Pereratkan persefahaman, perpaduan melalui Maulidur Rasul
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm#.Ty94FuMp4Z0.facebook
  
Oleh Hassan Mohd. Noor
Penduduk Fasa 7 Bandar Seri Putra menyertai perarakan Maulidur Rasul, semalam.
  
SEMALAM  umat Islam di seluruh dunia memperingati hari kelahiran junjungan besar  Nabi Muhammad SAW. Sambutan kali ini bertemakan Persefahaman Asas  Perpaduan Ummah. Pelbagai tafsiran boleh dibuat mengenai tema ini.
Sama  ada kita hidup dalam masyarakat Islam atau bukan Islam, persefahaman  amat penting. Tanpa persefahaman, masing-masing akan membawa ideologi  yang pelbagai ke dalam masyarakat yang akhirnya mencetuskan suasana  tidak harmoni. Bagi masyarakat Malaysia, persefahaman dan perpaduan  sering digambarkan melalui sambutan perayaan termasuk Hari Raya  Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan pelbagai lagi.  Tetapi adakah ia sekadar pada sambutan perayaan? Persefahaman bukan  sekadar perlu diwujudkan di kalangan masyarakat pelbagai kaum tetapi  juga seagama. Kita dapat lihat pada hari ini, bagaimana umat Islam  berbalah sesama mereka sehingga membawa kesengsaraan dan kematian. Pada  masa yang sama, mereka yang bukan beragama Islam khususnya Israel terus  menindas masyarakat Islam di bumi Palestin.
Persefahaman dan  perpaduan menjadi isu Selak kali ini selepas melihat suasana yang  berlaku di Mesir. Saya baru kembali dari Kaherah bersama program 'turun  padang' Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang diketuai Aziz  Jamaludin Mhd. Tahir. Pada kesempatan itu, sempatlah meninjau seketika  apa yang berlaku di Dataran Tahrir dan sekitarnya. Ternyata suasana di  kawasan berkenaan masih 'panas'. Sebelum detik hitam bola sepak berlaku  di Port Said, boleh dikatakan saban hari ada saja kumpulan kecil  mengadakan demonstrasi, berarak di kawasan sekitar sambil melaungkan  pelbagai slogan. Ada juga yang mengadakan ceramah. Begitulah suasana di  Kaherah. Dan di stesen televisyen pula, saya terharu melihat dokumentari  mengenai kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin. Seorang lelaki  diheret keluar tanpa perasaan kemanusiaan. Seorang wanita pula merayu  supaya lelaki itu dilepaskan. Dan selepas diseret jauh daripada rumah,  jentera digunakan untuk merobohkan sebuah kediaman. Begitulah kekejaman  di bumi Palestin. Satu iklan lain pula menunjukkan bagaimana perlunya  rakyat Mesir yang beragama Islam dan minoriti beragama Kristian bersatu  membangunkan negara itu. Pada akhir iklan itu, bulan sabit dan salib  dicantumkan sebagai simbolik perlunya persefahaman dan perpaduan.  Begitulah pentingnya perpaduan.
Justeru persefahaman perlu  diwujudkan di semua peringkat masyarakat sama ada di desa atau di kota.  Tidak kira fahaman politik, matlamat akhir adalah perpaduan.
Semalam  bagi menyokong matlamat mewujudkan persefahaman yang menjadi kunci  perpaduan, saya sempat menghadiri sambutan Maulidur Rasul dan Ramah  Mesra Surau Sayyidina Umar Al-Khattab di kawasan perumahan Fasa 7 Bandar  Seri Putra, dekat Bangi. Meriah majlis itu. Tetapi temanya ialah Surau  Meriah Masyarakat Barakah. Berdasarkan tema itu, sudah tentulah  sambutannya meriah.
Seawal 7 pagi, penduduk sekitar - lelaki,  wanita, kanak-kanak mula berkumpul. Masing-masing membawa bekalan kuih  muih serta makanan untuk santapan bersama. Surau tidak perlu  mengeluarkan belanja sarapan pagi. Pengerusi majlis Zaludin Abu Bakar  memulakan acara dengan menjemput imam Ustaz Abu Zaki Ismail membacakan  doa. Kemudian berlangsunglah perarakan kira-kira sejauh 2 kilometer  mengelilingi taman perumahan itu. Sambil berselawat yang diketuai oleh  Ustaz Syarul Azman Shaharuddin, pasukan kompang turut memeriahkan  perarakan. Selesai acara, mereka menikmati juadah yang dibawa dari  rumah. Sambil minum dan makan, diadakan acara cabutan bertuah, kuiz  agama untuk kanak-kanak dan dewasa. Majlis diserikan juga dengan bacaan  al-Quran oleh Awangku Umar Pengiran Hamdan (Johan qari Majlis Tilawah  al-Quran Peringkat Kebangsaan 2009) dan berzanji oleh Ustaz Nor Naemi.  Ketika berlangsung ceramah oleh Ustaz Mohd. Asri Abdullah di ruang dewan  surau, kanak-kanak 'disenyapkan' seketika dengan peraduan mewarna dan  menulis khat. Dalam ceramahnya, Mohd Asri antara lain mengajak  masyarakat mengenali lebih dekat akhlak Rasulullah SAW. Majlis  kemudiannya diakhiri dengan ucapan Pengerusi Surau, Abd. Rani Pengiran  Othman atau lebih dikenali sebagai Pak Rano. Dalam ucapannya, Pak Rano  berharap, majlis seumpama itu akan meningkatkan persefahaman di kalangan  penduduk. Beliau mahu semua pihak mengenepikan fahaman politik dengan  keutamaan kepada perpaduan umat. Baginya itu amat penting bagi  mewujudkan perpaduan yang kental di kalangan penduduk. Sesuai dengan  peranan surau yang bukan sekadar tempat ibadat tetapi juga sebagai  tempat melaksanakan aktiviti kemasyarakatan, Pak Rano mengumumkan akan  membina gelanggang futsal untuk anak-anak muda beriadah sambil  mendekatkan diri dengan surau. Sebelum solat Zuhur, para jemaah  dihidangkan dengan nasi lauk kawah kambing. Sambutan tidak berakhir di  situ sahaja tetapi disambung dengan ceramah oleh Ustaz Shuhadak selepas  solat Maghrib. Sesudah Isyak, para jemaah dihidangkan pula dengan  kambing panggang.
Begitulah sambutan kecil tetapi amat bermakna  dan meriah bagi penduduk di kawasan taman perumahan. Pastinya di seluruh  negara semalam, hari ini, esok atau hujung minggu ini akan ada lagi  majlis Maulidur Rasul di peringkat masjid atau surau. Gerakkan anak-anak  kariah untuk sama-sama memeriahkan surau dengan pelbagai aktiviti agama  dan kemasyarakatan supaya mereka mendapat berkat dalam kehidupan  seharian. Sekalung tahniah kepada seluruh ahli jawatankuasa Surau  Sayydina Umar Al-Khattab, Bandar Seri Putra. 
Terkini
Utusan: Pereratkan persefahaman, perpaduan melalui Maulidur Rasul
Dikirim oleh
khaiatbsp
06 Februari 2012
pada
8:43 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Malinglist Terkini
Label
Aduan
(8)
Agama
(23)
AGM
(3)
Air
(12)
Akta 663
(3)
Aktiviti
(45)
Artikel
(20)
Badminton
(3)
Bandar Seri Putra
(35)
Bangi
(1)
Bolasepak
(1)
Bukit Mahkota
(5)
Buletin D'Mawar
(5)
Cadangan
(1)
Carboot
(6)
Ceramah
(1)
Facebook
(2)
Futsal
(3)
Gambar
(10)
Gotong-royong
(6)
H1N1
(1)
Ibadah Korban
(1)
Iklan
(3)
Info Am
(8)
Info Seri Mawar
(23)
Info Setempat
(23)
Islam
(1)
Isu Semasa
(5)
Jawatan Kosong
(3)
Jenayah
(11)
JMB
(82)
Jualan
(1)
Kaedah Dalaman
(5)
KaumWanita
(2)
Kebersihan
(1)
Kecurian
(3)
Kejadian Jenayah
(1)
Kelab Sukan Putra Mahkota
(1)
Kematian
(1)
Kemerdekaan
(1)
Kemudahan
(10)
Kenduri
(5)
Kerja JMB
(1)
Keselamatan
(5)
Kesihatan
(2)
Khairat Kematian
(1)
KOJIRA
(3)
Komputer ICT
(1)
KUIS
(2)
Kursus
(17)
Laporan
(7)
Lelongan Awam
(1)
Makluman
(13)
Masalah/Isu
(1)
Masjid
(11)
Menarik
(1)
Musibah
(1)
Operasi
(1)
Pagar
(1)
Pasar Malam
(1)
Pasar Ramadhan
(2)
Perayaan
(1)
Perjumpaan
(4)
Perkhidmatan
(2)
Persatuan Penduduk
(48)
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
(3)
Program Setempat
(16)
Putra-Mahkota
(1)
Putra-Mahkota.com
(5)
Rompakan
(1)
Rukun Tetangga
(2)
Rumah Sampah
(1)
Sebutharga
(3)
Sekolah
(43)
SKBangi
(1)
SKBSP
(3)
SMBSP
(6)
SRABSP
(7)
Sukan
(12)
Surau
(11)
Taman Impian Putra
(6)
Tangki
(1)
Tindakan
(5)
Untuk Dijual
(1)
Zakat
(1)





0 comments:
Catat Ulasan