Terkini

Blog ADUN Bangi: Masalah Jalan Tak Diselenggarakan & Jalan Tak Bertuan

Masalah Jalan Tak Diselenggarakan & Jalan Tak Bertuan

Tuesday, January 17, 2012

Taman Impian Putera & Pekan Bangi, 21 Safar 1433 = 15 Januari 2012 (Ahad):

Tengahari hari ini Adun terima aduan dari Persatuan Penduduk Bandar Seri Putera tentang masalah jalan (sebelah menyebelah):

a) Jalan di Impian Putera yang menghubung dengan jambatan ke Pekan Bangi

b) Jalan Dari Jambatan Impian Putera ke Pekan Bangi yang di katakana `Tak Bertuan`.

Sebagai respond terhadap aduan, jam 5.00 petang Adun hadir ke Taman Impian Putera yang mana di sini menunggu Tuan Haji Ahmad Yusof YDP Persatuan Penduduk Bandar Seri Putera, Ungku Faisal, Sdr. Rusli, saudara Ari Krishnan. Adun diberi maklumat bahawa jalan di Taman Impian ke jambatan yang menghubungkan Pekan Bangi (setengah km.) tidak diselenggarakan, lalang dan semak tumbuh liar dan tinggi tidak dipotong serta menyakitkan mata, perparitan juga tidak diselia. Bila hujan lebat air melimpah ke Jalan. Bila aduan dibuat ke MPKj, dikatakan kawasan di sini bukan di bawah MPKj, dikatakan pihak pemaju belum menyerahkannya kepada MPKj, tetapi tanggungjawab menyelia dan membersihkannya tidak dilakukan. Adalah dimaklumkan perumahan Taman Impian Putera adalah projek Anak Syarikat Kerajaan Negeri Kumpulan Perangsang yang diselenggarakan oleh Syarikat Purqan yang pemajunya dikenali dengan:

Dasar Beringin Sdn. Bhd. Beralamat di Serdang Raya (ada no. telefon).

Bila syarikat ini dihubungi, tidak memberi respond. Kita berharap sebagai kawasan di dalam jagaan MPKj, pihak MPKj dapat mengarah pemaju berkenaan yang tentu berada di dalam rekod MPKj, supaya menyelenggarakan kawasan berkenaan atau MPKj mengarahkan pihak tertentu membersih dan menahan wang deposit syarikat yang berada di MPKj.

Dari jalan di kawasan perumahan Taman Impian Putera, kami bergerak ke sebelah jambatan yang membawa ke Pekan Bangi. Selepas jambatan ini Adun ditunjuk jalan-jalan yang rosak, pecah, berlubang dan membahayakan. Jalan daripada jambatan ke Taman Bangi Villa yang lebih kurang setengah km. ini dikatakan `Jalan Tidak Bertuan` kerana jalan & jambatan di sini dibuat oleh syarikat perumahan Impian Putera bagi memudahkan pengangkutan barang-barang binaan. Tanah dibina jalan adalah milik individu. Pada asalnya jalan yang dibenarkan adalah sempit, kemudian dibesarkan dan menjadi jalan paling popular untuk ke & dari Pekan Bangi-Impian Putera. Oleh kerana jalan dibina di atas tanah individu, jadi tiada pihak yang mau bertanggungjawab menjaga dan menyeliakan jalan tersebut. Seharusnya MPKj atau Pejabat Daerah (Pembangunan Luar Bandar) mengambil perhatian terhadap jalan tersebut. Selain dari jalan ini ke Seri Putera-Pekan Bangi ada satu lagi jalan lama melalui jambatan dan agak sempit tidak boleh berselisih dua kereta - di atas landasan keretapi. Jalan ini kurang popular berbanding dengan jalan yang melalui Pekan Bangi ke Impian Putera. Walau bagaimana kedua-dua jalan ini dianggap tidak resmi dan sementara.

Sebuah jambatan dan fly over yang besar bagi menggantikan jalan-jalan sementara di atas sedang progress dibina. Jalan ini adalah dari tepi Kg. Bangi berhampiran Sungai Kembong, iaitu merentasi sungai Bangi ke Seri Putera hingga ke hadapan Petronas.Kerja-kerja membangun jambatan ini dapat dikatakan besar dan kosnya tentulah beratus juta. Namun jalan Impian Putera-Pekan Bangi akan terus popular kerana lebih dekat ke & dari Pekan Bangi - Seri Putera. Oleh kerana jalan ke Impian Putera ini akan terus popular, walaupun jalan baru akan siap, maka jalan lama ke Impian Putera hendaklah diberi perhatian oleh JKR, MPKj dan Pejabat Daerah. Jika masalah tanah jadi halangan, maka tanah tidak bertuan itu boleh diambil dengan menggunakan Akta Tanah Bagi Kepentingan Awam. Pokoknya jalan Pekan Bangi ke Impian Putera ini hendaklah diselenggara dengan baik.

Sekian.

0 comments:

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet