Jalan Tak Diselenggara Adun Bangi Bersama Persatuan Penduduk Atasi Masalah 
Sumber: http://drshafie.blogspot.com/2012/02/jalan-tak-diselenggara-adun-bangi.html
  
Impian Putera-Jalan Ke Pekan Bangi, 03 Rabiul Akhir = 25 Februari (Sabtu):
Telah  lama aduan sampai kepada Adun Bangi, bahawa Jalan Impian Putera yang  masih di bawah tanggungjawab pemajunya tumbuh dan dinaiki semak samun  dan jalan melalui jambatan ke Pekan Bangi rosak dan berlopak terutama  selepas jambatan ke Pekan Bangi. Aduan telah disampaiakn kepada pihak  MPKj dan JKR, bahawa jalan yang banyak digunakan penduduk dikedua belah  pihak ini patut dibaiki. Adun sendiri telah turun meninjau di kedua  belah pihak jambatan, beberapa minggu sebelum ini bagi mempastikan  keadaan.
Jalan Impian Putera yang naik semak samun, ialah akibat  dari pemajunya yang tidak memberi perhatian pada membersih jalan-jalan  berkenaan. Akibatnya lalang dan semak samun tumbuh tinggi, menghalang  pandangan dan boleh membahayakan. Manakala jalan dari jambatan ke Pekan  Bangi, didakwa jalan ini sebagai ``Land of no man` - Jalan berkenaan  bukan di bawah selenggaraan MPKj atau JKR. Jalan ini pada peringkat awal  membangunkan Taman Impian Putera, pihak Pemaju dari Anak Syarikat  Perangsang memohon membuat jalan sementara untuk dilalui kenderaan  Syarikat bagi membawa bahan-bahan binaan bagi membina rumah di Impian  Putera. Syarikat berkenaan membina jambatan bagi kemudahan penghantaran  barang-barang.
Walau bagaimana jalan yang awalnya untuk membawa  barang-barang pembinaan ini menjadi popular dan jalan pintas yang selesa  bagi pergi dan datang. Tapi jalan selepas jambatan ke Pekan Bangi ini  adalah melalui tanah milik persendirian yang membenarkan penggunaan  secara sementara. Oleh kerana jalan menggunakan tanah pemilik orang,  maka pihak MPKj dan JKR tidak bertanggungjawab bagi membaiki jalan  berkenaan.
Oleh kerana aduan berterusan diterima, maka Adun  bersama Persatuan Penduduk yang diketuai oleh Tuan Haji Ahmad bin Yusof  juga Ungku Faisal dan yang lain berjumlah 20 orang turun pagi ini turun  bergotong royong menebas dan membersih kawasan dari semak samun. Adun  juga mengeluarkan peruntukan bagi mengetar dan menurapkan jalan yang  rosak. Perjalanan gotong royong berjalan dengan baik sehingga jalan yang  penuh semak samun bertukar menjadi bersih dan mengurangkan bahaya tidak  nampak bagi yang berkenderaan. Sampah-sampah diangkut oleh lori yang  disewa khas bagi membuang sampah.ke tempat pembuangan sampah
Maka  untuk membaiki jalan pihak persatuan penduduk berurus dengan Syarikat  saudara Nathan di jalan Reko bagi membeli dan membawa minyak tar ke  sini. Adun turut bersama melihat gotong royong dan kerja menurap jalan  yang dilakukan oleh Syarikat saudara Nathan. Menurut saudara Ungku  Faisal, ``Lebih kurang 17 tempat yang perlu kepada penurapan.`` Adun  meminta pihak persatuan memastikan penurapan berjalan dengan betul dan  bermutu. Gotong royong dapat disiapkan pada tengahari jam 12.00,  manakala bagi penurapan berterusan hingga ke petang.
Persoalan  yang penting untuk kali ini Adun dan Persatuan Penduduk bergotong royong  membersih dan menurap jalan. Bagaimana dengan masa depan, apakah  bergantung pada Adun dan Persatuan Penduduk mengambil perhatian. Pihak  Pemaju dan Berkuasa Tempatan perlu mengambil inisiatif bagi  menyelenggarakan pembersihan sampah dan pembaikan jalan yang rosak  berkenaan. Apa lagi dimaklumkan bahawa apabila jalan flyover dari jalan  Bangi-Semenyih akan merentangi jalan lama, maka sebelum jalan itu siap,  maka jalan ini satu-satunya akan digunakan bagi perjalanan dari Pekan  Bangi ke Impian Putera dan Bandar Seri Putera, maka jika jalan ini tidak  diselenggarakan dengan baik, khususnya digunakan oleh lori-lori, maka  dijangka akan segera rosak. Bahkan jika jalan flyover dari jalan Pekan  Bangi-Semenyih ke Bandar Seri Putera siap, maka jalan ini tetap  digunakan, sekurang-kurangnya bagi kawasan Pekan Bangi ke Impian Putera  dan sebaliknya, sebab itu jalan ini seharusnya diselenggara secara  berterusan dan status penukaran pemilikan tanah menjadikan ianya jalan  awam hendaklah diatasi.
Sekian. 
Terkini
Blog ADUN Bangi: Jalan Tak Diselenggara Adun Bangi Atasi Masalah
Dikirim oleh
khaiatbsp
27 Februari 2012
pada
10:20 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Malinglist Terkini
Label
Aduan
(8)
Agama
(23)
AGM
(3)
Air
(12)
Akta 663
(3)
Aktiviti
(45)
Artikel
(20)
Badminton
(3)
Bandar Seri Putra
(35)
Bangi
(1)
Bolasepak
(1)
Bukit Mahkota
(5)
Buletin D'Mawar
(5)
Cadangan
(1)
Carboot
(6)
Ceramah
(1)
Facebook
(2)
Futsal
(3)
Gambar
(10)
Gotong-royong
(6)
H1N1
(1)
Ibadah Korban
(1)
Iklan
(3)
Info Am
(8)
Info Seri Mawar
(23)
Info Setempat
(23)
Islam
(1)
Isu Semasa
(5)
Jawatan Kosong
(3)
Jenayah
(11)
JMB
(82)
Jualan
(1)
Kaedah Dalaman
(5)
KaumWanita
(2)
Kebersihan
(1)
Kecurian
(3)
Kejadian Jenayah
(1)
Kelab Sukan Putra Mahkota
(1)
Kematian
(1)
Kemerdekaan
(1)
Kemudahan
(10)
Kenduri
(5)
Kerja JMB
(1)
Keselamatan
(5)
Kesihatan
(2)
Khairat Kematian
(1)
KOJIRA
(3)
Komputer ICT
(1)
KUIS
(2)
Kursus
(17)
Laporan
(7)
Lelongan Awam
(1)
Makluman
(13)
Masalah/Isu
(1)
Masjid
(11)
Menarik
(1)
Musibah
(1)
Operasi
(1)
Pagar
(1)
Pasar Malam
(1)
Pasar Ramadhan
(2)
Perayaan
(1)
Perjumpaan
(4)
Perkhidmatan
(2)
Persatuan Penduduk
(48)
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
(3)
Program Setempat
(16)
Putra-Mahkota
(1)
Putra-Mahkota.com
(5)
Rompakan
(1)
Rukun Tetangga
(2)
Rumah Sampah
(1)
Sebutharga
(3)
Sekolah
(43)
SKBangi
(1)
SKBSP
(3)
SMBSP
(6)
SRABSP
(7)
Sukan
(12)
Surau
(11)
Taman Impian Putra
(6)
Tangki
(1)
Tindakan
(5)
Untuk Dijual
(1)
Zakat
(1)





0 comments:
Catat Ulasan