Terkini

Makluman Hasil Mesyuarat JK PPBSP 24 Jun 2012


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Berikut dikongsikan beberapa perkara hasil perbincangan mesyuarat JK PPBSP pada 24 Jun 2012 yang lalu.

  1. Alhamdulillah permohonan PPBSP melalui Biro Ekonomi dibawah Tuan Mustafa Kassim untuk menganjurkan Pasar Ramadhan 2012 di BSP telah diluluskan oleh MPKj. Biro Ekonomi sedang dalam persediaan bagi memastikan semua proses berjalan lancar. Tempat solat dan tong sampah akan disediakan. Manakala, ahli mesyuarat mencadangkan agar kualiti makanan, harga, masalah lalu lintas perlulah diambil perhatian agar pembeli dan penduduk BSP selesa sepanjang penganjuran tersebut.
  2. Manakala PPBSP dimaklumkan bahawa penganjuran pasar malam hari Sabtu akan tamat tempoh September ini dan hari Selasa akan tamat tempoh Januari 2013. PPBSP berminat untuk menganjurkannya dan akan cuba memohonnya apabila MPKj membuka pelawaan penganjurannya nanti.
  3. Melalui Biro Pendidikan, Motivasi Alihan Pelajar 2012 di BSP akan diadakan dengan tarikh cadangan adalah 30 September.
  4. Biro Pendidikan juga berhasrat mengadakan krusus "parenting" yang dicadangkan dikendalikan oleh Ustaz Hasrizal.
  5. Manakala Biro Kebajikan sedang mengumpul data anak yatim, ibu tunggal dan warga sakit kronik. Ini diharap mendapat kerjasama daripada semua entiti NGO dam skim-skim di BSP.
  6. Biro Kebajikan juga akan memohon maklumat kematian daripada surau atau skim untuk tindakan lanjut daripada biro.
  7. Biro Agama pula dicadangkan agar dapat bekerjasama dengan surau-surau di BSP.
  8. Bagi Biro Alam Sekitar dan Pembangunan, antara aktiviti yang dirancang adalah "Walkabout" bersama wakil-wakil skim untuk memantau keadaan sampah, iklan haram, longkang, lampu jalan dan sebagainya. Dijangka akan di buat dua bulan sekali dan hasil pemantauan akan di hantar secara kolektif kepada pihak berkuasa.
  9. Biro Alam Sekitar dan Pembangunan juga mencadangkan agar disediakan tong sampah khas bagi menjadikan BSP lebih bersih dan cantik. Kos penyediaan tong adalah melalui penajaan.
  10. Beberapa perkara untuk Biro Keselamatan. Antaranya cadangan mengadakan tanda jalan kawasan sekolah, program keselamatan berkelompok semasa cuti Hari Raya dsb. Biro Keselamatan diharap dapat mengadakan mesyuarat bersama skim-skim di BSP dengan segera agar tindakan awal boleh dilakukan.
  11. Biro Penerangan dan Komunikasi juga mencadangkan beberapa aktiviti seperti program penambahan ahli sepanjang tahun, mengadakan perlawanan bola sepak tertutup pengerusi/ajk skim serta cadangan menghantar laporan secara kolektif kepada pihak berkuasa tempatan.
  12. Biro Penerangan dan Komunikasi juga dimaklumkan akan cadangan memohon pembinaan jejantas bersetentang antara SRA dan SMK bagi kemudahan kedua-dua sekolah yang akan digerakkan oleh PIBG SRABSP.
  13. YDP akan mengetuai program Ramah Mesra BSP 2012 yang dicadang dibuat paad 23 September (tertakluk kepada perubahan).

Sekian dimaklumkan.

Khairil

Setiausaha Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP)

Inline images 1
Anda menerima email ini melalui Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra.




0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet