Terkini

Makluman selepas Mesyuarat JK PPBSP 4 Mei 2012

Inline images 2

Inline images 1
Klik untuk pembesaran

Jawatankuasa Kerja (JK) PPBSP telah bermesyuarat malam tadi (4 Mei 2012). Berikut makluman untuk warga BSP.

  1. Mesyuarat bersetuju melantik semua pengerusi skim yang tidak dilantik semasa AGM ke-2 baru-baru ini sebagai ahli mesyuarat JK PPBSP.
  2. Perkara berkaitan, AGM baru ini juga telah bersetuju untuk meminda perlembagaan untuk melantik semua pengerusi skim secara automatik jika tidak terpilih semasa AGM. Bagaimanapun ini tertakluk kepada pengesahan pendaftar pertubuhan (ROS) serta hanya boleh dilaksanakan pada AGM akan datang.
  3. Bagi kesinambungan usaha lepas, AJK sesi 2011/2012 akan turut dijemput hadir mesyuarat JK untuk mendapat pandangan dan berkongsi pengalaman mereka. Mesyuarat malam tadi menyaksikan kehadiran Dr. Ramizi dan Tuan Azizul Jabbar hadir sama dan turut memberi pandangan bernas untuk perjalanan PPBSP seterusnya.
  4. Mesyuarat membentuk dua jawatankuasa kecil bagi menyiapkan minit mesyuarat AGM yang diketuai oleh Tuan Mohd Ramli Taib (Penolong Setiausaha) dan jawatankuasa kecil daftar ahli dan yuran diketuai oleh Tuan Khairil Anuar (Setiausaha).
  5. Mesyuarat bersetuju dengan lantikan ketua biro yang dicadangkan (rujuk senarai biro dan ketuanya dibawah)
  6. Ketua biro digalakkan melantik ahli untuk biro masing-masing. Mesyuarat meminta setiausaha memohon senarai jawatankuasa semua skim. Seterusnya cuma memadankan jawatankuasa skim dengan biro PPBSP. Ini membolehkan perlantikan AJK biro daripada AJK skim.
  7. Semua ketua biro dikehendaki menyenaraikan aktiviti yang ingin dijalankan sepanjang sesi 2012/2013 beserta belanjawan pada mesyuarat akan datang. Penduduk digalakkan berhubung dengan ketua biro untuk memberi input perkara berkaitan.
  8. Setiausaha akan menghantar jemputan kepada semua skim dan surau agar dapat berkolaborasi sekurang-kurangnya satu acara contohnya program Maal Hijrah Perdana.
  9. Mesyuarat bersetuju untuk menaikkan dua papan tanda pada kedua-dua jalan masuk ke BSP untuk memperkenaklan PPBSP kepada semua penduduk.
  10. Mesyuarat bersertuju mengadakan majlis Hari Raya yang akan dipengerusikan oleh YDP sendiri. Sebarang input boleh dimaklumkan terus kepada YDP, Tuan Hj Ahmad Yusof.
  11. Mesyuarat bersetuju agar PPBSP melihat kemungkinan pasar malam dan pasar Ramadhan dianjurkan sendiri oleh PPBSP. Sebarang pandangan boleh disalurkan kepada Timbalan YDP, Tuan Mustafa Kasim, yang mengetuai projek ini.
  12. Mesyuarat juga bersetuju melantik Timbalan YDP untuk mengetuai usaha mendirikan dewan serbaguna di BSP.
  13. Tuan Engku Faizal diminta menghubungi Ahli Majlis berkaitan garisan jalan dan nombor tiang lampu yang semakin tidak kelihatan.
  14. Begitu juga berkenaan sampah di belakang kedai yang tidak cantik dipandang.
  15. Mesyuarat juga bersetuju agar PPBSP lebih menonjol. Salah satu caranya adalah dengan mengadakan pertemuan secara berkelompok dengan surau dan skim dibawahnya. Ini juga mampu mengeratkan silaturrahim antara PPBSP dengan semua entiti di BSP.

Makluman dari ahli majlis mesyuarat:

  1. Skim Acasia ada memasang tiang (atau bollock) dijalan masuk Acasia. Ini bagi mengelak ibubapa meletak kenderaan dijalan masuk dan menyukarkan penduduk keluar masuk. Harap penduduk dapat berikan kerjasama.
  2. Penduduk diharap dapat membuat salinan sebarang laporan kepada Ahli Majlis agar Ahli Majlis dapat membuat tindakan susulan dengan lebih pantas.
  3. Pihak Bangi Heights kecewa dengan sambutan penduduk bagi pertandingan badminton yang akan diadakan pada 26 Mei ini. Maka, tempoh pendaftaran dilanjutkan kepada 11 Mei. Harap lebih ramai yang menyertainya. Undian akan dilakukan pada 15 Mei di Bangi Heights.
  4. Makluman awal daripada pihak Bangi Heights, satu acara Komuniti Policing "Berbasikal bersama OCPD" akan diadakan pada 30 Jun 2012. Acara sampingan seperti cabutan bertuah, pameran polis, kaunter rakan cop dll. Diharap warga BSP dapat ramai-ramai menjayakannya.

Senarai Biro dan Ketua PPBSP 2012/2013
  1. Biro Ekonomi – Mustafa bin Kassim (Putra Terrace)
  2. Biro Keselamatan – Mohd Khairuddin Yasim (Seri Mawar)
  3. Biro Sukan dan Rekreasi – Burhanuddin Hj Mahwal (Putra Villa)
  4. Biro Agama dan Sosial – Ustaz Nushi Mahfodz (Putra Tropika)
  5. Biro Wanita – Hjh Nursiah Mat Junid (Putra Terrace)
  6. Biro Kebajikan – Hj Nor Halimi Saaidin (Putra Hill Residency)
  7. Biro Pembangunan dan Alam Sekitar – Engku Faizal Annuar Che Engku Husin (SP5)
  8. Biro Pendidikan – Dr Ishak Ahmad (Putra Terrace)
  9. Biro Guaman dan Tugas‐tugas khas ‐ Sharifah Fadzliah Syed Taha (Princeton Residences)
  10. Biro Penerangan dan Komunikasi - Khairil Anuar (SP5)
Sekian dimaklumkan.

Sebarang pertanyaan atau cadangan boleh dipanjangkan kepada:

"Hidup bermuafakat, Kejiranan Bertambah Berkat"

========================
Khai
khair75@gmail.com
========================

0 comments:

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet