Sebelum ini saya ada menulis berkenaan Baraan di SP5 yang mana konsep baraan ini adalah tradisi orang-orang jawa yang telah meresap kedalam budaya Malaysia sekarang.
Nah, jika kita melihat Baraan yang dilakukan orang dewasa sangat menarik, tentu lebih comel kalau Baraan tersebut bukan sahaja dihadiri oleh anak-anak berumur 5 dan 6 tahun, tetapi merekalah yang menjadi tonggak utama Baraan. Dan tak perlu pergi jauh kerana ditempat kita (Bandar Seri Putra), aktiviti ini telah lama diamalkan oleh Tadika Al-Fatih (Web / Facebook).
Alhamdulillah anak saya telah turut sama dalam majlis ini. Anak-anak Tadika Al-Fatih ini telah dibawa dari rumah ke rumah keluarga (anak-anak dihatar di Al-Fatih) yang menawarkan rumah mereka. Seterusnya, anak-anak ini akan berselawat di rumah yang dijemput, membaca doa dan seterusnya dijamu dengan hidangan. Tak lupa juga duit raya yang menjadi penambah keceriaan anak-anak ini.
Sebagai ibubapa, saya anggap usaha tadika ini sangat baik dan seharusnya mendapat pujian.
Tahniah Tadika Al-Fatih.
Lagi gambar di sini:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.233336886717133.72672.176403269077162&type=1
Khaiatbsp
0 comments:
Catat Ulasan