Terkini

Maklumat Terkini SK-BSP selepas Mesyuarat 7 September 2011

Berikut adalah makluman selepas JK PIBG SK-BSP bermesyuarat semalam 7 Sept 2011.

- YDP mengalu-alukan kehadiran Guru Besar baru iaitu Cikgu Mohamad Jamil Bin Hj. Yahya yang bertukar sekolah dengan Hjh. Normah Binti Kassim. Hjh. Normah kini bertugas di SK Bandar Tun Hussein Onn 2.

Ucapan Guru Besar

- 13 - 15 September 2011 - UPSR
- Solat hajat sempena UPSR akan diadakan di Surau As-Syakirin malam ini (8 Sept 2011)
- 19 - 21 Sept  2011- Sekolah menjadi tuan rumah Perkemahan Rukun Negara peringkat Hulu Langat
- 17 - 20 Okt 2011 - Peperiksaan akhir tahun semua pelajar bagi menentukan kelas tahun hadapan dan soalannya adalah  setara daerah.

Perkara Berbangkit
- Pendaftaran murid Tahun 1 2012 adalah seramai 607 orang. 15 kelas (40 orang satu kelas) akan dibuka untuk Tahun 1 2012.
- Denda RM5,000 atau penjara boleh dikenakan jiga gagal menghantar anak ke sekolah. Ini kerana ada satu kes ibubapa tidak peduli sama ada anaknya kesekolah atau tidak. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi membantu keluarga ini tetapi masih bermasalah. Akhirnya, tindakan undang-undang akan digunakan sebagai jalan terakhir.
- Tander kantin masih belum di proses tetapi sebanyak 24 borang telah dikeluarkan pihak sekolah.
- Tempat menunggu bas (2 unit) dalam pembinaan depan sekolah adalah sumbangan pemaju Bangi Heights.
- En. Mizan (pemandu van yang mengalami aksiden baru-baru ini) merakamkan terima kasih pihak sekolah kerana membantu menghubungi ibubapa yang anaknya terlibat sama dalam kemalangan itu.
- PIBG bercadang membantu anak-anak yang menghadapi masalah pengangkutan tetapi belum muktamat jenis bantuan.
- Dicadangkan pintu pejalan kaki tambahan di hadapan sekolah
- Program susu percuma akan disambung semula tidak lama lagi dan murid-murid akan menerimanya 2 minggu sekali sehingga hujung Nov 2011.
- PAKSI sedang membantu menyediakan WIFI di perpustakaan sekolah
- PAKSI juga telah membantu memasang agar printer di bilik komputer dapat mencetak daripada komputer berlainan.
- PAKSI juga mendapati sekolah mempunyai server yang tidak digunakan secara efektif
- PAKSI juga akan membantu menarik sambungan internet agar boleh digunakan di bilik komputer
- PAKSI berkongsi maklumat berkenaan bagaimana ada satu sekolah ini menyediakan ruang pembayaran yuran online dan ini memudahkan semua pihak. Juga dicadangkan pembayaran buku sekolah juga boleh melalui online.
- PAKSI bersedia memberi bantuan latihan dalam bidang ICT yang diperlukan pihak sekolah.
- PAKSI berterima kasih kepada guru-guru yang membantu memberi maklumat dalam facebook sekolah.
- Ibubapa dalam PIBG menyatakan kekesalan mereka Kem Bestari Solat lambat dimaklumkan ibubapa. Ibubapa berharap maklumat dipersetujui dalam mesyuarat JK PIBG dapat disalurkan kepada pihak pentadbir agar tidak berlaku lagi perkara sebegini.

HARI KANTIN
25 SEPTEMBER 2011
8 PAGI
- Tujuan: Untuk mengumpul kewangan untuk meningkatkan prasaran sekolah terutamanya pembinaan SUSUR GAJAH ke semua bangunan.
- Perlaksanaan: PIBG dengan bantuan sekolah menjual kupon yang boleh dibelanjakan semasa hari kantin.
- Sumber bahan mentah adalah sumbangan ibubapa sendiri.
- Gerai selain makanan dan pameran adalah dibuka kepada mana-mana pihak yang berminat.
- Tapak gerai dan pameran akan disediakan dengan sedikit sumbangan kepada PIBG.
- KUPON telah mula dijual.
- Boleh menghubungi sekolah jika berminat untuk mendapatkan kupon


Aktiviti sekolah
- 12 Sept 2011 - Lawatan ke FRIM dan Zoo Negara
- 23 Sept 2011 - Program Anti Denggi
- 29 Sept 2011 - Minggu Kecerdasan
- 1 Okt 2011 - Tuan rumah Pesta Ria Pantun
- 3 Okt 2011 - Sambutan Hari Kanak-Kanak
- 10 -13 Okt - Program Anti Dadah
- 24 & 28 Okt 2011 - Program Rakan Sebaya & Bimbingan Kerjaya
- 9 - 11 Nov 2011 - Program Kitar Semula
- 16 Nov 2011 - Kem Motivasi Tahun 6
- 16 Nov 2011 - Pandu Puteri Tunas
- 16 - 17 Nov 2011 - Minggu Bakat
- 18 Nov - Permainan Rakyat
- 19 Nov 2011 - 2 Jan 2012 - Cuti Sekolah


** Nota: Kalendar ini telah dimasukkan dalam kalendar SK-BSP
https://www.google.com/calendar/embed?src=773afkgm2m5aeo5926e8vojjn4%40group.calendar.google.com&ctz=Asia/Kuala_Lumpur

PAKSI
Bagi Pihak PIBG
http://skbandarseriputra.blogspot.com

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet