Terkini

SYOK'2011 - Cabaran Mendaki Bukit Broga, Semenyih



Bagi orang seperti saya yang tak biasa memanjat bukit atau gunung, Bukit Broga dianggap satu cabaran besar. Walaupun hanya setinggi 400 meter dari paras laut, Bukit Broga kini menjadi tumpuan ramai pengunjung tempatan.



SYOK'2011 yang diketuai oleh YDP PPBSP sendiri, Hj. Ahmad telah menjengah bukit tersebut lewat pagi tadi. Bermula dengan berkumpulnya ahli rombongan (seramai 16 orang kesemuanya) di hadapan Secret Recipe, sekitar jam 5.45 pagi kami mula bertolak. Destinasi pertama Masjid Batu 3, Semenyih. Solat subuh berjemaah antara rangka pertama agenda kami. Selesai solat, kami bergerak ke Bukit Broga sekitar 33km daripada Bandar Seri Putra.









Melewati Nottingham University, kami sampai ke kaki bukit dan telah ramai yang datang. Kenderaan dalam kawasan ladang kelapa sawit penuh. Begitu juga ditepi jalan utama, berpanjangan kereta ditinggal pemilik masing-masing untuk mengeluarkan peluh sambil menikmati pemandangan daripada atas Bukit Broga. Pilihan ditangan anda. Jika memilih meletak kenderaan dalam kawasan ladang, anda akan dikenakan bayaran RM2.

Sedikit taklimat, pengecaman ahli dan senaman ringan dilakukan bagi memastikan semua berjalan lancar. Alhamdulillah, pagi ini hujan tidak turun membasahi bumi. Tiada aksi gelincir atau lecak seperti yang digambarkan rakan yang telah beberapa kali ke situ bersama keluarga atau rakan sepejabat.

Bermula dibahagian hadapan bersama dua anak berusia 10 tahun dan 6 tahun, kami tercicir kebarisan terakhir kerana pendakian yang agak sukar serta akibat kurang stamina. Hampir sejam pendakian kami (itu pun singgah banyak 'RnR') akhirnya tiba ke kawasan rata pertama di puncak bukit. Melepas lelah dengan hidangan cupcake lebihan bengkel semalam dan nescafe 'O' bekalan isteri dirumah, kami mula berposing menganbil gambar untuk simpanan.







Di situ, ahli rombongan lain telah sedia menunggu. Sekali lagi takaruf yang lebih panjang lebar diadakan serta sedikit tazkirah tentang keperluan umat Islam untuk beriadah disamping menikmati keindahan ciptaan Allah. Usai melewati amoi-amoi sepanjang perjalanan naik, ustaz berpesan agar menundukkan pandangan agar terjaga iman di dada.

Bekalan dibuka dengan hidangan sandwich dan bihun dibawa oleh YDP dan 'wanita pertama' BSP, Puan Faridah. Walaupun tidak sempat menjamah kerana ingin meneruskan perjalanan ke puncak kedua, kami sempat juga meneguk air yang dibawa.







Puncak kedua juga menjadi tempat kami merakamkan potret. Selesai, ada keinginan untuk terus ke satu lagi kawasan yang lebih tinggi. Tapi rasanya takat itu dahulu untuk kali ini. Lagi pun jam dah hampir menunjukkan 9.00 pagi. Kerana dah berjanji dengan isteri untuk sampai sebelum jam 10.00 pagi, maka kami meneruskan perjalanan turun. Pantas sedikit perjalanan walaupun beberapa kali mengulungsur atau terjatuh akibat jalan yang curam. Tak dapat bayangkan kesukaran jika kawasan basah dan licin.





Sampai rumah tepat jam 10.00 pagi. Penat tetapi rasa berbaloi.

Terima kasih diucapkan kepada Hj. Ahmad sekeluarga kerana menjadi pemimpin perjalanan tadi. Juga kepada rakan BSP yang turut sama tadi. Insya-Allah kalau ada ruang dan di izinkan Allah, orang-orang BSP akan sekali lagi menawan puncak Broga.

Gambar selebihnya di sini:https://www.facebook.com/media/set/?set=a.259557797432989.62000.169051276483642&type=1

Khai
PPBSP

0 comments:

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet