Terkini

Acara ulangtahun ke-15 saifulislam.com di KUIS 30 Jun 2012

Assalamualaikum semua,

Dijemput hadir ke KUIS bagi Program Sambutan 15 Tahun Sailfulislam.com
pada 30 Jun 2012.
Penerangan lanjut boleh didapati di http://saifulislam.com/15tahun/

__._,_._

Blog Saifulislam.com diwujudkan pada tahun 1997, sebagai platform pemiliknya berkongsi ilmu dan mengasah fikiran. Sesuai dengan usianya yang menginjak 15 tahun, blog ini juga sudah menempuh liku-likunya yang tersendiri, mengiringi perjalanan hidup pada mengisi Erti Hidup Pada Memberi. Blog ini mempunyai pelbagai kategori artikel, dan mendapat kunjungan jutaan pembaca setiap tahun.

Bertempat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), pada tanggal 30 Jun 2012 (Sabtu), Saifulislam Training & Consulting dengan kerjasama KUIS dan isacstudio akan menganjurkan Sambutan Ulangtahun ke-15 blog dakwah saifulislam.com. Sepanjang hari, bermula 8.30 pagi hingga 11.30 malam, pengunjung akan disajikan dengan pelbagai acara, wacana dan diskusi ilmiah menarik berkait dengan dakwah era digital, menampilkan personaliti-personaliti tersohor dalam lapangan ini. Juga antara yang dinantikan pada hari tersebut adalah majlis pelancaran e-book terbaru dan sistem keahlian saifulislam.com.

Semoga kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan membawa rahmat dan memeriahkan lagi acara bermanfaat sepanjang hari tersebut!

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet