Assalamualaikum Semua,
Sukacita dimaklumkan bahawa MAJLIS DOA SELAMAT akan diadakan di TAPAK MASJID bermula jam 10.00 pagi pada HARI SABTU, 9hb Jun ini.
Aturcara bermula 10.00 pagi:
- Ketibaan Para Jemputan
- Bacaan Doa
- Ucapan Pengerusi Pengelola
- Ukur Halus bagi Menetapkan Arah Kiblat (untuk disahkan oleh pegawai dari Pejabat Mufti Negeri Selangor)
- Penyerahan Surat Tawaran Kerja-kerja Fasa 1 Pembinaan (Cerucuk) kepada kontraktor
- Jamuan
(Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=385065698216287&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1
Dana terkumpul kini mencecah RM1,467,393.48 (berakhir bulan Mei 2012).
Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-32 pada 3 Jun 2012 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:
- bulan April 2012 = RM85,958.57
- bulan Mei 2012 = RM37,237.87 - kutipan jatuh berbanding 2 bulan sebelumnya
Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra
JOM BINA MASJID AL MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA.
* MAYBANK ISLAMIC 562834-504024.
* CIMB ISLAMIC 12370000608108.
* Bank Islam 12029010059585.
SEBULAN RM50 SEBANYAK 20 KALI INSYAALLAH.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
0 comments:
Catat Ulasan