Terkini

JEMPUTAN KE TAKLIMAT/MESYUARAT KESELAMATAN CUTI AIDILFITRI 1432H/2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas. 

2.    Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (PPBSP) merancang akan mengadakan pertemuan bersemuka oleh semua ketua-ketua atau wakil skim bersama dengan pihak polis.  Tujuan pertemuan adalah bagi membincangkan soal keselamatan bersempena cuti Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. 

3.    Justeru semua Ketua-ketua atau Wakil adalah dijemput menghadirkan diri bagi mewakili taman masing-masing dalam perjumpaan ini.  

4.     Tarikh dan waktu yang dicadangkan adalah seperti berikut: 
Tajuk: Taklimat Keselamatan Cuti Hari Raya Aidilfitri
Tarikh: 7 Ramadhan 1432 / 7 August 2011
Hari: Ahad
Waktu: 10.00am – 11.30am
Tempat: Dewan SMK Bandar Seri Putra
5.  Besarlah harapan kami agar Tuan/Puan dapat terlibat dalam usaha bersama untuk menjaga keselamatan dan keselesaan penduduk Bandar Seri Putra.  Mohon untuk mengesahkan akan kehadiran Tuan/Puan ke perjumpaan ini dengan membalas email ini.

Kerjasama dan sokongan daripada pihak Tuan/Puan kami ucapkan dengan jutaan terima kasih.


Yang benar,

Ramizi Mohamed 135
SU PPBSP

__._,_.__

0 comments:

Malinglist Terkini

Related Posts with Thumbnails

Kalendar

Maklumat Setempat

Pihak Berkuasa Berkaitan

Malaysiakini

Berita Harian

ESPNsoccernet