Terkini

Kedai Rakyat 1 Malaysia di Presint 5 Putrajaya





Semalam sempatlah ke Kedai Rakyat 1 Malaysia yang terletak di Precint 5, Putrajaya. Saya sangat mengalu-alukan kedai sebegini kerana ianya membantu rakyat berjimat. Bagaimanapun konsepnya saya seperti Mydin dan memang kedai ini adalah dengan kerjasama Mydin.

Lokasi di sini: http://maps.google.com/maps/ms?msid=201259487707834505954.000487e0bb9170cf3ec24&msa=0&ll=2.890377,101.681101&spn=0.003718,0.005681

Beberapa komen saya:
1 - Lokasi di Presint 5 sangat baik kerana boleh nampak dari jauh
2 - Dari segi barangan, perlu dipelbagaikan lagi seperti menjual barangan basah. Jadi tak payah pergi ke Mydin untuk dapatkan barangan lain.
3 - Pakejing sangat tidak membantu kerana semua mempunyai label serupa. Yang membezakan hanyalah tulisan sama ada lychee, susu dan sebagainya. Maka, pelanggan sedikit susah untuk melihat. Seeloknya penggunaan sedikit warna pada produk berbeza akan membantu.
4 - Harga yang diwar-warkan dalam laman web (http://www.kedairakyat1malaysia.com.m) tidak sama dengan harga kedai. Contohnya dalam laman web mengatakan susu pekat manis berharga RM1.95. Tetapi dikedai harganya adalah RM2.30 (peningkatan 17%). Bagi pengguna ia seakan telah tertipu kami. Contoh lain, harga sardin dalam web RM2.99 tetapi di kedai harganya RM3.80 (peningkatan 28%). Seeloknya harga tersebut diberi tarikh luput agar pengguna tidak rasa tertipu.



Takat itulah sahaja perkongsian saya.

Khaiatbsp

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet