Terkini

SP5: Baraan atau Marhaban Aidilfitri 1432H/2011M

Saya ingin kongsikan seperti tahun lepas aktiviti baraan atau marhabah yang dibuat di kawasan perumahan saya. Alhamdullillah aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua jiran di SP5.

Ideanya adalah menziarahi rumah jiran-jiran sepanjang jalan yang diperuntukan pada malam tersebut dan disetiap rumah kita akan bermarhaban, mendoakan tuan rumah, wakil penduduk berucap ditujukan untuk tuan rumah dan kemudiannya tuan rumah membalas ucapan.

Seterusnya makan/minum secara ringan di setiap rumah. Manakala, makanan berat ditempatkan di rumah terakhir yang mana makanan ini disediakan oleh semua jiran-jiran sepanjang jalan itu.

Alhamdulillah, setelah 3 hari (aktiviti ini berlangsung selama 6 hari berturut-turut) nampaknya mood kunjung mengunjung ini sangat baik kerana kalau ikutkan nak menzirah jiran-jiran terdekat pun tak akan sempat akibat kesibukan harian. Acara ini secara tidak langsung juga merapatkan hubungi kejiranan kerana di rumah terakhir (biasa kami gelar pit-stop) kami akan borak-borak dan bertanya khabar.

Anak-anak juga sangat gembira kerana kebanyakan tuan rumah (tapi jangan dibiasakan) diberi buah tangan dan duit raya. Sementara kaum ibu dah mula berkumpul dan makan-makan di pit-stop sementara kaum bapa pergi marhabah rumah ke rumah.

Saya kongsikan beberapa gambar.













































http://seriputra-5.blogspot.com/

Khaiatbsp

0 comments:

Entri Terkini

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet