Gambar AJK
Alhamdulillah program Motivasi Alihan Pelajar (MAP) 2011 anjuran Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra telah berjalan dengan lancar semalam. Seramai 285 peserta telah hadir melebihi jangkaan awal sekitar 200 peserta. Insya-Allah jika tiada halangan, kita mungkin menjemput Dr. Tengku Asmadi ke Bandar Seri Putra lagi pada tahun hadapan.
Motivasi tidak hanya dikendalikan oleh Dr. Tengku Asmadi, tetapi juga dikendalikan oleh penceramah lain yang mempunyai semangat yang sama semasa penyampaian mereka. Antara yang dipelajari adalah tip-tip belajar seperti perlu belajar "1 jam 60 minit". Disambut dengan ketawa oleh peserta semua seolah-olah perkara itu bukan baru bagi mereka. Bagaimanapun penceramah menegaskan bukan jumlah 1 jam atau 60 minit itu yang dimaksudkan, tetapi adalah masa efektif untuk setiap masa belajar. Jika boleh fokus 1 jam/60 minit, maka belajarlah selama 1 jam/60 minit. Jika tidak, cuba dapatkan masa yang sesuai untuk kita fokuskan. Tapi jangan jadikan alasan tak belajar langsung kerana tiada masa yang efektif untuk belajar.
Pada sebelah petangnya, ibubapa juga dijemput sama untuk mendengar ucapan Dr. Tengku Asmadi. Menurut beliau, anak-anak mengalami 3 fasa yang perlu dikendalikan oleh ibubapa secara berasingan. Fasa pertama, umur 1- 7 tahun. Fasa ini berlu dilayan dengan penuh kasih-sayang. Fasa kedua pula umur 8 - 14 tahun, disiplin dan ketaatan. Selalunya fasa ini gagal ditangani oleh ibubapa. Pada fasa ini, anak-anak perlu didisiplinkan dan perlu mengikut arahan yang ibubapa berikan. Manakala fasa ketiga umur 15 - 21 tahun, adalah berkawan dengan mereka. Jadikan mereka kawan; berbual dengan mereka; hormati privasi mereka; yang penting hubungan itu mestilah lebih daripada hubungan 'minta duit' terutama anak-anak yang belajar di universiti. Bila telefon 'mesti' nak minta duit. Itulah persepsinya. Sebaiknya, anak-anak dan ibubapa boleh berbual lebih daripada itu.
Program ditamatkan dengan kehadiran ADUN Bangi, YB Dr. Shafie. Bagi pihak penganjur, kami ingin memohon maaf jika ada salah-silap atau terkasar bahasa. Moga semua dapat terus menyokong program-program persatuan penduduk pada masa mendatang. Program seterusnya adalah Hari Ramah Mesra Bandar Seri Putra. Tunggukan pengumumannya.
Sesi pendaftaran
Anak-anak mula menumpukan perhatian
Sebelum motivasi, baru nak mula dah mengantuk
Ibu-ibu yang menghantar anak untuk melihat perubahan
Anak-anak disusun mengikut umur
Kedatangan penceramah dialu-alukan oleh pengarah program
Mejar Qayyum, "Saya pun motivator dan penulis buka juga Dr".
Dr. Tengku Asmadi, " Nanti boleh ikut saya pusing satu Malaysia".
Anak-anak khusyuk memberi tumpuan
ADUN Bangi menutup program.
Ibubapa bantu mengemas dewan
Selebihnya di sini:
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.258638867480167.76304.231425046868216&type=1
Untuk ibubapa yang ingin image bersaiz besar sebagai kenang-kenangan, insya-Allah CD gambar hari motivasi tersebut akan dijual tidak lama lagi.
Sila hubungi Khairil 012.2655.203 atau emailkan kepada khaiatbsp@gmail.com. CD tersebut mengandungi lebih banyak gambar daripada apa yang telah dikongsikan di sini.
0 comments:
Catat Ulasan