Terkini

Tabung Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim - Oktober 2011


(sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=243960542326804&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=3)

Dana terkumpul kini mencecah RM1,022,108.03.

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-27 pada 11 November 2011 bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:


  • bulan September 2011 = RM33,316.83 (updated figure)
  • bulan Oktober 2011 = RM48,414.52

Alhamdulillah, jumlah kutipan Tabung Dana telah berjaya mencapai Sasaran awal RM 1 juta sebelum hujung tahun 2011.

JK Kecil Teknikal telah melaporkan bahawa kelulusan pelan dari MPKj secara rasmi akan diperolehi dalam sedikit masa lagi. Pada dasarnya pelan yang dihantar sudah diluluskan. InsyaAllah, perancangan pembinaan akan berjalan seperti dijadualkan pada dua peringkat.

  • Peringkat pertama, kerja-kerja 'piling' akan bermula pada awal tahun depan
  • Peringkat kedua, pembinaan struktur akan dijalankan kemudian

Pemilihan kontraktor yang 'mesra' (kontraktor yang faham dengan kedudukan kewangan masjid) akan dikenalpasti bagi melicinkan kerja-kerja pembinaan nanti.  Adalah menjadi hasrat Pengerusi dan jawatan kuasa keseluruhannya supaya pembinaan masjid nanti berjalan dengan baik, insyaAllah.

Pengerusi juga menerangkan bahawa JK Pembinaan kini sedang berusaha supaya proses gazet dipercepatkan untuk mendapat pelepasan cukai daripada LHDN. Setelah mendapat surat kelulusan pelepasan cukai daripada LHDN nanti, JK Pembinaan akan menghantar surat rayuan derma kepada syarikat-syarikat dan badan-badan korporat untuk menambah dana dalam tabung pembinaan supaya kerja-kerja pembinaan yang dirancang dapat berjalan tanpa masalah 'kekeringan dana'.

Pada mesyuarat tersebut juga, Encik Zulkiply Gharib, Pengarah Operasi UMLand (wakil pemaju) mencadangkan supaya pelan masjid dibuat secara modular memandangkan kedudukan kewangan masjid yang ada sekarang. Dengan cara ini pembinaan dibuat mengikut fasa. Jika kewangan mengizinkan kerja pembinaan dapat disiapkan keseluruhannya. Ini untuk mengelak daripada kerja-kerja terbengkalai, yang akan menggambarkan satu 'image' yang kurang elok, bukan hanya kepada Jawatankuasa Masjid, tetapi juga kepada pemaju.

Dengan mengambil kira pandangan wakil pemaju (yang lebih berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan dan kos-kos terlibat), Jawatankuasa memutuskan supaya kerja tender yang telah dirancangkan tersebut ditangguhkan dulu buat sementara sehingga Jawatankuasa berasa selesa dengan dana yang ada. Keputusan ini akan dinilai semula bergantung kepada trend/pola wang masuk pungutan dana setelah surat pelepasan cukai daripada LHDN diperolehi dan surat rayuan telah dihantar.

JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim merakamkan jutaan Terima Kasih (jazakallahu khairan kathiiran) kepada para penderma yang telah membuat sumbangan dan berharap supaya sumbangan dapat diteruskan setidak-tidaknya sehingga masjid kita terbina nanti.


Sumbangan Sebulan RM50 selama 20 bulan, INSYAALLAH..

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet