Salam.
Semua penduduk yang dihormati,
1. Dimaklumkan satu kes pecah masuk rumah telah berlaku pada 17 Apr 2012 LK jam 12.20 tengahari di No. XX, Jalan Seri Putra 2/3G (Laman Indah). Jiran berdekatan ternampak kehadiran dua orang penjenayah dengan bernaiki kereta Honda Accord memasuki ruang parkir rumah tersebut dan memecah masuk dengan mengumpil pintu sisi utama. Mengesyaki dengan kejadian yang berlaku, jiran tersebut menghubungi dan mengadu kepada pihak polis. Setibanya OCS di rumah tersebut, dua orang penjenayah yang berada diruang parkir yang ternampak kedatangan polis terus melarikan diri dengan memanjat dan melompat pagar rumah tersebut.
2. Dalam kejar mengejar tersebut seorang penjenayah dapat ditangkap dan seorang lagi terlepas lari menuju kearah tol Putra Mahkota lalu menghilangkan diri. Penjenayah yang ditangkap adalah berbangsa Indonesia. Kereta yang digunakan jenis Honda Accord adalah kereta curi yang dilaporkan hilang di Melaka pada 09 Apr 2012. Pemeriksaan yang dibuat oleh tuan rumah mendapati barang-barang yang hilang adalah empat bentuk cincin emas/putih, dua gelang tangan emas dan seutas rantai emas. Manakala barang-barang yang juga dicuri dan dijumpai semula di dalam but kereta adalah dua buah laptop, sebuah kamera digital, sebuah telefon bimbit, dua helai baju kot dan satu pasang kasut yang kesemuanya adalah kepunyaan tuan rumah tersebut.
3. Diminta semua pengerusi persatuan-persatuan penduduk menghebahkan kejadian ini kepada semua komuniti supaya mengetahui akan kejadian-kejadian jenayah yang berlaku di dalam Bandar Seri Putra supaya mengambil langkah-langkah yang perlu untuk meningkatkan kawalan keselamatan dirumah dan kawasan masing-masing supaya tindakan pencegahan yang dilakukan ini akan dapat membenteras jenayah dari terus berlaku.
Wassalam.
Norizan bin Hj Sulaiman
BHDSB
0 comments:
Catat Ulasan