Terkini

Sultan Kunjungi KUIS Dekati Mahasiswa

Sumber: http://www.selangorkini.com.my/my/berita/34009

Friday, 19 August 2011 | Ruangan: Berita

BANGI 19 OGOS : Kira-kira 2,000 orang membanjiri pekarangan Masjid Al-Azhar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) pada majlis berbuka puasa Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah di sini.

Sementara itu, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, (KUIS) memperkenalkan konsep 'Tranformation Of KUIS' sebagai usaha pembaharuan dan mengembalikan kecemerlangan Islam melalui pendidikan.

Pembaharuan KUIS melalui Transformasi ini merupakan satu penghijrahan dalam melahirkan modal insan yang bertaqwa kepada Allah, adil kepada diri sendiri dan masyarakat.

Perkara ini disampaikan oleh Rektor KUIS, Professor Datuk Dr Aziuddin Ahmad pada Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Bersama Rakyat Dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya bertempat di Maslid Al-Azhar, KUIS.

Jelasnya, sebagai permulaan kepada Transformasi ini, tiga program telah dijalankan bermula dengan Strategi Retreat Smart 11 diikuti dengan seizing opportunities dan diakhiri dengan What's Our Story.

"Antara pengisian Transformation of KUIS adalah melaksanakan sekolah membina insan, sekolah tahfiz aliran sains, pengarus perdanakan ma'had tahfiz, polisi pembentukan mahasiswa KUIS dan kurikulum yang berpandukan Islam," katanya

Selain itu, pihak KUIS turut memantapkan lagi fungsi masjid sebagai tonggak asas kecemerlangan ilmu.

Turut hadir sama, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Sharafuddin Idris Shah, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Ali dan Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi serta Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, (Jais) Marzuki Hussain.

Sebelum itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah turut  menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 400 orang penerima yang terdiri daripada asnaf fakir miskin, mualaf dan pelajar.

Sultan Sharafuddin turut berkenan merasmikan jilid lengkap Kitab Terjemahan Mukhtasar Sahih Al-Bukhari yang merupakan kesinambungan jilid yang lalu yang mengandungi terjemahan lengkap hadis-hadis Nabi Muhamaad SAW yang dikumpul dan disusun oleh Imam al-Zabidi dalam kitabnya yang bertajuk 'al-Tajrid al-Sarih li Ahadith al-Jami' al-Sahih'.

Penerbitan baki empat jilid ini merupakan usaha Institut Kajian Hadis Selangor, INHAD setelah penerbitan jilid pertama yang telah dicetak dan dilancarkan pada 2010 oleh DYMM Sultan Selangor.

Mukhtasar Sahih al-Bukhari (al-Zabidi) dalam terjemahan bahasa Melayu ini mengandungi 300 hadis beserta terjemahannya bermula hadis ke 301 hingga 600. Manakala jilid seterusnya akan menggenapkan jumlah hadis yang dikumpulkan oleh Imam al-Zabidi iaitu berjumlah 2230 hadis.

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet