
KAKITANGAN  Bank Negara, Noor Aimah Mohd Nor, 32, menunjukkan nota wang kertas  Malaysia yang terbaru termasuk nota wang kertas RM20 yang baru sempena  Majlis Pelancaran Matawang Malaysia Terbaru di Kuala Lumpur. Foto:  Aizuddin Saad (21/12/2011)
SIRI wang kertas dan syiling baharu yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia, di Kuala Lumpur, semalam.
  
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm
  
KUALA  LUMPUR 21 Dis. - Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini memperkenalkan  satu siri wang kertas dan duit syiling baharu yang akan berada dalam  edaran pada separuh kedua 2012.
Wang kertas itu melibatkan  denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 manakala duit syiling itu pula  dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.
Duit syiling  itu dilancarkan pada 25 Julai 2011 tetapi hanya akan berada dalam edaran  Januari ini. Pelancaran wang kertas dan duit syiling itu disempurnakan  oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini. Ini  kali keempat mata wang kertas baharu diperkenalkan dan kali ketiga untuk  duit syiling.
Pelancaran wang kertas itu juga dilihat sebagai  lanjutan kepada pengenalan wang kertas baharu dalam denominasi RM50 yang  kini berada dalam edaran. Daripada semua wang kertas itu, hanya RM1 dan  RM5 dihasilkan dengan penggunaan substrat polimer.
Menurut BNM,  wang kertas siri baharu ini turut mengandungi ciri-ciri keselamatan yang  dipertingkat sejajar dengan kemajuan terkini dalam teknologi wang  kertas.
''Ciri-ciri keselamatannya termasuk imej tanda bayang,  tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang  keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang  telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai  mengenalinya.
''Wang kertas itu juga boleh dikenal pasti melalui  sentuhan untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk  mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan,'' kata kenyataan  itu.
Wang kertas siri baharu ini diinspirasikan daripada  ciri-ciri unik negara dan memasukkan elemen kekayaan alam semula jadi,  budaya dan khazanah negara.
''Dengan tema 'Keunikan Malaysia',  siri wang kertas ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni  dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, serta  ekonomi,'' jelas bank itu lagi.
Sementara itu, BNM turut mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan pengenalan mata wang siri baharu ini.
Tiga  jenis set wang kertas peringatan yang dijual adalah denominasi RM1 dan  RM5 pada harga RM15 setiap satu, denominasi RM20 berharga RM30 setiap  satu dengan jumlah terhad iaitu 500,000 set.
BNM turut menjual set premium (denominasi RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) - 50,000 set yang berharga RM300 setiap satu.
Ia  mula dijual pada 22 Disember 2011 di Ibu Pejabat BNM (BNMLINK) dan  cawangan-cawangan di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu,  Kuching dan Kota Kinabalu. 
Terkini
BNM perkenal wang kertas, syiling baharu
Dikirim oleh
khaiatbsp
22 Disember 2011
pada
8:56 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Malinglist Terkini
Label
Aduan
(8)
Agama
(23)
AGM
(3)
Air
(12)
Akta 663
(3)
Aktiviti
(45)
Artikel
(20)
Badminton
(3)
Bandar Seri Putra
(35)
Bangi
(1)
Bolasepak
(1)
Bukit Mahkota
(5)
Buletin D'Mawar
(5)
Cadangan
(1)
Carboot
(6)
Ceramah
(1)
Facebook
(2)
Futsal
(3)
Gambar
(10)
Gotong-royong
(6)
H1N1
(1)
Ibadah Korban
(1)
Iklan
(3)
Info Am
(8)
Info Seri Mawar
(23)
Info Setempat
(23)
Islam
(1)
Isu Semasa
(5)
Jawatan Kosong
(3)
Jenayah
(11)
JMB
(82)
Jualan
(1)
Kaedah Dalaman
(5)
KaumWanita
(2)
Kebersihan
(1)
Kecurian
(3)
Kejadian Jenayah
(1)
Kelab Sukan Putra Mahkota
(1)
Kematian
(1)
Kemerdekaan
(1)
Kemudahan
(10)
Kenduri
(5)
Kerja JMB
(1)
Keselamatan
(5)
Kesihatan
(2)
Khairat Kematian
(1)
KOJIRA
(3)
Komputer ICT
(1)
KUIS
(2)
Kursus
(17)
Laporan
(7)
Lelongan Awam
(1)
Makluman
(13)
Masalah/Isu
(1)
Masjid
(11)
Menarik
(1)
Musibah
(1)
Operasi
(1)
Pagar
(1)
Pasar Malam
(1)
Pasar Ramadhan
(2)
Perayaan
(1)
Perjumpaan
(4)
Perkhidmatan
(2)
Persatuan Penduduk
(48)
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
(3)
Program Setempat
(16)
Putra-Mahkota
(1)
Putra-Mahkota.com
(5)
Rompakan
(1)
Rukun Tetangga
(2)
Rumah Sampah
(1)
Sebutharga
(3)
Sekolah
(43)
SKBangi
(1)
SKBSP
(3)
SMBSP
(6)
SRABSP
(7)
Sukan
(12)
Surau
(11)
Taman Impian Putra
(6)
Tangki
(1)
Tindakan
(5)
Untuk Dijual
(1)
Zakat
(1)





0 comments:
Catat Ulasan