Aaliyah juara termuda Sukan SEA
PALEMBANG - Pada usia lima tahun,  minat Aaliyah Yoong Hanifah bagaikan tidak boleh dikawal dan dia terlalu  teruja dengan sukan ski air selepas melihat abang dan kakaknya, Alex  serta Phillipa bermain sukan tersebut.
Kerana tidak mahu sesuatu  yang buruk berlaku ke atas anak sulung hasil perkahwinan kedua bersama  Norzeela Sulaiman, Hanifah Yoong Abdullah terpaksa menyekat minat  Aaliya, namun dia hanya berjaya melakukannya untuk tiga bulan.
Selepas  itu, minat pelajar darjah dua Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra,  Bangi itu terhadap sukan air bagaikan tidak mampu dibendung, dan minat  itulah yang membawa Aaliyah melakar sejarah muncul juara termuda dalam  sejarah Sukan SEA dengan meraih emas tricks, semalam.
"Saya  sangat gembira dapat memenangi emas acara ini. Ketika beraksi, saya cuma  menikmatinya dan berusaha mengimbangi badan agar tidak terjatuh," kata  atlet termuda pada Sukan SEA XXVI itu. 
Aaliyah berkata, sebelum  berangkat ke Palembang, seorang gurunya mengucapkan selamat berjuang dan  berjanji akan mendoakan kemenangannya walaupun terpaksa 'ponteng'  sekolah demi negara tercinta.
"Selepas memenangi emas ini saya  akan memberi sokongan kepada atlet lain pula. Saya mahu tengok acara  renang," kata atlet cilik yang hanya memiliki berat 28 kilogram dan  berketinggian 145 sentimeter itu.
Peminat bintang pop, Justin  Bieber itu juga berkata, dia akan meminta bapanya membeli permainan  video dan anak patung Barbie sebagai hadiah. 
Menurut Hanifah,  anaknya sangat luar biasa kerana dua tahun lepas ketika menjalani  latihan di sebuah empangan di Beijing, Aaliyah terjun ke empangan tanpa  sebarang perasaan takut.
Ibunya, Norzeela pula berkata,  pengorbanan anaknya dalam sukan ini amat besar dan agak ketinggalan  dalam pelajaran akibat banyak bertanding di luar negara. 
"Dia  sebenarnya kanak-kanak pintar tetapi kerana kerap bertanding di luar  negara, pelajarannya merosot dan dia tidak dapat kekal dalam kelas  terbaik. Sebelum itu dia berjaya mendapat A dalam setiap mata  pelajaran," katanya. - Utusan
Sumber: http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=9407.msg86409#msg86409
 
Terkini
Bandar Seri Putra ada Pemenang Pingat Emas Sukan SEA
Dikirim oleh
khaiatbsp
18 November 2011
pada
1:05 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Malinglist Terkini
Label
Aduan
(8)
Agama
(23)
AGM
(3)
Air
(12)
Akta 663
(3)
Aktiviti
(45)
Artikel
(20)
Badminton
(3)
Bandar Seri Putra
(35)
Bangi
(1)
Bolasepak
(1)
Bukit Mahkota
(5)
Buletin D'Mawar
(5)
Cadangan
(1)
Carboot
(6)
Ceramah
(1)
Facebook
(2)
Futsal
(3)
Gambar
(10)
Gotong-royong
(6)
H1N1
(1)
Ibadah Korban
(1)
Iklan
(3)
Info Am
(8)
Info Seri Mawar
(23)
Info Setempat
(23)
Islam
(1)
Isu Semasa
(5)
Jawatan Kosong
(3)
Jenayah
(11)
JMB
(82)
Jualan
(1)
Kaedah Dalaman
(5)
KaumWanita
(2)
Kebersihan
(1)
Kecurian
(3)
Kejadian Jenayah
(1)
Kelab Sukan Putra Mahkota
(1)
Kematian
(1)
Kemerdekaan
(1)
Kemudahan
(10)
Kenduri
(5)
Kerja JMB
(1)
Keselamatan
(5)
Kesihatan
(2)
Khairat Kematian
(1)
KOJIRA
(3)
Komputer ICT
(1)
KUIS
(2)
Kursus
(17)
Laporan
(7)
Lelongan Awam
(1)
Makluman
(13)
Masalah/Isu
(1)
Masjid
(11)
Menarik
(1)
Musibah
(1)
Operasi
(1)
Pagar
(1)
Pasar Malam
(1)
Pasar Ramadhan
(2)
Perayaan
(1)
Perjumpaan
(4)
Perkhidmatan
(2)
Persatuan Penduduk
(48)
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
(3)
Program Setempat
(16)
Putra-Mahkota
(1)
Putra-Mahkota.com
(5)
Rompakan
(1)
Rukun Tetangga
(2)
Rumah Sampah
(1)
Sebutharga
(3)
Sekolah
(43)
SKBangi
(1)
SKBSP
(3)
SMBSP
(6)
SRABSP
(7)
Sukan
(12)
Surau
(11)
Taman Impian Putra
(6)
Tangki
(1)
Tindakan
(5)
Untuk Dijual
(1)
Zakat
(1)





0 comments:
Catat Ulasan