Terkini

Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - sehingga 31 Januari 2012

Inline images 1

Ref:
http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=5636.msg97698#msg97698

-
Dana terkumpul kini mencecah RM1,220,872.67 (baki akaun setakat 31 Januari 2012).

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-29 pada 15 Februari 2012 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:


  • bulan Disember 2011 = RM113,317.20
  • bulan Januari 2012 =  RM80,900.56

Alhamdulillah, jumlah kutipan Tabung Dana telah berjaya mencapai Sasaran awal RM 1 juta sebelum hujung tahun 2011.

Pengerusi menggesa AJK supaya membuat 'personal approach' ke syarikat dan badan korporat yang besar untuk mendapat dana yang lebih besar. Perkara ini sudah disebut beberapa kali sebelum ini, dan setiausaha telah menghantar 'reminder' kepada ahli melalui e-mel supaya membekalkan senarai nama individu atau syarikat supaya surat rasmi dapat disediakan.

Setiausaha menjelaskan sehingga kini:
  • kira-kira 1000 pucuk surat memohon dana sudah dikirim ke syarikat-syarikat swasta, badan-badan korporat, badan-badan berkanun, ADUN dan Ahli-Ahli Parlimen, YB Menteri dan Kementerian, Sektor-Sektor Pembinaan, Majlis-Majlis Perbandaran, Institusi-Institusi Kewangan, Pertubuhan-Pertubuhan Islam, Bank-Bank Islamik, hospital-hospital swasta dan Kedutaan Islam serta individu-individu tertentu.
  • Setiausaha sudah menyiapkan surat rayuan sumbangan dalam Bahasa Arab dan surat ini telah dikirim ke semua duta asing Islam di KL.
  • lebih 1200 pucuk surat ke syarikat-syarikat swasta telah disediakan oleh Setiausaha, yang akan dipos pada 1hb Mac

JK Kecil Teknikal telah melaporkan bahawa:
  • Pelan masjid yang 'final' akan diserahkan kepada MPKj pada hari Jumaat, 17hb Februari ini, termasuk pelan 'contour'. Kebenaran jalan masuk ke kawasan pembinaan juga akan diperolehi daripada MPKj, memandangkan Bangi Heights tidak punya kuasa untuk memberi kebenaran bagi laluan masuk. (UPDATE - urusan permohonan Kelulusan Pelan Bangunan pada MPKj telah selesai pada 28/2/2012.)
  • Kelulusan pelan itu dijangka diperolehi dalam 2 minggu dari tarikh permohonan.
  • JK Teknikal juga telah menerima 3 permohonan tender dari 6 penender yang dijemput untuk melaksanakan kerja cerucuk. Jawatankuasa Tender telah membuat penilaian dan telah memilih petender yang berjaya untuk diberikan projek tersebut.
  • Pihak akitek akan menyediakan gambar masjid untuk dipasang pada tapak masjid. JK bersetuju supaya satu billboard yang besar, ukuran 12' X 8' dibina di kawasan tersebut. Pihak akitek diminta menyediakan gambar yang besar, dan perbezaan kos akan ditanggung oleh pihak masjid.
  • Adalah dicadangkan juga supaya jumlah kutipan dana secara bulanan dipamerkan pada billboard tersebut, untuk memaklumkan kepada penduduk di BSP tentang perkembangan kutipan dana tabung pembinaan.
  • Seorang penyelia akan diupah untuk menyelia kerja-kerja cerucuk. JK Pembinaan akan berbincang dengan En. Zulkifli Garib dari Bangi Heights untuk mendapatkan pekerja dari Bangi Heights tanpa bayaran dari masjid.
-
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim merakamkan jutaan Terima Kasih (jazakallahu khairan kathiiran) kepada para penderma yang telah membuat sumbangan dan berharap supaya sumbangan dapat diteruskan setidak-tidaknya sehingga masjid kita terbina nanti.

Sumbangan Sebulan RM50 selama 20 bulan, INSYAALLAH..

Pengerusi menerangkan bahawa Tabungwang Pembinaan Masjid Al-Mustaqim kini sudah mendapat gazet pelepasan cukai daripada LHDN bermula daripada tarikh berkuatkuasa pada 15hb Disember 2011 sehingga 14hb Disember 2014 bagi tempoh 3 tahun*. Setelah mendapat surat kelulusan pelepasan cukai daripada LHDN, Pengerusi dan Setiausaha telah mengedarkan surat makluman kepada semua rumah di BSP dan kawasan sekitarnya.

Alhamdulillah, respons yang diterima amat baik kerana lebih RM50,000 sumbangan telah diterima selepas tarikh kuatkuasa sehingga 31 Disember 2011. Semoga pola sumbangan akan meningkat selepas ini, InsyaAllah.

JK Pembinaan juga mempelawa Warga BSP sekalian untuk bersama-sama mewar-war/menghebahkan STATUS PELEPASAN CUKAI kepada syarikat-syarikat yang berminat untuk menderma supaya dapat mempercepatkan usaha menambah kutipan yang diperlukan untuk membina Masjid Al-Mustaqim ini.


* Telah dihebahkan di sini:

http://www.eng.ukm.my/~riza/MasjidMustaqim/MasjidMustaqim.html

__._

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet