Terkini

LKS BSP 2012: YB Dr Shafie dan Dr. Ezani Master Chef hadir memeriahkannya

Inline images 1



Larian Kitar Semula Bandar Seri Putra 2012 (LKS2012) yang berlangsung tadi telah turut sama dimeriahkan dengan kehadiran ADUN Bangi, YB Dr. Shafie dan Dr. Ezani, Juara Master Chef Malaysia yang pertama.


YB Dr. Shafie hadir sebagai jemputan khas juga turut menyumbang RM3,000 untuk tabung pembinaan Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra (BSP). Hasil kutipan pendaftaran sebanyak RM870 juga telah diserahkan kepada wakil Masjid Al-Mustaqim.







Manakala, penampilan singkat Dr. Ezani (yang merupakan juara Master Chef Malaysia yang pertama) sebagai pelepas pelari sangat diharga oleh penduduk Bandar Seri Putra.











LKS2012 melupakan projek sulung Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) yang baru setahun kewujudannya. Ia bertapak dari kesedaran untuk memastikan bumi kita selamat daripada sebarang pencemaran. Maka larian ini adalah menifestasi kepada penduduk BSP yang cenderung ke atas slogan dan idea kitar semula. Insya-Allah PPBSP akan cuma mendapatkan tong-tong kitar semula bagi diletakkan di sekitar BSP.

Disamping itu, motif untuk menyatukan dan mempereratkan hubungan antara sesama jiran di BSP juga nampaknya tercapai. Mengenali jiran serta menjalankan aktiviti bersama jiran antara lain menyebabkan jurang keserasian dapat dikurangkan.

Tidak lupa juga kepada program RM50 sebulan untuk 20 bulan bagi mendirikan Masjid Al-Mustaqim, BSP. Maka, segala kutipan penyertaan telah diserahkan kepada wakil pembinaan masjid.

Seramai 250 orang peserta dengan 70 petugas daripada BSP dan kawasan sekitarnya telah mula berkumpul sejak semalam (Sabtu, 3 Mac). Ini bagi memudahkan proses pemberian kit larian yang mengandungi nombor larian, tshirt, atur cara, syarat penyertaan dsb telah diedarkan semalam. Sekitar 160 peserta telah hadir. Manakala selebihnya tampil setengah jam sebelum acara bermula tadi (Ahad, 4 Mac).

Terdapat 7 kategori rasmi dan satu kategori tidak rasmi. Yang tidak rasminya adalah kategori keluarga yang mana ahli keluarga dilepaskan bersama-sama. Manakala 7 kategori lain adalah veteran lelaki, dewasa lelaki, dewasa perempuan, remaja lelaki, remaja perempuan, kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan.

Majlis penyampaian hadiah turut dihadiri oleh YB Dr. Shafie sendiri dan Dr. Zulkifli Gharib dari pemaju Bangi Heights Development Sdn Bhd.

Acara turut dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah yang kebanyakannya disumbangkan oleh pihak swasta seperti ADT, PASTI Al-Faizin, Tadika Al-Fatih dan banyak lagi yang mungkin saya lupa nyatakan di sini. Majlis berakhir sekitar jam 11 pagi yang mana hadiah uatama cabutan iaitu basikal telah dibawa pulang oleh pemenangnya.

Alhamdulillah, acara LKS telah berjaya dilaksanakan walaupun banyak kelemahan yang pihak penganjur kenal pasti. Pihak penganjur memohon maaf atas segala kesilapan yang berlaku dan insya-Allah akan cuba perbaikinya di lain masa.









Pihak penganjur juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat termasuk kedai pendaftaran kita, Farhan Internet Photocopy, ADUN Bangi, Bangi Heights Development Sdn Bhd, Dato Saian, Ahli Majlis Zon 23 dan 24, MPKj, Pusat Khidmat Masyarakat BSP dan BM, Balai Polis Bangi, PASTI Al-Faizin, ADT, Tadika Al-Fatih, pelajar KUIS dan semua yang turut membantu menjayakan program ini. Maaf jika ada nama yang tidak disebutkan di sini. Akhir sekali taniah kepada semua AJK yang bertungkus lumus menjayakannya.

Gambar selebihnya di sini: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.308873032501465.71424.169051276483642&type=1

http://ppbsp.blogspot.com
http://larianbsp2012.blogspot.com

0 comments:

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet