Lanjutan daripada Program NCDP 1Malaysia yang telah diadakan sebelum ini (saringan program NCDP baca di sini http://ppbsp.blogspot.com/2011/11/esok-karnival-kesihatan-dan-perasmian.html). Satu lagi acara telah diadakan pagi tadi bertempat di Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra. Dihadiri oleh hampir 40 orang, acara senamrobik dan pemeriksaan kesihatan telah dijalankan. Pihak Kilik juga telah mengedarkan sedikit cenderamata (lihat gambar) kepada peserta yang hadir.
Acara seterusnya, senamrobik, ceramah kesihatan, dan ceramah pemakanan pada 31 Mac 2012 di Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra.
Selain itu, mulai Rabu depan 14 Mac akan diadakan senamrobik secara berkala setiap hari Rabu bermula jam 5 petang di Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra. Warga Seri putra dijemut hadir.
Acara lain yang disenaraikan:
- Program Saringan Komuniti Sejahtera, 19/11/2011 - Selesai
- Intervensi Pertama (10,000 langkah), 15/12/2011 - Selesai
- Intervensi Kedua (Senamrobik, Taklimat dan pemeriksaan), 11/3/2011 - Selesai
- Senamrobik berkala, mulai Rabu 14/3/2012 (Setiap Rabu) di Klinik Kesihatan
- Modul Latihan I (Senamrobik, Ceramah Pemakanan dan Kesihatan), 31/3/2011
- Modul Latihan II (Senamrobik dan Ceramah Kesihatan), 28/4/2012
- Modul Latihan III (Senamrobik dan Ceramah Kesihatan), 19/5/2012
- Intervensi Ketiga (Senamrobik, Ceramah Kesihatan, Demoa Masakan dan Pemeriksaan), 25/5/2012
========================
Khai
khair75@gmail.com
========================
0 comments:
Catat Ulasan