346776&type=1
Disertakan juga keratan akhbar Utusan Malaysia hari ini (7 Ogos 2012) yang melaporkan majlis tersebut. Terima kasih diucapkan kepada sahabat kita (warga Princeton BSP) dari Utusan Malaysia di atas laporan ini.
Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra
PELAN KESELAMATAN HARI RAYA 2012M/1433H
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Dalam suasana menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) dengan kerjasama persatuan-persatuan / skim taman, pemaju dan pihak berkuasa akan melaksanakan projek yang dinamakan Pelan Keselamatan Hari Raya 2012M/1433H.
Untuk makluman, perancangan projek ini telah pun diutarakan kepada semua ketua-ketua skim. Sehingga setakat ini ENAM SKIM telah bersetuju untuk turut serta, Alhamdulillah.
Disini bagi pihak PPBSP menyeru agar skim-skim yang belum menyatakan persetujuan agar segera menyatakan persetujuan agar memudahkan persatuan memuktamatkan perjanjian dengan syarikat keselamatan yang akan dilantik. Disamping itu, persetujuan skim-skim juga akan menampakkan KESATUAN, PERSEFAHAMAN, SETIAKAWAN dan KESEPADUAN penduduk BSP terutama dalam isu KESELAMATAN yang tidak diambil enteng oleh semua penduduk BSP.
Disamping itu persatuan juga menyeru agar skim yang KURANG BERSETUJU dapat MEMPERTIMBANGKAN SEMULA keputusan mereka serta tampil dengan sebarang CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN jika ada. Seterusnya TURUT SERTA dalam projek ini.
Untuk maklumat lanjut atau kertas kerja yang lebih terperinci, silalah berhubung terus dengan Ketua Biro Keselamatan PPBSP, Tuan Mohd Khairuddin Yasim ditalian (019-2462-139) atau emailkan kepada khai@bandarseriputra.com.
Dibawah ini diselitkan ringkasan kertas kerja yang telah diedarkan kepada semua skim untuk penilaian semua.
KESELAMATAN KEJIRANAN TANGGUNG JAWAB BERSAMA
======================
PELAN KESELAMATAN HARI RAYA 2012M/1433H
1.0 PENDAHULUAN
Umat islam di Malaysia akan menyambut 1 Ramadhan Almubarak pada minggu ke3 Julai 2012 dan sebulan kemudian, Syawal akan menjelma. Dalam kontek penduduk Bandar Seri Putra (BSP), komposisi penduduk yang beragama Islam adalah dalam sekitar 95%. Bila Syawal menjelma, majoriti penduduk Islam akan menziarahi ibu-bapa, sanak saudara dan sahabat handai terutamanya yang berada di kampung halaman.
Keselamatan terhadap aset dan persekitaran semasa ketiadaan kebanyakan penduduk BSP perlu dipertingkatkan. Ini berdasarkan kejadian pecah rumah dan kecurian di luar musim perayaan yang boleh dikategorikan dalam keadaan membimbangkan di BSP. Pengamatan pada tahun sebelumnya dan trend yang dihadapi oleh kawasan perumahan di Selangor juga menunjukkan aktiviti-aktiviti berunsur jenayah ini akan meningkat apabila tibanya musim perayaan.
Berdasarkan keperluan diatas, maka AJK Keselamatan, Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra mencadangkan Pelan Keselamatan Hari-Raya 2012M/1433H kepada semua skim-skim di BSP agar dapat dipertimbangkan.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan keselamatan di BSP ketika ramai penduduk BSP di luar BSP untuk menyambut hari-raya.
2.2 Membentuk kerjasama antara AJK Keselamatan PPBSP dengan AJK Keselamatan skim- skim BSP, pemaju dan pihak berkuasa.
3.0 NAMA PROGRAM
"PELAN KESELAMATAN HARI-RAYA 2012M/1433H"
4.0 TEMA PROGRAM
"KESELAMATAN KEJIRANAN TANGGUNG JAWAB BERSAMA"
5.0 SASARAN (PENGLIBATAN)
Semua skim di BSP, termasuklah skim-skim yang telah mempunyai pengawal keselamatan. sebagai tanda kebersamaan dan tambah nilai.
6.0 ANJURAN
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) dengan kerjasama persatuan-persatuan / skim taman, pemaju dan pihak berkuasa.
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.
TERKINI! Sampah Binaan Dibuang Secara Haram di Tapak Balai Polis
TERKINI!
Sama ada pemilik rumah mengetahuinya atau kontraktor berikut membuang sampah binaan secara suka hati, diharapkan sampah binaan ini dapat dibersihkan secepat mungkin. Mereka yang membuang sampah ini secara harap di tapak Balaik Polis BSP nampaknya tidak menghormati penduduk BSP yang inginkan kawasan yang cantik dan indah.
Oleh itu, pihak PPBSP juga mohon kepada sesiapa mempunyai maklumat berkenaan sampah binaan ini yang dibuang secara haram di tapak Balai Polis BSP agar menghubungi AJK PPBSP Engku Faizal (013-3426-019) atau emailkan kepada engkufaizal@yahoo.com / khai@bandarseriputra.com agar sampah ini boleh dibersihkan dalam kadar segera.
Jika empunya sampah bahan binaan ini membaca, mohon dibersihkan kerana ianya mencacatkan pemandangan BSP.
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.
MAJLIS BERBUKA PUASA SEMPENA PENGUMPULAN DANA PEMBINAAN SEMULA MASJID DI GAZA
Rebut peluang amal berangkai - derma, buka puasa, jalin silatur rahim, persembahan nasyid oleh Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid), tayangan slide dan video, tarawih dgn Imam Muda Miril.
MAJLIS BERBUKA PUASA SEMPENA PENGUMPULAN DANA PEMBINAAN SEMULA MASJID DI GAZA
TARIKH: 4 OGOS 2012 (15 RAMADHAN 1433)
MASA: 6 PETANG
TEMPAT: RESTORAN ANA IKAN BAKAR PETAI, BANDAR BARU BANGI
DIRASMIKAN OLEH: TUAN HAJI MOHD AZMI BIN ABD HAMID, SETIAUSAHA AGUNG MAPIM
Bagi mendapatkan kupon berbuka puasa RM100@ seorang atau kupon wakaf masjid Umar Abdul Aziz RM50@ seorang, sila hubungi Haji Ahmad bin Yusof 019-359 8489 dengan segera. Sila panjangkan jemputan ini.
Sekian wassalam.
Haji Ahmad bin Yusof
ahmadbsp@hotmail.com